CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10675|Reply: 43

Kisah di Site sepang

[Copy link]
Post time 26-4-2015 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Salam, apa yg nak aku ceritakan di sini bukanlah pengalaman sendiri. Cerita dari abang ipar yg dialami oleh pekerja2 dia, tahun lepas (2014).

Abang ipar aku dapat projek membangunkan sebidang tanah + kolam (atau ex-lombong?) di Sepang. Tanah tersebut dikelilingi oleh ladang kelapa sawit milik org lain, dan tanah majikan abang ipar aku ni pulak hutan, termasuk kolam. Boleh dikatakan, sebahagian besarnya kolam je. Setelah tuan tanah minta pendapat, abg ipar aku pun suggest buat resort bertemakan air. Bina cabin, campsite, restoran, dan kemudahan2 utk aktiviti air, sort of la. Tempat tu mmg cantik bila sunset.

Maka bermulalah kerja2 clearkan hutan2, ratakan tanah yg dilakukan oleh beberapa org pekerja warga asing, sambil disupervised oleh abang ipar. Macam2 jenis ular dorg jumpa dalam hutang tu. Nak clearkan pokok2 hutan tu kene pakai jentolak dan segala macam mesin2. So bila malam, nak taknak, beberapa org pekerja kene la tido kat situ jugak. Yela taku jugak nanti barang2 hilang kene curi.

Jadi bermulalah desas desus sampai ke telinga abang ipar aku ni. Penampakan, pendengaran (dengar2 bunyi menangis) diadu oleh pekerja2 kepada abang ipar aku nih. Tapi ta de yang serius pun. Tak de la sampai dorg berhenti. Mungkin pekerjanya lama2 biasa dengan gangguan2 tu kot la. Abang ipar aku ni pun tak der ambik apa2 tindakan pun utk sign agreement dgn penduduk asal tanah tu.

Bila semua pokok2 dah clear, tanah dah diratakan, air kolam dah dibersihkan, abg ipar aku tanya pekerja2 dia kenapa ada sebatang pokok kat tengah2 area yang tak tebang lagi. Sampaikan tanah dikelilingnya dah rata, tinggal pokok tu jer dah macam rupa tumbuh atas busut.Pekerja2 jawap tak berani nak potong sebab pokok tu la yg dorg selalu nampak penampakan tu.

Pulak dah, dah tu tak nak biar jer pokok ni tercongok kat tengah2 alam pulak kan? So, abg ipar aku yg potong sendiri dengan chainsaw. Just nak tunjuk kat pekerja2 dia tak de apa yang nak ditakutkan. Tak la besar mana batang dia, tapi tinggi la. Dah potong, buang, ratakan tanak kat base pokok tu. Setel.

By the way, masa ni, dorg dah buat rumah kat tepi area untuk tempat tido pekerja dan jugak stor. Letrik pun dah tarik masuk. Tp takder tandas la. Kalau nak buang air, tak tau la macam mana pekerja dia nak membuang. Tapi tak jauh dari area tu, dalam area ladang kelapa sawit, ada anak sungai. Mungkin kat situ la kot.

Since kerja berat dah habis, pekerja pun diganti dengan org lain bila dah masuk fasa menanam pokok2 tertentu. Ye la kalau dah nama resort, tanam la pokok2 yg cantik sebagai hiasan. Pasang pagar sekeliling area tanah sbb selalu jugak org2 datang memancing kat kolam tu. Boleh tahan juga. Sampai ada grup dari mana tah yg dah jadikan kolam tu port memancing setiap minggu/bulan.

Hadoi panjangnya intro. Klimaks nyer satu kejadian jer. Sorry la ye forumers sklian..

Pada satu malam, 3 org pekerja warga bangladesh baru masuk kerja dok rilek2 la kot sembang2 sementara nak menunggu mata mengantuk. Tak pasti pukul berapa, tiba2 terdengar la dorg akan bunyi2an yang tak disangka2. Mula dah sesi mengaco manusia kat situ. Dorg ni punya la terkejut, mula lah panik. Terdiam semua sambil pasang telinga. Nak lari keluar takut, sbb bunyi tu kat luar. Bunyi apa tak pasti, abg ipar aku pun tak cerita. Tapi malaun tu bertambah aggresif, mula mengetuk2 pintu. Trjerit2 la manusia 3 org ni kat dalam bilik 4 segi takder tandas tu. Lastly, dorg nampak lidah terjelir panjang masuk ikut ruang bawah pintu, macam dok meraba2 kiri kanan, atas dan lantai simin. Tak tahan sangat dorg rempuh pintu keluar lari dari situ terus berlari ke jalan besar yang terletak kira2 hampir 1km dari situ, dalam gelap ikut jalan sempit muat 1 keter je.

