CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1867|Reply: 23

[Tempatan] Sekolah agama kini pilhan utama ibu bapa

[Copy link]
Post time 5-5-2015 01:35 AM | Show all posts |Read mode


REMBAU 4 Mei – Sekolah agama di negeri ini tidak lagi dilihat sebagai pilihan kedua kepada ibu bapa ketika ini apatah lagi pencapaian cemerlang yang dicatatkan menjadikan sekolah berkenaan kini menjadi rebutan oleh mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, usaha memperkasakan sekolah agama di negeri ini akan diteruskan selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam mengimbangi kecemerlangan di semua jenis sekolah.

Malah, kata beliau, pencapaian cemerlang yang dicatat oleh sekolah agama di negeri ini hasil komitmen dan usaha berterusan warga pendidik di negeri ini bagi sehinggakan ibu bapa kini menjadikan seolah itu sebagai pilihan utama.

“Banyak pencapaian cemerlang yang telah dilakar oleh sekolah agama sejak kebelakangan ini dan kita melihat ibu bapa sekarang lebih cenderung menghantar anak mereka untuk ke sini.

“Dasar pelajaran yang telah kita perkenalkan sejak beberapa tahun lalu kini telah meletakkan negeri cemerlang sebaris dengan negeri-negeri dalam negara ini dan kerajaan negeri akan terus mengurus kecemerlangan ini bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan Sekolah Menengah Agama Rantau Kuala Sawah dekat sini baru-baru ini.

Bangunan sekolah berkenaan yang mula dibina sejak 2007 dan siap dua tahun kemudian, menelan belanja sebanyak RM8 juta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik darjah, makmal komputer, surau dan kantin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jadi sekolah hasilkan ummah IS sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
So far N9 antara yang torrbaik la. Biasiswa derg banyak bagi hantar budak g yemen ngan mesir. Tok mad ni ok, even sekolah rakyat pon terjaga
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:49 AM | Show all posts
benda baik....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah budak yg ada masalah disiplin disumbat ke sekolah ini dengan harapan dapat betulkan budak tu

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
makpak perangai mcm hamjad antar anak gi sekola agama kira okla.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...jgn jd miangbebe...xpenah merasa sekolah agama...sedeh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 08:26 AM | Show all posts
Skarang nak masuk skolah agama yg dah establish bukan senang. Result upsr/pmr kena mantop, mengaji pandai. Siap dgn ujian bertulis & oral serta interview ibubapa skali.
And mmg tough sbb selain subject akademik dan dinniyah, ada hafazan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 03:30 PM | Show all posts
edee_91 replied at 5-5-2015 01:56 AM
Jangan jadi sekolah hasilkan ummah IS sudah...

InsyaAllah selagi guru2nya adalah mereka yg bukan ahli IS.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 03:37 PM | Show all posts
miabebe replied at 5-5-2015 07:58 AM
Alhamdulillah...jgn jd miangbebe...xpenah merasa sekolah agama...sedeh..

untuk memahami pendidikan agama boleh aje belajar sendiri atau menghadiri kelas2/kuliah.  Perlu rajin membaca, belajar dan bertanya kepada yg alim.  Jgn ada sesalan atau istilah 'dah terlambat' untuk menuntut ilmu.  Yg penting ada kemahuan di situ ada jalan.  InsyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 03:39 PM | Show all posts
nolya replied at 5-5-2015 03:37 PM
untuk memahami pendidikan agama boleh aje belajar sendiri atau menghadiri kelas2/kuliah.  Perlu ra ...

kalu belajar agama sendiri...banyak can sesat cam lu..


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 5-5-2015 03:37 PM
untuk memahami pendidikan agama boleh aje belajar sendiri atau menghadiri kelas2/kuliah.  Perlu ra ...

Ye betul tu..mia stuju bebeno..^^
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 03:53 PM | Show all posts
lavarotibakar replied at 5-5-2015 03:39 PM
kalu belajar agama sendiri...banyak can sesat cam lu..

Malu bertanya sesat jalan.  Nak belajar agama, aku dah kata rajin membaca dan bertanya kepada yg alim, jgn tanya yg setengah alim. Hadiri kelas/kuliah, dengar ceramah, takzirah, ikuti program Tanyalah Ustaz dn mcm2 lagi.
Jgnlah cepat tuduh aku sesat wahai dik lava.  Aku sekolah agama penuh selama enam tahun + kelas khas setahun.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 03:55 PM | Show all posts
nolya replied at 5-5-2015 03:53 PM
Malu bertanya sesat jalan.  Nak belajar agama, aku dah kata rajin membaca dan bertanya kepada yg a ...

alahai...stakat 6 tahun.....apa la sangat lu boleh master...

paling2 bab munakahat jer...


