CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 17

[Dunia] Kami bukan pendatang, kami cuma mahu pulang

[Copy link]
Post time 14-5-2015 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
"Fahamilah, kami sesungguhnya ingin pulang" - Pelarian Rohingya
Syafique Shuib, Astro Awani | Kemas kini: Mei 14, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 14, 2015 07:07 MYT)

"Fahamilah, kami sesungguhnya ingin pulang" - Pelarian RohingyaEtnik Rohingya bukan pendatang asing, tapi merupakan golongan pelarian. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini terdapat laporan mengenai kebanjiran 5,000 hingga 6,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Bangladesh dan Myanmar yang terkandas di Selat Melaka dan perairan antarabangsa.

Kebanyakan mereka tiada arah tujuan berikutan kawalan ketat pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Isnin lalu, lebih 1,000 PATI warga Myanmar dan Bangladesh bertindak terjun ke dalam laut selepas dua bot pukat ikan bilis yang dinaiki mereka tersangkut di beting berhampiran Pantai Pasir berdengung, dekat Langkawi.

Di Indonesia pula, pihak berkuasa tempatan di Aceh menahan 600 PATI yang cuba memasuki negara itu.

Media turut melaporkan kebimbangan penduduk tempatan, khususnya di Langkawi, yang risau tentang keselamatan mereka dengan ketibaan PATI ini.

FOTO: Memperingati insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya

FOTO: Masa depan kelam pelarian Rohingya

Namun dalam kalangan mereka ini wujud kumpulan etnik Rohingya di mana masyarakat ini dilihat sanggup bersabung nyawa meredah lautan dan meninggalkan tanah air mereka untuk mencari perlindungan serta kehidupan yang lebih baik.

Rohingya

Siapakah mereka?

Dengan pelbagai laporan di media cetak dan elektronik tentang kemasukan PATI ini, kita harus tahu siapa mereka dan apa yang menyebabkan mereka datang ke Malaysia.

“Kita harus jelas di sini bahawa etnik Rohingya bukanlah pendatang asing yang seperti diklasifikasikan di sini. Mereka dalam golongan pelarian,” jelas Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani ketika ditemui di Astro AWANI malam Rabu.

Kata Zafar, Rohingya merupakan sebuah kumpulan etnik yang majoritinya beragama Islam. Mereka tinggal di negeri Rakhine – sebelum ini dikenali sebagai Arakan – yang terletak di barat Burma.

“Rakhine merupakan tanah kami. Itu memang negeri kami. Namun pada 1978 junta tentera Myanmar cuba menghalau kami dari tanah kami. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh.

“Ini dikenali sebagai Operasi Nagamin tentera Myanmar, dimana kezaliman dibuat dan terdapat pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan,” katanya.

BACA: Lagi kem Rohingya dan mayat ditemui di sempadan Thailand-Malaysia

BACA: Malaysia bincang dengan Bangladesh dan Myanmar mengenai PATI

BACA: Gema bantu Rohingya di Eropah

Tambahnya, Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik Myanmar dan menfapat hak kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka dilucutkan dari sosio-ekonomi dan politik negara.

"Sekarang ini Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya tidak tersenarai,".

Kongsi Zafar, tanah di Rakhine kaya dengan pertanian, minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha untuk pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.

“Pada 1988, terdapat sebuah lagi operasi di mana kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas harus menjadi buruh paksa. Terdapat kezaliman lain seperti penangkapan, pembunuhan dan juga rogol.

“Kita tidak dapat memiliki apa-apa. Pisau untuk potong sayur pun tidak ada. Kalau kita ada pisau, mereka akan tahan satu keluarga dan bawa mereka keluar dari kampung itu. Kami juga tinggal di kem, kami tidak mempunyai rumah,” katanya.

Rohingya
Zafar berkata etnik Rohingya tidak mempunyai rumah di Rakhine. Sebaliknya, mereka ditempatkan di kem. -Gambar fail

Mahu lari ke mana?

Oleh kerana kezaliman dan juga proses pembersihan etnik di Myanmar, ramai etnik Rohingya terpaksa meninggalkan tanah mereka.

"Sekarang terdapat 2 juta etnik Rohingya di Rakhine dan 2.5 juta di luar Rakhine.

“Macam mana kami mahu hidup di negeri sendiri, kalau pihak kerajaan mahu membunuh kami? Kami sudah tiada hak, baik kita lari sahaja,” kata Zafar.

