...memang orang kedah tarak boleh buat kawan daaa...
Tinggal mayat rakan selepas nahas[size=11.0500001907349px]on May 14, 2015 [size=11.0500001907349px]
[size=11.0500001907349px]
[size=11.0500001907349px] [size=11.0500001907349px]
[size=11.0500001907349px]
Sungai Petani – Seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 20 tahun sanggup meninggalkan dua rakannya dengan seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Ketil di Bukit Selambau, di sini, awal pagi semalam. Kejadian berlaku jam 5.30 pagi di kawasan selekoh apabila kereta Toyota Vios dinaiki tiga lelaki terbabit dari Kuala Ketil hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit. Sumber berkata, pemandu kereta, Sharizan Yahya, 34, maut akibat cedera parah di kepala manakala rakannya, Mohd Amin Ishak, 25, parah pada badan. Katanya, siasatan awal mendapati seorang lagi penumpang kereta disyaki cedera ringan melarikan diri dengan meninggalkan kedua-dua rakannya itu. “Kejadian disedari orang ramai jam 5.45 pagi yang menghubungi polis untuk tindakan lanjut. Pemandu kereta didapati meninggal dunia dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani. “Penumpang yang parah pula dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk menerima rawatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, polis mengesan seorang lagi penumpang dipercayai melarikan diri selepas kejadian.
[size=11.0500001907349px]
[size=11.0500001907349px]
|