View: 6438|Reply: 30
|
Rajuk hati rawat sendiri
[Copy link]
|
|
Edited by anakmerah at 7-5-2015 12:40 AM
Aku didalam situasi di mana aku perlu kuat dan tabah. Allah mendengar segala luahan aku dan Allah juga telah kabulkan permintaan aku di mana suami aku telah pon diajari dengan sesuatu yang sangat memberi impak maksimum terhadap dirinya. SikapNya telah Menjerat diri sendiri.
Pada hari kau ditangkap pihak berkuasa, aku telah menggodam laptop dan henfon kau. Luluh dan hancur hati ku apabila mendapat tau yang kau mengahwini aku kerana 2 sebab dan kau tidak pernah langsung mencintai aku.
Banyak gambar kau bersama wanita2 lain sepanjang tempoh perkahwinan kita. Daripada Gambar bercuti bersama sehinggalah gambar di ranjang. Patutlah selama ini aku dilarang sama sekali untuk menyentuh barang2 peribadi milikmu.
Aku tidak mampu berkata apa2 kerna semua ini telah pon berlaku. Di atas katil kelamin kita kau menodai wanita lain. Kau sangat kejam pada-Ku wahai sang suami. Berkali- kali aku meminta agar kau setia tetapi kau sombong, angkuh dan bongkak. Kau tinggalkan aku meniti hari-hari ku bersendiri sedangkan kau bergembira bersama rakan- rakan serta teman-teman wanita kau.
Aku terpaksa akur, mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau wahai sang suami. Aku tidaklah seperti wanita2 lain yang cantik, bijak pandai, pandai bersosial dan bergaya. Aku juga seorang yang pendiam dan sangat membosankan.
Aku tak sempurna di mata kau sehinggakan kau sungguh malu untuk memperkenalkan aku kepada rakan2 kau, walau kita bersama di luar, tapi kita ibarat musuh, kau jalan di depan dan aku dibelakang. Kau tinggalkan aku membeli belah keseorangan. Kau malu untuk memegang tangan aku dikhalayak umum sedangkan aku isteri kau yang sah.
Berkali aku cuba perbaiki perhubungan ini. Aku cuba cari mana silapnya diri ini sehinggakan kau langsung tidak mempedulikan perasaan aku. Kau layan aku seperti seorang pelacur. Kau datang pada-Ku tatkala kau mahukan aku dan kau pergi tinggalkan aku sesudah itu.
Di saat aku melahirkan putera kita kau tidak bersamaku, aku keseorangan tatkala kau meniduri wanita lain ketika itu. Aku hampir jadi gila ketika berpantang, aku juga hampir membunuhmu tetapi aku masih waras, ku tetapkan hati dan teguhkan iman.
Setiap kali aku cuba ingin bercakap dari hati ke hati, kau lemparkan tohmahan pada-Ku. Kau kasari aku dengan sikapmu, bahasamu.
Hari terakhir sebelum kau ke tirai besi, aku ada meminta agar kau serahkan segala jiwa dan raga pada ku agar aku dapat merasai walau setitis cinta dari-Mu. Dengan angkuhnya kau melemparkan kata2 kesat padaku dengan riak muka yang sangat bengis. Aku malu dan terus menangis.
Hari itu adalah Kali pertama aku melihat kau menangis dan melutut memohon maaf pada-Ku dan mengharapkan peluang kedua daripadaku. Disaat ini baru kau sedar yang kau perlukan aku disisi. Baru kau sedar yang kita mempunyai seorang anak lelaki. Kau takut aku akan pergi tinggalkan kau tatkala kau ditirai besi. Pernahkah kau takut selama mana kau tinggalkan aku keseorangan di rumah??, pernahkah kau hirau aku berjalan keseorangan diluar??.. Aku kaku, Aku buntu dan tiada titis2 air mata keluar kerana aku telah puas menangis kerana kau. Kau tidak pernah selami hatiku selama ini. Kau biarkan air mata ini mengalir dipipi semalaman. Kau bertanya pada-Ku, di mana hilangnya cahaya cinta dari dalam mataku?, Ya Allah bagaimana harus aku jawab soalannya itu??..
