CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2269|Reply: 9

Pemandu wanita lebih baik dari pemandu lelaki – Kajian

[Copy link]
Post time 16-5-2015 09:07 PM | Show all posts |Read mode



Kajian yang diadakan di London, mendedahkan wanita memandu lebih baik daripada lelaki. Agensi

LONDON 15 Mei – Persoalan berhubung jantina mana memandu lebih baik terjawab apabila satu kajian oleh sebuah syarikat insurans, Privilege Insurance mendapati golongan perempuan merupakan pemandu lebih baik.

Portal Mail Online melaporkan, dalam kajian tersebut, pemandu wanita mengalahkan lelaki dalam beberapa ujian pemanduan yang dijalani 50 lelaki dan wanita.

Mereka diuji dalam 14 aspek pemanduan berbeza termasuk kelajuan, kemahiran pemerhatian, tindak balas terhadap pengguna jalan raya lain, dan pematuhan lampu isyarat.

Wanita secara keseluruhan memperoleh 23.6 daripada 30 mata yang diberikan, manakala lelaki hanya mendapat 19.8 mata.

Kaum hawa juga didapati lebih baik ketika memandu di persimpangan jalan raya paling sibuk di London iaitu Hyde Park Connor.

Kajian itu juga membuktikan kesahihan persepsi stereotaip yang sering dikaitkan dengan cara pemanduan kedua-dua golongan tersebut antaranya lelaki lebih suka mengambil risiko, memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan, memotong barisan, melanggar lampu isyarat atau berbual di telefon, dan menghantar teks ketika memandu.

Wanita pula lebih bersopan-santun dan bertimbang rasa selain lebih berhati-hati ketika menghadapi keadaan lebih berbahaya, menggunakan cermin sisi dengan betul, dan berhenti di lampu isyarat.


- http://www.utusan.com.my/berita/luar....KtlMaCds.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2015 09:26 PM | Show all posts
tak perlu bancian sendu nak claim jantina pelbagai.. pengalaman memandu di ajaln raya sudah cukup untuk membuktikan jantina mana yang very careless and negligence. tadi baharu saya hanjengkan sekor cikki hauk main masuk jah dari tepi jalan ke tengah jalan, ala ala tak lehat kanan, hello!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 09:32 PM | Show all posts
hasil kajian yang paling lawak di abad ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba buat kajian kat malaysia. Rasanya lelaki lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 09:41 PM | Show all posts
jiran perempuan naik alphard bawak kereta cam nak racing di kawasan rumah. very selfish!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kajian di malaysia xkan dibuat kot sbb da jelas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mia bosan lah...hmm...dah la mlm ni pon bosan..gewam mia laaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn ler dk stereotaip sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 01:48 AM | Show all posts
cool...at least british ladies tak der lah nak racing maut dengan Ford Ka  atas jln sampai bunuh orang.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kajian syarikat insuran pastu naik polisi insuran utk pemandu lelaki..taw dh taktik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.152352 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list