CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12379|Reply: 169

[Tempatan] Denda & Penjara Jika Tak Sembahyang Jumaat?

[Copy link]
Post time 11-5-2015 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Denda dan penjara jika tidak solat Jumaat di Kedah mulai 1 Jun

Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaik Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.
"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Alor Star.
Syeikh Ahmad berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.
Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.
Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.
Syeikh Ahmad berkata Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.
"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.
Beliau berkata orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama, 11 Mei, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/denda-dan-penjara-jika-tidak-solat-jumaat-di-kedah-mulai-1-jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 04:55 PM | Show all posts
Inilah dikatakan ada paksaan dalam agama. Bohong jika kata tiada paksaan dalam agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 04:58 PM | Show all posts
Jika salah dgn Tuhan kenapa pula manusia nak hukum padahal manusia bukan Tuhan. Tidakkah ini syirik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:00 PM | Show all posts
ini betul2 advanced....siap ada borang lg... haha... bila dipaksa dimanakah Keikhlasan dalam bersolat ? Biar sang empunya badan berubah dan berazam ke arah itu... barulah ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:26 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-5-2015 05:28 PM
Alion replied at 11-5-2015 04:58 PM
Jika salah dgn Tuhan kenapa pula manusia nak hukum padahal manusia bukan Tuhan. Tidakkah ini syirik.

Sebabnya orang isle yang lobai tu takut mati desebabkan oleh bencana alam dari orang Isle yang engkar dan selalu buat dosa.  Kamu tak pernah dengar titah dari lobai.. Duk kata jangan jadi syirik nanti tuhan bagi banjir beso? Tuhan bagi gempa bumi, tuhan jadikan gunung berapi macam kat Indonesia tu... Kan orang Islam Indonesia ramai yang buat dosa..kawin Islam dengan kristian pun boleh. Sebab itulah di Indonesia gunung berapi bercambah macam cendawan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
X abis2 nk paksa... ntah apa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 05:36 PM | Show all posts
macam mana nak kira TIGA kali ponteng tu. ada yang amek attendance ke? kalau ada MC boleh excuse tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 05:46 PM | Show all posts
Solat literal meaning - ikatan / hubungan. Ayat 33.56 - Allah & malaikat solat. Ayat 24.41 - burung solat. Maksud solat paling hampir - tanggungjawab / tugas / kewajipan. Sembahyang pula tafsiran lain maksud solat. Lain mazhab lain cara sembahyang sebab lain org yg tentukan cara sembahyang. Jadi lain org lain tafsiran maksud solat. Tapi kita tak boleh tangkap org yg berbeza tafsiran dgn kita. Betul tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2015 05:49 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-5-2015 05:26 PM
Sebabnya orang isle yang lobai tu takut mati desebabkan oleh bencana alam dari orang Isle yang eng ...

Quran tak pernah kata muslim (Islam) syarat nikah. Quran kata mukmin (beriman). Maknanya boleh kahwin dgn siapa saja sebab hanya Tuhan yg boleh tentukan keimanan seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:52 PM | Show all posts
Minggu ni aku semayam juat kat mjit India, munggu sebelum tu kat mjit musat Sydney dan sebelum Sydney kat mjit musat Kuantan, so macamana dia orang nak tau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 06:08 PM | Show all posts
Jika musafir makan di kedai waktu sembahyang jumaat kena tangkap tak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sgbuloh replied at 11-5-2015 05:36 PM
macam mana nak kira TIGA kali ponteng tu. ada yang amek attendance ke? kalau ada MC boleh excuse tak ...

Tak ada mc pun tak apa. AL kan adaaa..... Tak pun ambik EL.... Kehkehkeh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke nk bt praturan cmnie?? Bistu yg mrokok terang2 haram npe tk di tangkap jer yg mrokok tuh..bongok
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
X fikir ke mcm mne nk kurangkn maksiat sblm buat undang2 baru..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:09 PM | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 06:08 PM
Jika musafir makan di kedai waktu sembahyang jumaat kena tangkap tak.

musafir kena ambik borang kebenaran musafir di tempat permastautin sebelum pegi musafir.dan disahkan jabatan agama tempat tinggal kita
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:11 PM | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 05:46 PM
Solat literal meaning - ikatan / hubungan. Ayat 33.56 - Allah & malaikat solat. Ayat 24.41 - burung  ...

'aqeemus sollaa ta wa atu zakaa' literally means uphold commitment/connection/ make it pure/dan dlm bahasa mudah bermaksud honor your commitment. ritual sembahyang adalah satu ciri syncretism yg diolah atas keperluan utk memberi legitimasi penguasaan kuasa agama keatas penganut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 12:49 AM | Show all posts
takpe lar kot2 boleh mendidik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 12:57 AM | Show all posts
makin lama makin merapu....

apakah nilainya lagi sesebuah agama itu jika umatnya melakukan dlm keterpaksaan amal ibadahnya kepada tuhan yg dipercayainya...



Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 12:59 AM | Show all posts
eLiaD replied at 11-5-2015 10:02 PM
X fikir ke mcm mne nk kurangkn maksiat sblm buat undang2 baru..

itu la yg artis pakai seksi dah macam telanjang tak pulak jabatan2 pegawai2 agama ni bising... mungkin meraka sendiri seronok kut tgk ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 12:59 AM | Show all posts
Alion replied at 11-5-2015 06:08 PM
Jika musafir makan di kedai waktu sembahyang jumaat kena tangkap tak.

kena la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.108815 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list