Aku memohon Ya Allah agar dapat kau berikan aku petunjuk. Aku takut pisang berbuah dua kali. Semahunya aku teringin merasa cinta yang tulus suci daripadanya. Aku mahu rasa disayangi, dihargai dan dihormati. Aku mahu terus bersamanya. Tapi adakah aku membuat keputusan yang betul?, Aku masih menunggu jawapannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah benar yg jadi kt TT?
semoga TT kuat hadapi dugaan ni..
buat lah pilihan yg terbaik utk mase depan TT dan anak TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggalkan je dh kalau kat tirai besi.. |
|
|
|
|
|
|
|
1st time bleh maafkan , ble dah jadik byk kali....carik pasal namanya
tingat gray's anatomy smalam...you're better off withuot him....bukan tak syg, bukan tak cinta tapi lebih baik tanpa dia di sisi.......my point is ....bior le dia cuma jadik bapak anak TT...TT berhak berbahagia! |
|
|
|
|
|
|
|
cari ler jantan lain. yang boleh selamatkan dikau dari api neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Setitis cinta
Jikalau suami sudah ke tirai besi..dan tiada setitis cinta dan kasih sayang..ku hanya mampu berdoa agar akak menemui sinar bahagia bersama orang baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm cerpen lak cara awok menaip masalah awok. |
|
|
|
|
|
|
|
a) if jate tu xmasuk jail, anda yakin dia akan kembali kepada anda dan meluahkan perasaan cintanya kat anda
b) dah masuk jail baru nak mintak maaf eh? tt maafkan ja la laki anda tu but plis move on. selama ni pun meme sorang2 kan. anak pun xpernah dipeduli kan. plis move on tt. think about your happiness. |
|
|
|
|
|
|
|
kisah benar ke? macam drama lak.... kalau benar, tak payah la TT berikan peluang lagi dah.... TT sanggup merana semula kerana mahukan setitis kasih yg TT maksudkan? cukup la TT merana dah selama ini... kalau perasaan cinta di balas benci, buat apa lagi nak diharapkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa masuk penjara?
suami dealer dadah eh..
bella tengok berita, asyik cerita pasal kastam dapat tangkap tokey dadah je..
sampai 29 juta tuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
ni luahan hati ke mintak nasihat?
dah situasi gini perlu ke kekal dgn suami mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ni apa nak sebenarnya ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yg seingatt aku tt ni ada je problem sejak kawen,
dulu tt pernah tanya antara suami & mak nk pilih sapa..rupanya somi tt mmg hauk, no wonder
lps tu abg ipaq , skrg gini...
bertabahla dah itu pilihan yg hang buat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prettyuglybabe at 7-5-2015 12:25 PM
dear tt,
sy move thread ni ke board rumahtangga ye. terima kasih..
|
|
|
|
|
|
|
|
ini keratan dari majalah atau mmg masalah TT?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings replied at 7-5-2015 02:24 PM
ini keratan dari majalah atau mmg masalah TT?
Ayat mcm cerpen kan..susunan ayat dia..mcm baca buku..he he. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih juga kisah ni |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah TT.
tp kan, utk ape lg dinanti jika kite dah tau kesudahannye.
blm tentu lg andai die lps nanti, die akan cr TT.
silap2 ari bln, die lps pon nanti TT xtau. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat drama ... xperlah, cube pk positif. At least tt masih bernyawa x mcm pompuan yg dua org tu .... n masih boleh mengubah repair ape yg boleh ..... |
|
|
|
|
|
|
|
So touching....hope tt tabah...
Sesungguhnye Allah adalah perancang yg terbaik...all the best TT... |
|
|
|
|
|
|
| |
|