CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1890|Reply: 3

Dr M: Siapa ingat perkahwinan anak saya?

[Copy link]
Post time 25-4-2015 03:42 PM | Show all posts |Read mode





Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas mengenai majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang disifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini".

Sebagai perbandingannya, beliau berkata siapa pun tidak tahu mengenai perkahwinan anak-anaknya.

"Siapa di sini ingat majlis perkahwinan anak-anak saya [...] siapa pun tak tahu.

"(Ini kerana) saya kedekut, tak panggil ramai orang, tak ada duit nak belanja," kata Mahathir kepada para hadirin di majlis anjuran gabungan NGO Prihatin.

Majlis akad nikah anak perempuan Najib - Nooryana Najwa - dengan Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan, berlangsung di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri itu, pada 19 Mac.

Sejak itu, pasangan tersebut telah mengadakan empat majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang dan di Almaty Kazakhstan.

Majlis resepsi pengantin lelaki di Almaty dilaporkan diadakan dari 17 hingga 19 April.

"Tetapi bila mereka pergi ke Kazakhstan dengan 300 orang, (ia) tak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Siapakah 300 orang ni?" tanya bekas perdana menteri itu di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, seorang pemimpin memimpin, tetapi jika dia hanya mahu menggunakan kuasa yang dia ada untuk dirinya sendiri, maka dia bukan pemimpin.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 04:11 PM | Show all posts
zaman dah berubah. Anak Najib tu First Daughter, jadi wajarkah dia mendapat sambutan yang besar
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:08 PM | Show all posts
perkahwinan najib dengan rosmah pun orang tak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab chedet kedekut.....jibi ngan kak ros pemurah nak banje orang ramai makan....
4 resepsi tu...gigih beno nak mewar-warkan walimah itu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.396906 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list