CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 7

[Tempatan] Lelaki Nekad Terjun Sungai Menampakkan Pusatnya

[Copy link]
Post time 12-5-2015 09:54 AM | Show all posts |Read mode
                                                                            Anggota JPAM dan orang awam mengangkat mangsa yang dalam keadaan separuh sedar untuk dihantar ke Hospital Dungun.                                                                     
                                                                            Mangsa diselamatkan nelayan setelah terjun dari palang jambatan di Kuala Dungun, kelmarin.                                                                     
   [url=]
[/url]                 




        DUNGUN - Seorang lelaki nyaris maut setelah nekad terjun dari sebuah jambatan di Kuala Dungun berhampiran Pasar, di sini, kelmarin.
        Difahamkan lelaki yang lengkap berpakaian itu mengalami gangguan emosi dan cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
        Seorang saksi, Mohd Afiq Mohd Ariffin, 19 berkata, ketika kejadian dia melalui jambatan itu untuk pulang ke rumah dan kelihatan dua lelaki serta seorang wanita berada di situ.
        Menurutnya, salah seorang daripada mereka kelihatan pelik kerana duduk mencangkung di atas palang jambatan.

“Mereka bertiga kelihatan seperti sedang bersembang di atas jambatan berhampiran sebuah kereta.

“Tidak lama kemudian saya lihat gelagat seorang lelaki itu agak mencurigakan dan saya maklumkan kepada kawan tetapi kami tidak menyangka dia berniat untuk terjun," katanya.

        Kata Mohd Afiq,  selepas itu dia terdengar suara perempuan menjerit dan sebaik menoleh ke belakang lelaki itu sudah terjun ke dalam sungai.

“Kebetulan ada beberapa nelayan di sekitar kawasan itu dan mereka segera membantu menyelamat lelaki tersebut daripada lemas.

“Setelah berjaya diselamatkan lelaki itu kelihatan separuh sedar dan orang ramai menghubungi JPAM untuk bantuan,” katanya.

        Sementara itu, Pegawai JPAM Dungun Jefri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan lebih kurang jam 7.15 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai empat anggota JPAM dikejarkan ke lokasi dan ketika tiba di tempat kejadian mangsa sudah diselamatkan oleh orang awam menggunakan bot fiber.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/lelaki-nekad-terjun-sungai-1.389177


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2015 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerana gst kah sis? Xpon ummah syiah..kalau sunni xkan melakukan dosa besar sebegini nauzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:06 AM | Show all posts
kalu dia nak mati sangat, biar je la dia mati..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:11 AM | Show all posts
bodow tajuk thread.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:23 AM | Show all posts
Musim terjun bunuh diri dah mula gaknya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
org kata pusat dalam, kawen dgn org jauh..

Pusat terkeluar, kawen dgn org dekat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lebiu kaka pocong..

suka buat tajuk kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 10:45 AM | Show all posts
Hadoii...tajukk....hahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068206 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list