CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7086|Reply: 30

[Dunia] Gadis sunti dilarang memasuki class kerana bertudung liput!

[Copy link]
Post time 30-4-2015 02:46 AM | Show all posts |Read mode



SARAH dilarang memasuki kelas kerana memakai skirt labuh dan tudung ke sekolah di Perancis. AGENSI

REIMS, Perancis 29 April – Seorang remaja Islam dilarang memasuki kelas, gara-gara memakai skirt labuh berwarna hitam dan berpurdah yang dilarang di negara ini yang mengamalkan sistem sekular, mencetuskan bantahan di Perancis.

Gadis itu, Sarah, 15, dilarang memasuki kelas sejak awal bulan ini oleh Guru Besarnya kerana brpendapat pakaian skirt panjang itu popular dalam kalangan wanita Islam untuk tujuan menutup aurat di tempat terbuka, yang merupakan satu kesalahan di Perancis.

“Gadis itu tidak dibenar memasuki kelas dan diminta datang semula ke sekolah dengan pakaian yang lebih neutral dan bapanya pula tidak mahu gadis tersebut kembali ke sekolah,” kata Pegawai Pendidikan Tempatan, Patrice Dutot.

Pelajar itu kerap dilihat menanggalkan tudungnya sebelum memasuki premis sekolah di bandar timur laut Charleville-Mezieres, seperti yang ditetapkan undang-undang, katanya.

Berdasarkan undang-undang 2004 yang dikuatkuasakan di Perancis, sebarang tudung, kippa Yahudi atau tanda salib besar diharam digunakan dalam institusi pendidikan, namun tanda-tanda keagamaan yang tersembunyi dibenarkan.

Gadis itu memberitahu akhbar harian Perancis, L’Ardennais bahawa skirt yang dipakainya itu tidak terlalu istimewa dan ia sangat sederhana serta tidak meragukan. Tiada tanda agamapun pada pakaian berkenaan.

Kisah sedih Sarah menjadi trend di laman sosial Twitter di Perancis dengan hashtag #JePorteMaJupeCommeJeVeux, yang membawa maksud “Saya memakai skirt kerana saya suka memakainya.”

“Jika skirt itu dipakai oleh orang berkulit ‘putih’, ia dianggap gaya hippy, jika skirt itu dipakai orang Islam, ia menjadi salah,” kata seorang pengguna laman sosial di Twitternya. – AFP



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2015 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik bukan islam je yg kena. Kristian dgn yahudi pun kena. Xde la org ckp gomen france ni racist
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Atheist lah yg menang kat france
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Liput ka litup
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 07:40 AM | Show all posts
Kesian dia. Tapi Salib dan Kippa Yahudi dan semua tanda agama diharamkan di sekolah France kan??

Apa kata adik try fesyen Yuna ni? Mana tau diterima??



Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hurm bertabahlah dikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2015 08:20 AM | Show all posts
LIPUT?!!
Ke siput?!!
Ke sepat benua?!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 08:20 AM | Show all posts
litup jadi liput...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2015 08:29 AM | Show all posts
knapa adik tak pakai seluar panjang je? ke seluar panjang pun x dibenarkan kena pakai shorts yg nak nampak spendar kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung liput itu fesyen hijab terbaru kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 08:41 AM | Show all posts
~anya~ replied at 30-4-2015 08:33 AM
Tudung liput itu fesyen hijab terbaru kah?


fesyen yg ikat riben atas kepala macam pocong tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 08:41 AM | Show all posts
@Tok_Batin : seluar Yuna tu ketat sangat la pula
cari seluar yang kembang bawah tu
ala2 macam skirt tapi seluar
aku x tau nama apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:16 AM | Show all posts
bertudung litup..bukan liput
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sekular telah menang
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:20 AM | Show all posts
rospinki replied at 30-4-2015 09:16 AM
bertudung litup..bukan liput

saje jah tu buat typo..sebagai daya tarikan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
alinone78 replied at 30-4-2015 08:41 AM
@Tok_Batin : seluar Yuna tu ketat sangat la pula
cari seluar yang kembang bawah tu
ala2 macam skir ...

Palazo..org renek pakai nmpk tak cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2015 09:26 AM | Show all posts
saladin780 replied at 30-4-2015 09:20 AM
saje jah tu buat typo..sebagai daya tarikan gitu

oo typo..akak igtkan memang dia masudkan liput, apa liput..lama pikir, rupnya litup
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:29 AM | Show all posts
@MeghanK aku siap google lagi
tak perasan yang pakai tu renek atau katek


PALAZO ye...nak try beli utk org kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:30 AM | Show all posts
alinone78 replied at 30-4-2015 08:41 AM
@Tok_Batin : seluar Yuna tu ketat sangat la pula
cari seluar yang kembang bawah tu
ala2 macam skir ...


Pakai macam ni orang sekolah France boleh terima kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 09:32 AM | Show all posts
@tok_batin
boleh kot
kalau ada email budak tu
boleh ko emailkan contoh2 fesyen pompuan malaysia ni yang bertudung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.080589 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list