CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3640|Reply: 0

Facebook Memperkenalkan Sokongan Panggilan Video Pada Messenger Di Android

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Facebook sebelum ini telah menawarkan sokongan membuat panggilan video pada perkhidmatan web mereka dan memerlukan pemalam khusus dipasang. Kini, dengan fokus pihak Facebook terhadap platform Messenger, mereka kini turut mengumumkan sokongan panggilan video melalui aplikasi Messenger di Android dan iOS.
Melalui kemaskini aplikasi Facebook Messenger untuk Android dan iOS, pihak Facebook menambah sebuah ikon panggilan video pada bahagian atas aplikasi, membolehkan pengguna memulakan panggilan video dengan hanya satu tap sahaja.
Walaubagaimanapun, agak mendukacitakan kerana ia diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara, dan Malaysia bukanlah dalam fasa pengenalan pertama. Pihak Facebook mengatakan mereka akan memperkenalkannya secara berperingkat mengikut faktor geografi, dan mungkin akan hadir untuk pengguna di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.
Jadi, sementara menantikannya, bagi anda, adakah pengenalan panggilan video pada Facebook Messenger akan memberikan kesan terhadap aplikasi lain seperti Skype dan sebagainya?
[size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: FACEBOOK
kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.378567 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list