View: 16042|Reply: 10
|
Kisah Iktibar: Raja Mendeliar (keling, mamak) dan kejatuhan empayar Melaka
[Copy link]
|
|
Edited by ifanonline at 11-5-2015 12:33 PM
Siapa Si Kitul dan Raja Mendeliar
Portugis mulanya datang ke Melaka untuk berdagang. Mereka meminta tanah untuk didirikan gudang. Melihat cara diplomasi yang baik antara Bendahara dan Portugis. Kitul mula berdengki. Kitul memfitnah Bendahara menerima suapan berbentuk kalung dari Portugis kepada Sultan.
“Kita perlu menjalin hubungan baik dengan saudagar India dan Cina untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan. Tetapi jauhi saudagar Arab dan Melayu kerana mereka tidak akan mahu memberikan kerjasama,” kata De Sequeira. Portugis mula percaya orang seperti Kitul boleh beri kejayaan kepada Portugis di Melaka.
De Sequeira (juragan kapal Portugis) pulang semula ke Portugis dan meninggalkan anak anak kapalnya membina gudang di Melaka. Lama-kelamaan, gudang itu bertukar bentuk menjadi kubu. Bila disedari ianya kubu, gudang Portugis dibakar dan diserang oleh Melaka. Portugis menjadi marah dan mengutus angkatan perang menyerang Melaka.
Angkatan laut Portugis yang pertama menyerang Melaka diketuai oleh Gonzalo Pereira. Dengan kekuatan tujuh buah kapal, sepuluh buah gali panjang dan tiga belas buah fusta, angkatan Gonzalo Pereira ini tidak sempat menginjak kaki ke bumi Melaka kerana kehandalan Tun Hasan Temenggung dan kebijaksanaan Bendahara Melaka. Portugis gagal. Namun Portugis yang pada awalnya hanya datang berdagang pada 1509, mula mencari titik kelemahan kerajaan Melayu Melaka.
Siapa yang Portugis gunakan untuk pecah belahkan orang Melayu ketika itu? Pelbagai bangsa dari Arab, Parsi, Gujerat, Cina berdagang di Melaka pada ketika itu. Yang menjadi tali barut kepada kerajaan Melayu Melaka ialah Datuk Syahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan Keling, peranakan India Singapura). Portugis tahu konflik antara Sultan dan Bendahara. Sultan berkenan dengan Tun Fatimah, tetapi Bendahara mengahwinkan cepat cepat anaknya dengan Tun Ali, tunangan Tun Fatimah. Hubungan Sultan dan Bendahara bertambah kusut akibat Tun Fatimah.
Untuk menyemarakan lagi konflik, api fitnah ditambah untuk mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suap itu.
Perkara ini diketahui oleh Si Kitul (seorang lagi Keling). Si Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Raja Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.
Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara. Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. Melaka hilang Bendahara yang bijak mentadbir negeri dan panglima perang yang mengalahkan serangan pertama Portugis.
Pada awal Julai 1511, Melaka diserang pula oleh armada Portugis yang diketuai oleh Alfonso De’ Albuquerque. Baru sahaja angkatan perang Portugis sampai, Sultan Mahmud Syah telah mengutus utusan naik ke kapal Portugis menyatakan bahawa orang yang bersalah (Bendahara) membakar gudang Portugis sudah dihukum bunuh. Sultan minta berdamai, tetapi Portugis meminta agar tawanan Portugis dibebaskan. Sultan gagal membebaskan tawanan. Akhirnya sesudah serangan selama sepuluh hari sepuluh malam, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis.
Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul (Keling), Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka. Akhirnya, bila orang Melayu Melaka berpecah dan bergaduh sesama sendiri akibat “emas” dan “wanita”, orang luar mengambil kesempatan menjajah negeri Melayu. Musim pemilihan tiba lagi. Majoritinya mengutamakan pemilihan bukan pemulihan. Dulu emas yang dikejar, sekarang yang dikejar ialah “projek”. Cantas mencantas, pijak kepala kawan dan makan keliling sudah menjadi kebiasaan pada sesetengah manusia. Ada juga yang bersikap macam Kitul, Mendeliar, Nina Chatu dan Utimutraraja.
Jika kita tidak mengambil pengajaran, suatu hari kita akan diajar oleh perbuatan kita sendiri. Moga kita semua dijauhkan dari sifat Kitul dan Mendeliar. 1402-1511, hanya 109 tahun bertahan sebagai kerajaan, Melaka jatuh. Malaysia baru 51 tahun. Apakah akan berlaku pada tahun 2066, ketika usia kemerdekaan adalah 109 tahun? Berapa ramai lagi anak Melayu yang sanggup pertahankan identiti bangsanya sendiri? Jangan disebabkan fitnah, kerajaan Melayu jatuh sekali lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi hang upload citer ni pasal nak kaitkan mamak azeez tu rembat duit haji ka? |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah mengajar kita
menjadi lebih dewasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acu cuba try test check DNA tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah yang mamak tuhh dicaci maki... |
|
|
|
|
|
|
|
Tun M asyik kata semua tak elok..diri sendiri saja terbaik.. zaman ni politik cara baru..politik cucuk jarum ni sangatlah cara dulu kala..tapi sgt berkesan terutamanya utk orang melayu yg pantang dicucuk pasti melatah |
|
|
|
|
|
|
|
Mamak Bendahara Tun Mutakhir juga berdarah Tamil Muslim.... Selayaknya la beliau dihukum kerana amik rasuah cover kedai. |
|
|
|
|
|
|
|
kadangkala peristiwa atau sejarah yg tercatat untuk generasi baru mempelajari segala baik dan buruknya. namun hari ni berbeza klu dah menteri cangkul duit rakyat tayah tunggu manusia mcm kitul atau mendeliar, budak sekolah rendah pun tau marah!! selamatkan lah malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka hampa kutuk mamak! Aku ahli UmNo jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kali ada yang nak mengutuk Tun M, mesti kuar cite ni. Saya rasa moral of the story yang perlu kita fokus bukan terhadap orang perseorangan, tetapi kenapa kita tak cekap mentadbir, cepat tertipu dan kalah pada emas dan wanita? Orang b*d*h sahaja yang ditipu berkali-kali, jadi ubah mentaliti & jauhkan politik murahan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|