View: 20605|Reply: 214
|
[Tempatan]
Buka Tingkap Niat Nak Jimat Minyak ,Tiba-Tiba DiJerit "MyVi Tak Guna!"
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 5-5-2015 01:08 AM
[url=]
[/url]
SHAH ALAM - Belum pun reda serangan orang awam terhadap ahli Familia Myvi Club (FMC), kini ada dakwaan pengguna Myvi mula ‘diserang’ dengan kata-kata tohmahan orang awam.
Biarpun hanya dua pemandu Myvi terlibat dalam tragedi Lebuhraya Duke yang meragut tiga nyawa termasuk bayi, bahananya terpalit sama ke atas pengguna Myvi yang lain.
Terbaru memetik luahan seorang pengguna Facebook dengan nama Shahirah Azman yang mendakwa terkejut dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.
“Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak.
“… tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit “Myvi tak guna”. Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan,” luahnya yang dikongsikan bersama di Myvi Club Malaysia (MCM).
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Nick Fadhlie Shah menasihatkan masyarakat supaya tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi atas kemalangan yang menimpa.
“Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan.
“… Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan “emoticon” #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan,” luahnya.
Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke.
Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengguna-myvi-pula-jadi-sasaran-1.386641
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut pun kena...dah jadi tak nak mengaku..kebenarannya majoriti pemandu myvi kurang sopan dan berlagak samseng di jalan raya..mereka patut di ajar tentang adab dan sopan |
|
|
|
|
|
|
|
diam2 sudah
masa ni semua orang masih marah
hadap jer la dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan sebab satu kemalangan dah assume semua pemandu Myvi sama? ada je pemandu kereta lain yang kurang ajar. adilkah? |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tergelak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zorrro_03 at 5-5-2015 09:05 AM
Hahaha. Kau kan. Ada ada je nak sakat balaci toyota belta tersebut.
Tapi kejadian ini harus diberi perhatian dan diambil pengajaran oleh semua. Kali ni turn pemandu kereta myvi kena hencap. Sebab pengguna jalan lain sudah sekian lama benci dengan sesetengah atau sebahagian pemandu kereta myvi yang dikatakan melulu. Begitu juga pemandu vios bodoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo betul dia mmg x terkejut laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
selama ni masyarakat dh lama perati sikap pemandu myvi... just tunggu masa nak jadi kes je... mmh betol tak semua pemandu myvi yg takde etika, tp pemandu yg takde etika mostly myvi |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kena sangat perumpamaan ''kerana nila setitik rosak susu sebelanga"
pagi td ada 1 mybi tunjuk teror cilok sana sini nsib baik tak bergesel dgn kete haku
so, skrg ni kt jln raya tu mata haku aim mybi je...
sorry la mybi2 lain yg inesen, sbb 1 mybi kuang ajor mybi2 lain pun kena sekali |
|
|
|
|
|
|
|
spesis yang hina pemandu myvi lain yang tak bersalah apa2, lebih BAHLOL dari pemandu myvi yang sebabkan kemalangan maut tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
haha..
myvi....ko berjaya membuatkan rakyat mesia menyampah...
terutama so called passo...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaaaa kelakar lah plakkk
|
|
|
|
|
|
|
|
bapa ku pengguna myvi.ada sticker kelab kompang
ah sudah... |
|
|
|
|
|
|
|
mendpt la myvi skrg ni...sabar je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
relax jer.. sebulan dua nanti reda la..
manusia kan.. mmg sikap iri hati dan tak puas hati tu ada jer
kesian pemandu maibi haibim yg lain2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
keta myvi cina ala2 style fefeeling lembugini, org cina panggil lala atau ah beng.
melayu pula? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian plk rse kat pengguna myvi yg tak bersalah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|