Putrajaya: Dua ekor ayam sehari selain lapan biji telur setiap kali sarapan.
Itu hidangan luar biasa lelaki terkuat dunia, Brian Shaw, 33, yang baru sahaja dinobatkan sebagai Lelaki Terkuat Dunia 2015 sejurus berakhirnya siri penganjuran antarabangsa itu di sini semalam.
Brian yang berasal dari Amerika Syarikat bukan asing dalam pertandingan itu, malah pernah bergelar juara pada 2011 dan 2013.
Brian menewaskan juara empat kali iaitu Zydrunas Savickas atau dikenali sebagai Big Z dari Lithuania.
Tempat kedua dimenangi Savickas manakala, tempat ketiga dirangkul, Julius Hafthor Bjornsson atau lebih dikenali sebagai Thor dari Iceland.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 5:15 AM
AKSI Brian ketika dalam pertandingan. Gambar kecil ASEH bergambar bersama Brian dari Amerika Syarikat di Kejohanan Worlds Strongest Man 2015 di Putrajaya.
http://www.hmetro.com.my/node/46619
|