CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 18

[Tempatan] Data jumlah pembaca akhbar menurun, kaji selidik Nielsen disalahkan

[Copy link]
Post time 26-4-2015 05:39 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 25 April - Kaji selidik yang dijalankan The Nielsen Company (Malaysia) Sdn. Bhd. (Nielsen) mengenai data pembaca akhbar 2014 meragukan kerana tidak selari dengan jumlah edaran satu-satu akhbar.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, firma kaji selidik itu tidak boleh bergantung kepada data pembaca sahaja sebaliknya perlu menyertakan sekali jumlah edaran bagi memberi gambaran sebenar akhbar yang menjadi pilihan rakyat di negara ini.

“Kita dapati dalam senarai yang dikeluarkan firma itu, akhbar-akhbar tertentu tidak berada pada kedudukan sebenar berdasarkan jumlah edarannya.

“Bagaimana akhbar yang kita tahu ia popular, berpengaruh dan diterima masyarakat boleh berada di kedudukan bawah dengan jumlah pembaca yang rendah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kaji selidik Nielsen baru-baru ini mengenai perbandingan data pembaca akhbar 2014.

Malah, Mohamad berkata, kajian itu serta beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini dilihat mempunyai agenda tersembunyi untuk memastikan pengiklan melanggan di dalam akhbar-akhbar atau syarikat penyiaran tertentu yang berkepentingan sahaja.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada gerak saraf daripada pihak-pihak tertentu bagi memberi persepsi tidak baik kepada sesebuah akhbar kerana kajian sebegitu memang boleh memberi kesan kepada sebuah agensi media,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Syed Alsagoff berkata, sudah tiba masanya sebuah agensi penyelidikan tempatan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh khususnya dalam menentukan rating pembaca dan penonton saluran-saluran media di negara ini.

Beliau berkata, negara tidak boleh bergantung kepada Nielsen semata-mata kerana kredibilitinya sudah beberapa kali tercalar lebih-lebih lagi firma itu masih terbabit dengan kes undang-undang dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkaitan soal unjuran bilangan pembaca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 06:25 PM | Show all posts
aku tk.thu nk komen pe.boleh gitu?muaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih senang membaca online di smartphone,duit soratkabar bole buat byr bil datapele.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:53 PM | Show all posts
apa kajian Nielsen tu kata?

paper utusan malaysia no 1 kat malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:58 PM | Show all posts
kalu edaran tinggi sebab diborong atau dipaksa beli secara borong takyah meroyan lah utuseks oiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 07:28 PM | Show all posts
logik apaaaa....
macik jual nasik lemak beli utusan nak bungkus nasik lemak semataaaaa
namun harammm membacanyaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2015 08:34 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 26-4-2015 08:35 PM

nielsen dh byk kali measure rating tv/media dlm bbrp negara lain
tak de pernah ku dgr negara lain sangkal keupayaan organisasi ni
only in Malaysia

cth mcm di korea, tnMs & nielsen bersaing utk keluarkan rating sesebuah drama
resultsnya tak jauh byk beza

so, kalau organisasi tempatan buat, ada any perubahan kah?
otosan no.1 gtuh?  

patutnya jadikan results sbg muhasabah
bukannya kritik tak ujung pangkal

geram plak , tak sangka jenis2 prof plak cakap ginih

karang kata kangkung, tau pun marah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 08:40 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 26-4-2015 06:53 PM
apa kajian Nielsen tu kata?

paper utusan malaysia no 1 kat malaysia ke?

Dijadikan kertas membungkus nasi lemak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suke nielsen ni
dia buat survey sure ada je buah tangan bg aku...hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang baca online sajo dah

Mane ado boli paper

Rugi jew banyak iklan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 09:28 PM | Show all posts
aku pun. bace online. then kat opis pung ada paper. no need to beli.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:15 AM | Show all posts
terimalah kenyataan.... akhbar is so yesterday.... kdg2 media social lg pantas dan cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:35 AM | Show all posts
dah 2 tahun tak beli suratkhabar  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:38 AM | Show all posts
sapa yang gigih beli paper tu ai amek paper the sun yang dorang bagi free kat kl sentral tu je..kat ofis pon ada

kalau nak baca komen2 on certain issue, bukak forum sudaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:56 AM | Show all posts
paper uutusan, berita hairan mmg orang tak bace la.. macai je kuat hadap.

lagi satu metro sex...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 08:24 AM | Show all posts
ciwi1166 replied at 27-4-2015 07:56 AM
paper uutusan, berita hairan mmg orang tak bace la.. macai je kuat hadap.

lagi satu metro sex... ...

utusex, metroll hairan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 10:25 AM | Show all posts
Aku penah keje (setahun lebih) kat Nielsen dulu dan mmg bnyk ada unsur penipuan. Samada dekat field (interviewer) atau dekat department data entry. Data yang di collect dari public kbnykn tidak lengkap, kawtim dgn kwn2, cleaning dekat data entry base on condition yg diberikan sekiranya ada soalan2 yang kosong / tidak dijawab dan bnyk lagi lah. Malas aku nak ingat balik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 11:51 AM | Show all posts
banyak org baca kat opis... 1 paper kat 30 org bleh baca... mana de nak beli2...
pastu survey dorang ni camner yer? kot-2 org yang disurvey x baca paper ker....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 12:57 PM | Show all posts
kalau data menunjukkan pembaca tu ramai pembaca
di jajanya statistik tu
bila data tunjuk pembaca menurun
si Nielsen kena kutuk la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072146 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list