CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20244|Reply: 184

[Tempatan] Keputusan PRK Rompin : Majoriti undi BN merosot

[Copy link]
Post time 5-5-2015 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Magika at 5-5-2015 09:40 PM

http://www.freemalaysiatoday.com ... &utm_medium=twitter


PETALING JAYA: Keputusan awal menunjukkan calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Ariffin mendahului calon Pas, Nazri Ahmad dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi selepas lima Pusat Daerah Mengundi ditutup awal, Hasan memperoleh 619 undi manakala Nazri memperoleh 226 undi.
Sementara itu, jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRK Rompin sekitar 73 peratus kurang berbanding 80 peratus sasaran yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
FMT akan memberikan perkembangan dari semasa ke semasa sehingga keputusan diumumkan kira-kira jam 10 malam ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2015 06:45 PM | Show all posts
Keputusan tidak rasmi mengikut PDM:

PDM Tekek: BN 244, PAS 144, ROSAK 4. MAJ: 100 (PRU 13: 226)

PDM Juara: BN 82, PAS 48. ROSAK 5. MAJ: 34 (PRU 13: 110)

PDM Kg Genting: BN 82, PAS 19. ROSAK 2. MAJ: 63 (PRU 13: 104)

PDM Mukut: BN 72, PAS 13. MAJ: 59 (PRU 13: 81)

PDM Denai: BN 139, PAS 12. MAJ: 127 (PRU 13: 126)

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:01 PM | Show all posts
Kalau tiba2 orang Rompin jadi bijak baru aku hairan ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nampaknya ramai suka gst...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:03 PM | Show all posts
Majoriti menurun
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:06 PM | Show all posts
sokong gst,sokong kenaikan      harga semua2..

sbb rakyat dah dimaslankan.....xheran pun BN menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2015 07:14 PM | Show all posts
tempat byk felda & org asli, memang lubuk umno ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:16 PM | Show all posts
tak berani comment..  rafizi cakap sediction kalu gst..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti sia sia dunia n akhirat....itula PAS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2015 07:24 PM | Show all posts
KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK ROMPIN: BN 7,034 undi PAS 4,027 undi (Majoriti: 3,007 undi)
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:26 PM | Show all posts

Belum boleh conclude. Kena tgk % keluar mengundi vs jumlah undi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:30 PM | Show all posts
PRK Rompin memang dah boleh predict sape menang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2015 07:31 PM | Show all posts
http://www.suara.tv/2015/05/05/t ... _source=twitterfeed

Tidak Rasmi: BN Menang Di Rompin Dengan 12 Ribu Majoriti

Rompin -Barisan Nasional (BN) dikatakan berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 12,000 ribu undi.

Menurut sumber tidak rasmi calon BN, Datuk Hasan Arifin berjaya memperolehi undi sekitar 22,000 ribu berbanding calon Pas, Nazri Ahmad yang hanya mampu mendapat undi sekitar 10,000.

Sumber itu turut mendedahkan Hasan dikatakan hanya tewas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Keratong 2 apabila mendapat 775 undi berbanding Nazri dengan 895 undi.

Kesemua 38 pusat pengundian telah ditutup dan keputusan PRK Rompin hanya akan diketahui seawal pukul 11 malam Selasa.

Seramai 38,843 pengundi atau 72.88 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sehingga jam 4 petang tadi.

Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 37,502 pengundi yang direkodkan sehingga jam 3 petang.

Jumlah itu menghampiri sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyasarkan 80 peratus daripada 53,294 pengundi untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu.

Pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran untuk PRK Rompin dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ini termasuk empat pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek yang mempunyai 651 pengundi, Sekolah Kebangsaan Juara (171 pengundi), Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi).

Sebanyak 35 sekolah dan tiga dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi melibatkan 119 saluran mengundi.

Sementara pusat mengundi di Bukit Ridan, Muadzam Shah yang mempunyai 312 pengundi akan ditutup pada jam 4 petang, dan pusat mengundi yang lain ditutup pada jam 5 petang.

Khamis lepas seramai 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundian awal di empat pusat mengundi di kawasan parlimen ini.

Pengiraan undi bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan penjumlahan akan dilakukan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon Pas Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2015 07:39 PM | Show all posts
Keputusan tidak rasmi PRK P.091 Rompin dimenangi oleh BN.D Hassan Ariffin (BN) mendapat 21668 undi, Nazri Ahmad (PAS) mendapat 10,106 undi.






Keputusan 2013



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak diheran.mmg menang la tu sbb semua sokong gst katanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:44 PM | Show all posts
cis...penduduk rompin tolak hudud!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
yay!!! gst dah menang. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:46 PM | Show all posts
Dulu ketika pilihanraya umum ke 13, jamaludin jarjis menang dengan majoriti 15,114 undi, so persoalan utamanya adalah berapakah kemerosotan undi yang di alami UMNO sekarang plak ?

Of course la payah PAS nak menang di kubu kuat UMNO, tapi kalau berjaya membuatkan UMNO merosot banyak undi pun dah kira satu tamparan hebat buat bijan.

Kerana ini PRK lah dan bukannya PRU , so UMNO berpeluang menfokuskan 100% di rompin semata-mata ketika PRK untuk tabur segala maknenek janji dan habuan, bak kata bulan bintang planet marikh segala la haih akan di bawa ke riba penduduk situ andai UMNO menang.....

Tapi kalau merosot jugak kat tempat yang merupakan kubu kuat nya tu setelah berbuih air liur menabur itu ini memang bijan lah penyebab utamanya.






Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org ckp..umno ditolak rakyat..ni buktinya lah ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:58 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-5-2015 07:39 PM
Apa nak diheran.mmg menang la tu sbb semua sokong gst katanya

brp byk dah hbis tuh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.410657 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list