CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1874|Reply: 6

[Jenayah] Warga Nigeria Lagi Rela Bersiram di Kolam Sambil DiGelakkan Abam Imi!

[Copy link]
Post time 18-5-2015 06:21 PM | Show all posts |Read mode
                                                                            Lelaki warga Nigeria ini cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam kolam namun tetap berjaya diberkas.                                                                     

                 




        PUCHONG – Seorang lelaki warga Nigeria nekad terjun ke dalam kolam untuk mengelak daripada diberkas sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Ikrar,  awal pagi semalam.

        Namun tindakan itu gagal apabila penguatkuasa Imigresen Selangor berjaya memberkas lelaki tersebut selepas mengepung kawasan kolam itu.

        Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Ramli Othman berkata, lelaki itu antara 52 individu yang ditahan termasuk sembilan wanita warga asing dalam Ops Ikrar yang dijalankan di enam lokasi.

        Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah restoran, seramai tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki warga India, dan seorang lelaki warga Myanmar ditahan.

“Kita kemudian menahan tiga lelaki warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang lelaki warga Bangladesh di kawasan yang sama,” katanya.

        Katanya, empat lelaki warga Nigeria ditahan di sebuah restoran lain di lokasi sama, manakala lima warga Bangladesh, dua lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Nigeria ditahan di sekitar Pusat Bandar Puchong.

“Kita juga menahan empat lelaki dan empat wanita warga Indonesia, seorang lelaki Thailand dan seorang lelaki  Pakistan dalam pemeriksaan di sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong,” katanya.

        Menurutnya, tujuh lelaki dan empat wanita warga Nigeria, tiga lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki dan wanita warga Somalia, seorang lelaki warga Libya dan seorang lelaki warga Nepal ditahan di sekitar Sunway Piramid.

“Kesemua individu ditahan berusia antara 19 hingga 38 tahun di bawa ke pejabat Jabatan Imigresen Selangor di Shah Alam, sebelum dihantar ke depoh tahanan di Semenyih untuk tindakan lanjut,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/warga-nigeria-cuba-terjun-kolam-1.391327

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 06:32 PM | Show all posts
harap kerajaan bekalkan TAZER utk abam2 IMI  
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 06:55 PM | Show all posts
macam2 warga ada........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung xlemas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
After catching Omani illegals last week , we now have Libyan illegal
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 09:24 AM | Show all posts
pelbagai jenis kulit, rupa dan bahasa dah ado skang....baru 1 malaysia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2015 09:36 AM | Show all posts
gaara_X replied at 19-5-2015 09:24 AM
pelbagai jenis kulit, rupa dan bahasa dah ado skang....baru 1 malaysia...

Mcm2 jenis ada kat 1Malaysia. Negara yg paling universal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.063453 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list