Selain warga Bangladesh, etnik Rohingya turut mencari perlindungan di negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kepada mereka yang lebih bertuah, mereka mendapat suaka di negara ketiga seperti Amerika Syarikat.

“Kami bukan lari ke Malaysia sahaja. Kami berada di mana-mana... ada di sini, ada di Indonesia, Thailand, Bangladesh, Dubai, Amerika Syarikat... di mana sahaja kita boleh mendapatkan perlindungan,” katanya.

Berikut merupakan perjalanan bagi etnik Rohingya ke negara ASEAN - khususnya Thailand dan Malaysia -  berdasarkan perjalanan kumpulan PATI Myanmar dan Bangladesh awal minggu ini:

Rohingya
Kebiasaannya, PATI itu akan bergerak dari Bangladesh dan Myanmar menaiki bot nelayan untuk ke kapal kargo yang terletak di laut andaman.

Rohingya Route
Perjalanan mengambil masa lapan hingga 12 jam.

Rohingya Route
Pelayaran kapal kargo itu ke perairan Thailand dan akan mengambil masa satu hingga dua minggu.

Rohingya Route
Antara lokasi pendaratan PATI itu di Thailand ialah Ranong, Phang Nga dan Satun, manakala di Malaysia ialah Langkawi. Jika menerusi jalan darat, PATI berkenaan akan dibawa menaiki trak dan van dari wilayah Rakhine ke Kanchanburi dan Bangkok, sebelum meneruskan perjalanan menaiki kenderaan sama atau keretapi menuju ke sempadan Malaysia-Thailand.


Zafar turut berkata bahawa perjalanan ini tiada jaminan tentang keselamatan atau hidup mati mereka.

“Ini semua nasib. Kalau nasib mereka baik, mereka akan sampai. Kalau tidak, terdapat banyak cabaran di lautan.


ASEAN harus memainkan peranan yang penting

Zafar menyeru ASEAN, khususnya Malaysia sebagai pengerusi – untuk memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini.

“Negara-negara di ASEAN selalunya memandang ketibaan etnik Rohingya sebagai "isu" dan mereka selalunya tidak mahu memberi perlindungan.

“Jadi jika mereka tidak mahu dibelenggu dengan isu ini,  mereka harus masuk campur dan memberi tekanan kepada situasi di Myanmar.

Namun dengan nada kesal, Zafar menganggap pihak ASEAN tidak mengambil berat tentang konflik dalaman yang berlaku di Myanmar.




“Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 yang berlangsung pada bulan lepas sepatutnya membangkitkan isu ini kerana semua pemimpin ASEAN ada di sini. Namun kenapa perkara ini tidak dibangkitkan kepada pemimpin Myanmar? Adakah sebab mereka semua kawan, jadi mereka tidak membincangkan tentang isu ini?” tanyanya.

Selain negara-negara, ASEAN, Zafar turut berkata bahawa komuniti antarabangsa turut boleh memberikan bantuan.

“Dengan tutup mata sahaja mereka sepatutnya mendapatkan hak suaka. Tidak perlu ada etnik Rohingya melalui ujian atau temu duga apa-apa.

“Namun kepada negara-negara ketiga cakap sahaja tetapi tidak membuat apa-apa. Sekurang-kurangnya dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pelarian Rohingnya dapat ditempatkan di kem dan bukan pusat tahanan. Pusat tahanan tidak dapat menampung mereka dan keadaan tidak selesa,” katanya.

Rohingya
Etnik Rohingya tiada pilihan selain keluar dari negeri Rakhine oleh kerana dikatakan wujud usaha pembersihan etnik di Myanmar.  -Gambar fail

Kami mahu pulang

Akhir sekali, Zafar berkata bahawa semua etnik Rohingya mahu pulang ke Rakhine.

“Siapa yang tidak mahu pulang? Itulah tanah kami. Namun sekarang ini, kami tiada negeri, tiada kerakyatan dan tiada dokumen apa-apa.

“Kami tiada pilihan selain mencari perlindungan di luar. Ramai yang tiada pendidikan. Jadi apabila mereka di tahan di Malaysia sebagai contohnya, mereka tidak tahu untuk menjawab soalan dari pihak berkuasa.

"Mereka tidak tahu tentang ‘kesalahan’ yang dibuat iaitu melanggar undang-undang antarabangsa. Mereka hanya mahu perlindungan," katanya.

