CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3262|Reply: 4

Honda lancar Step WGN 2015 di Jepun

[Copy link]
Post time 27-4-2015 08:05 AM | Show all posts |Read mode


Melihat akan penampilan baharunya, ternyata Honda Step VGN 2015 yang baru dilancarkan di Jepun ini memiliki sedikit sentuhan sporty pada bahagian hadapannya. Gril yang lebih terserlah disambung pada lampu utama yang lebih konvensional.

Manakala bahagian belakangnya pula, Honda telah menampilkan panel badan yang lebih berprofil dengan keunikan “Waku Waku Gate” yang boleh dibuka dari atas mahu pun sisi.







Menjengah bahagian kabinnya, inspirasi Eropah Utara jelas kelihatan, terutamanya menerusi kluster instrumen digital, kekemasan hitam berkilat dan kayuan plastik.

Honda Step VGN 2015 ini turut menampilkan roda stereng tiga-jejari, tempat duduk barisan ketiga yang boleh dilipat 60:40 dan juga pilihan sistem hiburan.

MPV ini dijanakan oleh enjin baharu 1.5 liter VTEC turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 PS dan tork setinggi 203 Nm. Ia juga disambungan dengan CVT yang menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan semua-roda.

Mula dijual pada 24 April di negara kelahirannya sendiri dengan harga ¥2,288,000 (RM68,484).


sumber:www.infokereta.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde imej stepwagn dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 09:32 AM | Show all posts
apa? nak dijual dlm malaysia 600 ribu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
alzan replied at 27-4-2015 09:32 AM
apa? nak dijual dlm malaysia 600 ribu.....

Beli rumah lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 07:56 AM | Show all posts
nak jual kat malaysia kurang-kurang kena tambah angka 1 or 2 kat depan 68 tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.274844 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list