Dorg try telefon abang ipar aku, tp tak angkat. Berkali2.

Last2 esoknya, abg ipar aku cek tepon, baru nampak brape banyak miss call dari pekerja dia ni. Dia tipon balik, maka baru la dia dapat tau apa yg jadi. Siap pekerja2 dia 3 org bermati2an tak nak balik ke situ walaupun hari dah siang. Abg ipar aku pikir ni mesti kes nak lari la ni. Tak nak keje kat situ. Tak pe la.

So abg ipar pegi balik kat site, jeng2, dengan pintu rumah terbukak, barang2 mcm kain baju ditinggalkan. Malahan siap ada handphone tgh caj pun tinggal mcm tu jer.

Sekian, Sorry kalau tak best. Aku ada pegi kat site tu selepas tu amik2 gambar. Tapi tak der apa pun sbb masa aku pegi, site tu dah di'bersih'kan dan di'pagar' oleh pakar import dari Kedah nun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam citer member aku. Husbandnye jage site kat mantin.satu ari dpt call dr polis.Ade org ngadu pekerjanya yg tinggal kat site bawak balik pompuan.
Mber aku  p ikut asbennya dengan satu lg kete polis. Sampai kat site member aku dok dlm kete dendiam.asbennya masuk dlm rumah kongsi dgn polis sebab nak tnyakan hal sape yg bawak masuk pompuan.
Dah tgh mlm time tu n surrounding masih lagi kawasan utan. Nak jadi citer tetibe dengar ketukan pintu. Salah sorang pekerjanya pegi bukak pintu. Haaa ko..mendapatla. Memang perempuan tp pegang kepala..cakap nak masuk dalam rumah kongsi diorg...yg besnye masa tgh kalut tu pekerja2 nya siap ckp..bawakla kami balik..tido dlm jel pun xpe..asben member aku balik semban sampai siap polis escort..nk mandi siap bukak pintu mintak mber aku tengokkan he he..sori kalau x seram.aku tak reti nk citer
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:27 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-4-2015 10:29 PM

Ok..memang seram..lidah panjang terjelir bawah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:29 PM | Show all posts
addicted_girls replied at 26-4-2015 09:55 PM
Macam citer member aku. Husbandnye jage site kat mantin.satu ari dpt call dr polis.Ade org ngadu pek ...

Yang ni lagi seram
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:36 PM | Show all posts
pasti ke'

entah2 lidah biawak bercabang 2

tidak pun lidah trenggiling/tenggiling

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:00 PM | Show all posts
popjack replied at 26-4-2015 10:36 PM
pasti ke'

entah2 lidah biawak bercabang 2

ini jembalang tanah ka yg lidah panjang, itula mana2 site nak teroka kena panggil org2 kasi makan kasi baca2 ayat2
site ai ada sekor pontianak tetapi tak menggangu org pun

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2015 11:09 PM | Show all posts
ninja boy replied at 26-4-2015 03:00 PM
ini jembalang tanah ka yg lidah panjang, itula mana2 site nak teroka kena panggil org2 kasi makan  ...

aku pun tak tau

bab2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:30 AM | Show all posts
popjack replied at 26-4-2015 10:36 PM
pasti ke'

entah2 lidah biawak bercabang 2

haha...aku pun duk terbayang tenggiling masa baca cerita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2015 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la. Kot tenggiling kot... kene plak bangla2 tu tak penah kenal menatang tu. panik lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 08:22 AM | Show all posts
lidah tenggilling panjang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 09:32 AM | Show all posts
adoi ... seram tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 11:26 AM | Show all posts
eeuuuwww ade lidahh...mmg aku dpt bygkan mcm mn bentuk lidah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 05:34 PM | Show all posts
kenape aku gi bace?kenape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 05:50 PM | Show all posts
ni cite kira dah abes la ek. sib baik la takda antu jembalang folo abg ipa ko lepas dia gi tebang pokok tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 11:11 AM | Show all posts
addicted_girls replied at 26-4-2015 09:55 PM
Macam citer member aku. Husbandnye jage site kat mantin.satu ari dpt call dr polis.Ade org ngadu pek ...

aku tak paham apa kau cerita
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 01:47 PM | Show all posts
huishh.. seram tul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 04:15 PM | Show all posts
hest replied at 28-4-2015 11:11 AM
aku tak paham apa kau cerita

aku pon tak paham ekeke..

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 04:30 PM | Show all posts

im not alone
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 05:16 PM | Show all posts
seremmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer no dua tu kan nk g tangkap pekerja yg konon bawak pempuan ke kongsi? Rupanya mmg ade pempuan tu... Sebenarnya antu... Yg menyambut pun dia... Tp dia pegang kepala dia....maksudnya badan ngan kepala bercerai. Betul ke tidak ek pemahaman sy tuan cerita?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.083029 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list