Beliau menyeru agar pihak ASEAN atau pihak antarabangsa sudi membantu  mereka.

“Kami ingin pulang,” katanya mengakhiri perbualan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 09:29 AM | Show all posts
Kesian..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 09:41 AM | Show all posts
nama pantai tu mmg xleh blah. tergelak aku bila dengar nama "Pantai pasir bedengung" kat tv semalam sbb teringat citer laksamana doremi. "ingatkan asap je yang bedengung..."
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 09:43 AM | Show all posts
Siyesly ni krisis kemanusiaan...bayangkan kita org melayu x diiktiraf kat negara sendiri...mana kita nak lari?

Sedih tgk depa..yg libat pompuan n kanak2 memg sedih  ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:01 AM | Show all posts
kenapa ramai-ramai tak nak fight untuk hak dan tanah mereka?
sebaliknya lari dan biarkan kaum mereka terus ditindas?
cuba tengok palestin.. siap kena bom lagi..
tak ada pun mereka lari tinggalkan tanah yang mereka kata hak mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:17 AM | Show all posts
Kesian..kdg rasa myanmar ni jahat.
tp bila pk balik dorg ni dtg negara org pastu buat jahat
rasa mcm padan muka la kena halau
tp yela dh hidup dlm tekanan tanpa didikan..
Yg paling kesian anak bini r
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2015 10:18 AM | Show all posts
Zafar nie nampak cam pandai.. kesiannya hidup cam pelarian.. takde tempat nak settle down.. kesian kat kanak2, orang tua and wanita.. ASEAN pun senyap tak address the issue. nak harapkan kat siapa lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:19 AM | Show all posts
ntahler replied at 14-5-2015 09:41 AM
nama pantai tu mmg xleh blah. tergelak aku bila dengar nama "antai pasir bedengung" kat tv semalam  ...

Aku pun ingat nama main2 je dia sebut....rupanya mmg ada nama pantai tuh...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 10:25 AM | Show all posts
kasihannya..

sanggup merentas lautan berminggu2 hanya utk sebuah perlindungan.. sedih baca.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:26 AM | Show all posts
see...??? baca posting2 forumer kat atas dah mula kesian dan lembut hati...
nak harap kat sapa lg....????

kat malaysia tercinta la jawabnya....malaysia bumi warga asing....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:27 AM | Show all posts
kesian depa ni... ada negara sendiri dihalau... sampai beranak pinak  pun tak selesai kes ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:32 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-5-2015 10:01 AM
kenapa ramai-ramai tak nak fight untuk hak dan tanah mereka?
sebaliknya lari dan biarkan kaum merek ...

sebab katanya pisau pon tarak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:42 AM | Show all posts
prsidangan negara asean tak dapat selsaikan isu rohingya ni...itu je isu sbnr yg zafar ni nak cakap...

bukan nak minta perlindungan kat malaysia okeh...

kan diorg dah ckp diorg ade di mana mana sbg pelarian,
and diorg nak balik ke tempat asal diorg...

tak dapat bayangkan tiba tiba aku lahir jadi one of the ethnic ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:55 AM | Show all posts
Kesian depa ni.

Jangan lupa , banjir Kelantan, Persatuan org Rohingya derma RM10,000
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi mahu pulang ke mana


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:10 AM | Show all posts
Kalau nak pulang, apasal bayar 7000-10000 kpd Sindiket penyeludup utk meneyeludup ke malingsia? mmg pandai menipu.

Pengawai sempadan banyak kuat makan rasuah , banyak sisa2 low class masuk dr thailand.Kata puak perasan mulia semua  salah cina beri rasuah.

malingsia berbesar hati menerima saudara rohingya dan bangaladesh menjadi bumi  dan mempertahankan ketuanan selama2nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 11:15 AM | Show all posts
Pegawai Imigresen Thailand jual orang Rohingya kepada penyeludup manusia.


Orang hanyut Rohingya itu dibawa menggunakan bot tempatan dari satu jeti di perlabuhan Thai-Burma di Ranong ke sebuah kapal penyeludup untuk diseludup ke Malaysia sebelum dijual.

.....................

apasal saudara rohingya dan bangala suka datang ke mesia? Siapa buat mereka rasa mesia banyak baik utk mereka?
Datang sini jadi parasit, budak2 ketuk  tingkap kereta mintak duit, menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rupa2nya mmg ada nama pasir berdengung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079210 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list