View: 4911|Reply: 51
|
[Dunia]
Sekali lagi Switzerland dinobat negara paling bahagia di dunia
[Copy link]
|
|
NEW YORK – Switzerland dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia sebelum ikuti rapat oleh Iceland, Denmark, Norway serta Kanada, demikian menurut satu kajian komprehensif oleh sepasukan ahli akademik di sini kelmarin.
Laporan Kebahagiaan Dunia 2015 merupakan laporan tahunan ketiga untuk mengukur dan memberi penjelasan mengenai tahap kebahagiaan di 158 buah negara bagi mempengaruhi dasar kerajaan di serata dunia.
Finland, Belanda, Sweden, New Zealand dan Australia berada kedudukan 10 teratas senarai itu sekali gus menjadikan negara bersaiz kecil dan sederhana di rantau Eropah Barat menduduki tujuh daripada 10 tangga teratas.
Amerika Syarikat pula berada pada kedudukan ke-15 selepas Israel dan Mexico, manakala Britain menduduki tangga ke-21 mengatasi Belgium dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Perancis berada di tangga ke-29 selepas Jerman yang menduduki tempat ke-26.
Menurut kajian tersebut, antara kriteria yang diambil kira untuk menentukan paras kebahagiaan sesebuah negara termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahap kesihatan, jumlah penduduk, kebebasan membuat pilihan hidup dan kadar rasuah.
Sementara itu, Afghanistan dan Syria yang dilanda peperangan menyertai lapan negara rantau Sahara di Afrika termasuk Togo, Burundi, Benin dan Rwanda dalam kategori 10 negara paling kurang bahagia.
Walaupun Iraq kini kacau bilau, negara itu berada di kedudukan ke-112 untuk mendahului Afrika Selatan, India, Kenya dan Bulgaria dalam senarai sama.
“Laporan ini memberi maklumat tentang kaedah untuk mencapai kesejahteraan masyarakat,” ujar Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jeffrey Sachs – AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
wanna shift to New Zealand..
ok baiii~ |
|
|
|
|
|
|
|
http://en.m.wikipedia.org/wiki/World_Happiness_Report
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia no berapa? Jiran tetangga kita brunei? |
|
|
|
|
|
|
|
24 Singapore
34 Thailand
61 Malaysia
74 Indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
puji sgt.wakaka. Ntah2 switzerland dilanda gempa t.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. lebih bahagia di spore dan thai, dari di malaysia
kat mana silap malaysia ni? kita ada GST, tak bahagia lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bukan ARAB SAUDI? sana da rumah Allah dan ada makam kekasih Allah swt haa
ada makam saidina abu bakar r.a dan makam saidina umar al khattab r.a.
kenapa bukan arab saudi?
sedangkan quran kata kamu adalah golongan yang terbaik di muka bumi !!!
quran tu kalamullah..kata2 Allah swt
kenai dak sapa Allah swt? takkan tuhan nak mohong kut
pasai pa negara bukan islam tu jadi paling bahagia? orang islam pun berebut nak dok sana dan negara2 eropah situ..baru2 ni bot terbalik off Libya coast ntah berapa puluh manusia mati dan ramai kanak2 gak, pelarian boat nak pi negara maju eropah, nak pi Italy tak salah aku..separuh dari berapa ratus ntah depa tu mati lemas haaa
pasai pa depa tak pi naik unta ke ARAB SAUDI?
pasai pa tak pi hijrah ke PAKISTAN? depa mamat Pakis seme tu ada hududdddddd macam brader kat saudi
why why why |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Singapore no 20+.Mcm mana negara yg diura-ura negara komunis,menindas rakyat,harga brg mahal (setelah convert matawang) boleh happy ni |
|
|
|
|
|
|
|
switzerland negara indah bak syurgawi .. haruslah rakyat dia happy .. bangun2 tido aje dapat tengok snowcapped mountain, air tasik n air sungai biru jernih.. mana la tak gembira |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia..buka je mata..subsidi, subsidi, subsidi..kalau tak subsidi..buka je mata..sukan politik, berak politik, kencing politik, agama politik, makan politik, minum politik, masjid politik, kuil politik, gereja politik, ekonomi politik..kira semua politik lah.
Mana nak bahagia..skrew ada longgar. |
|
|
|
|
|
|
|
subsidi rakyat miskin lu sapu pulak...
contoh...rumah pprt n baja.
|
|
|
|
|
|
|
|
switzerland rakyat dia mmg la bahagia..
aku yg melawat ni tak bahagia....
dah segala mak nenek mahai semuanya |
|
|
|
|
|
|
|
saya cuma simpati kepada rakyat yg tak bahagia.. ye lah kan... rezeki tuhan kasi masing masing |
|
|
|
|
|
|
|
nak murah pi melawat swaziland la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kte ade tanjung rambutan..hspital bahagia..tmsk tak dlm indeks tuh..hihihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak migrate takde duit. lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|