CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4253|Reply: 32

[Tempatan] Pasca GST:Ahli Perniagaan Cuba Bunuh Diri Akibat Tertekan di Teluk Intan?

[Copy link]
Post time 11-5-2015 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 11-5-2015 09:20 AM



Seorang ahli perniagaan dilaporkan cuba membunuh diri menjelang  penutupan kedai perkakasannya akibat tertekan dengan pelaksanaan cukai  barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam laporan muka depan akhbar China Press hari ini, Tan Huo  Ming dari Teluk Intan, Perak tertekan kerana menghadapi masalah kesan  daripada GST yang mula dilaksanakan 1 April lalu.


Akhbar itu melaporkan, Tan beberapa kali mengadu kepada keluarga dan  jirannya kerana belum melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer  yang merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan.

"Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju  menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan. Bagaimanapun berlaku kejadian tidak dijangka semalam ketika ahli  keluarga Tan bersiap-siap untuk meraikan dia dan isterinya sempena  sambutan Hari Ibu di sebuah restoran.


Dengan rasa yang sedih, Tan dilaporkan memanjat pagar ke rumah jiran  sebelahnya, menyerahkan sejumlah wang sebelum menelan sebotol kecil  racun. Menurut jiran yang enggan dikenali itu, dia cuba menghalang Tan membunuh diri sebaliknya gagal apabila lelaki menyerbu ke rumah berkenaan dan  mengurung dirinya di dalam bilik. Tan kemudian memecahkan kaca dan mengelar pergelangan tangannya.


Apabila dipujuk, Tan enggan melayan jiran berkenaan sebaliknya meminta supaya dia dibiarkan mati. Jiran berkenaan memanggil rakannya dan mereka kemudian memecah pintu  bilik rumah jiran Tan.


Di situ mereka menemui Tan terbaring berlumuran  darah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan sempat diselamatkan. Menurut anak perempuan Tan, bapanya itu sangat susah hati sejak GST mula dilaksanakan. Isteri Tan pula berkata, dia berjaya memujuk lelaki itu menutup kedai  beberapa hari lalu tetapi percaya keputusan itu amat berat untuk  diterimanya sehingga dia memutuskan cuba membunuh diri.


Sumber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa yg sanggup bunuh diri pertama pasal gst?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:07 PM | Show all posts
businessman yang layak GST pun ada mental macam ni? ingatkan consumer biasa, peniaga rupa nyerr yang boleh claim balik nak buat kurt Cobain gara2 GST....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:09 PM | Show all posts
nak bunuh diri pun menyusahkan org jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:09 PM | Show all posts
dia x faham kot peniaga mcm dia boleh claim GST. kesian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 05:11 PM | Show all posts
ke sebab bisnes tak laku?ke macamana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2015 05:17 PM | Show all posts
cc : najib razak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah wei..mmg la bole klaim tp kedai kna ad sistem.kdai runcit buruk kg nk kna psg sistem komputer nk print resit ad gst. Kdai apek kt kg ak kna gak mcm tu.nasib ank dia pndai guna Excel,jd xpyh invest beli system komputer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 05:33 PM | Show all posts
ahmad maslan, where are you?

tolonglah bagi pencerahan gst kat peniaga tu. dah hampir putus nyawa, you.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 11-5-2015 05:09 PM
nak bunuh diri pun menyusahkan org jugak

Spidey dan bini yang kesempitan hidup menyara 198 ekor anak gara-gara GST pun tak terfikir nak bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya bukan pasal GST kut.... Dia dah lama berniaga, pasti dah bertembung dengan banyak dugaan perniagaan seperti cukai perniagaan, persaingan, kos, perangai pelanggan, untung-rugi perniagaan dll.
Spidey syak dia ada masalah perniagaan sebelumsebelum perlaksanaan GST pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:19 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 11-5-2015 05:37 PM
Spidey dan bini yang kesempitan hidup menyara 198 ekor anak gara-gara GST pun tak terfikir nak bun ...

Kalau Spidey bunuh diri cian pn Botakchinpeng nak kena hidup sorang2...
dah la anak ramai.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:22 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 11-5-2015 05:41 PM
Rasanya bukan pasal GST kut.... Dia dah lama berniaga, pasti dah bertembung dengan banyak dugaan per ...

ai pun terpikir mende yg sama... masalah perniagaan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:26 PM | Show all posts
kedai perkakasan? teruk ni kalau nak buat inventori. Orang tak pernah ada kedai senang lah kutuk. Orang ada kedai ni kepala berserabut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 06:28 PM | Show all posts
ape lak nak dikaitkan ngan gst...boleh claim kot...kalo untung xcukup beso xkene daftar pon..ala...cina kan mmg suke bunuh diri..tah gaduh ngan bini kot...utang along ker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang patut lg stress pengguna :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jualan tak berapa bagus kot lps gst
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 09:14 PM | Show all posts
kedai mmg dah nk,lingkup sblum gst lg kot ni....gst belum sampai 2 bulan, takkan dah ada masalah kewangan sampai sanggup nk bunuh diri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:09 PM | Show all posts
ini la keburukan gst. smpi buat org bunuh diri.

knp la x pendokong2 gst je yg mati?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi bunuh diri rumah jiran la pulak jilake
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.094400 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list