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 04:07 PM | Show all posts
lavarotibakar replied at 5-5-2015 03:55 PM
alahai...stakat 6 tahun.....apa la sangat lu boleh master...

paling2 bab munakahat jer...

Setuju, memang banyak yg masih perlu aku belajar tapi Alhamdulillah, ilmu yg tidak sebanyak mana itupun aku jadikan pegangan dn obor bagi aku sendiri menyusuri hidup ini ke jalan yg diredhai Allah swt.  Apa yg boleh aku kongsikan, InsyaAllah aku cakap.  Masih tak faham atau sangsi, aku bertanya dgn mereka yg lebih tau.  Aku tau aku bukanlah orang yg baik namun aku punya niat untuk menjadi orang yg baik: baik kepada Allah, baik kpd diri aku sendiri, keluarga/ sahabat handai dan tidak tak baik kepada ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 04:13 PM | Show all posts
nolya replied at 5-5-2015 04:07 PM
Setuju, memang banyak yg masih perlu aku belajar tapi Alhamdulillah, ilmu yg tidak sebanyak mana i ...

lepas ni lu belajar bab riak pulak...

pastu tarak la lu nak bangga dgn sekolah agama 6 tahun + setahun repeat pasal tak lulus sirah tuuu...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 04:38 PM | Show all posts
lavarotibakar replied at 5-5-2015 04:13 PM
lepas ni lu belajar bab riak pulak...

pastu tarak la lu nak bangga dgn sekolah agama 6 tahun +  ...

InsyaAllah, tapi ilmu tasauf itu luas dik lava da mempraktikkannya bagaikan satu cabaran kpd muslimin.  Semua orang boleh belajar tetapi merealisasikan segala yg dipelajari itulah dugaannya. Dlm kehidupan seharian kita juga kadang2 tersembunyi perasaan takbur, riak, hujub, nuqsan, dll..  Kita disuruh menjaga hati dan perasaan tetapi sering kita gagal berbuat demikian.

Aku tidak bermaksud nak bermegah2 dgn lulusan aku yg seciput itu kerana ramai lagi orang2 yg berpendidikan tinggi dari universiti2 Islam di dlm dan di luar negara.  Aku katakan begitu sekadar untuk menyangkalkan tuduhan lu yg mengatakan aku sesat.  Aku hanya mengharapkan, sekalipun ilmu Islam aku sedikit tetapi masih dapat menuntun aku ke jalan yg benar.  Tidak lebih drp itu. Dan pengajian selama enam tahun itupun tidak mampu untuk aku bermegah2 ilmu aku yg sekelumit itu. Mungkin lu punya sijil pendidikan Islam yg tinggi, keluaran drp mana2 universiti maka lu boleh mengejek aku dan aku terima/tak aku nafikan.  Kalau lu tanya aku 'kau ade', akan ku jawab ikhlas 'aku tak ade'.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 04:42 PM | Show all posts
nolya replied at 5-5-2015 04:38 PM
InsyaAllah, tapi ilmu tasauf itu luas dik lava da mempraktikkannya bagaikan satu cabaran kpd musli ...

untuk memahami pendidikan agama boleh aje belajar sendiri atau menghadiri kelas2/kuliah.


lu nasihat si miabebe tu boleh belajar sendiri ATAU pi kelas...

kalau dia pilih belajar sendiri n sesat...lu nak tanggung..??











Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:00 PM | Show all posts
lavarotibakar replied at 5-5-2015 04:42 PM
untuk memahami pendidikan agama boleh aje belajar sendiri atau menghadiri kelas2/kuliah.[/backcolo ...

apabila aku kata belajar sendiri, aku tidak bermaksud belajar l00% secara sendirian.  Mulakan dulu dgn membaca sendiri, fahami dan bertanya2 kepada yg lebih tau. Tu sebab aku masih menyebut hadiri kuliah, dengar ceramah, ikuti majlis soal jawab.  Untuk mendapat sesuatu ilmu dgn mantap haruslah berguru kerana kefahaman sendiri belum mencukupi.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:03 PM | Show all posts
Jawa, Bugis, Banjar, Melayu etc di Johor sudah berpuluh tahun hantar anak ke sekolah agama, majoriti anak Johor pandai baca jawi. Dan sudah berbelas tahun juga wujud sekolah-sekolah swasta agama seperti Annur, Hidayah etc.

Perkataan "kini" itu agak ketinggalan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.074072 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list