CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7237|Reply: 17

Ralat Buku Teks Sejarah Tahun 5 Kedudukan Mekah dan Madinah

[Copy link]
Post time 21-5-2015 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Isu Pendidikan KSSR. Ralat Kedudukan Mekah dan Madinah Buku Teks Sejarah Tahun 5. Mengapakah agaknya Ralat kerap berlaku dalam Buku Teks Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kecuaian ini bukan yang pertama. Terdahulu, di awal 2011 pernah berlaku Ralat dalam Buku Teks KSSR English Year 1. Namun Isu Buku Teks tesebut reda bila KPM menubuhkan Jawatankuasa Semakan Semula dan Text Book tersebut telah digantikan dengan Cetakan Baharu.

Terkini, Ralat Buku Teks Sejarah Tahun 5 pula heboh diperkatakan. Kesilapan-kesilapan begini sudah tentu akan menjadi Isu kepada Kementerian Pendidikan dan Menimbulkan Masalah untuk warga pendidik. Sebagai manusia yang banyak kelemahan, kesilapan begini tidak mustahil berlaku. Cuma agak sukar untuk diterima apabila masih berlaku Ralat dalam Sistem Pendidikan Malaysia yang diwara-warakan kualitinya bertaraf dunia di akhbar-akhbar tempatan.

Kedudukan Mekah dan Madinah Buku Teks Sejarah Tahun 5

Buku Teks merupakan sumber Rasmi dan Bahan Bantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Agak sukar untuk berlaku ralat memandangkan setiap penerbitan sesebuah buku teks pendidikan adalah rasmi malah perlu melaui banyak tapisan. Kita adalah manusia yang banyak kelemahannya. Sudah tentu ada Kecuaian berlaku. Kita juga amat mudah untuk lupa dan leka dengan harta dunia.

Kesalahan dalam Buku Teks Sejarah Tahun 5. Berlaku ralat pada peta yang menunjukkan kedudukan Mekah dan Madinah. Kesilapan yang berbentuk fakta sebegini perlu diambil serius dan mesti segera diperbetulkan.



Selain itu ramai juga yang tertarik dengan ilustrasi gambar Guru memakai Sari mengajar perihal Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dalam Buku Teks Sejarah tahun 5. Namun tidak salah jika guru berbangsa lain mengajar mengenai Sejarah Islam. Guru sejarah tidak semestinya melayu Islam, cuma ia pasti lebih baik jika guru tersebut dilukis dalam keadaan tertutup auratnya sebagai tanda menghormati ilmu berkaitan dengan islam.

We Learn From History That We Do Not Learn From History
— Friedrich Hegel


Merujuk makluman para guru terdapat banyak fakta sejarah yang boleh dipertikaikan dalam buku teks KSSR sejarah tahun 4 dan tahun 5. yang mana fakta sejarahnya tidak selari dan berbeza sepertimana buku teks sejarah Tingkatan 1 dan 2. Merujuk makluman warga pendidik, tempoh masa era paleolitik, neolitik dan logam yang dinyatakan dlm buku teks athun 4 salah kerana ia tidak sama dengan buku teks tgkatan 1. Baca juga Adakah DSKP kekal Draf Untuk Selamanya. Ralat Buku Teks KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tread ini dipetik dari salah satu isu pendidikan di Malaysia yang merujuk Halaman
Memoir of Insani.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 02:13 AM | Show all posts
Guru sejarah tidak semestinya melayu Islam, cuma ia pasti lebih baik jika guru tersebut dilukis dalam keadaan tertutup auratnya sebagai tanda menghormati ilmu berkaitan dengan islam


Pasal sejarah aje pun bukannya pasal nilai2 Islam..Sentap gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg buku teks kssr byk error
English pun salah eja dsb
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba suruh org yg pernah pergi haji atau umrah point atas peta kedudukan mekah dan madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Darjah 5 dah belajo sejarah? Wahh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal gsmbo cikgu bersari pun nasuk

Apa salah katun pakai sari tu ajar sejarah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2015 07:51 AM | Show all posts
pelik la blogger ni...illustration sape yg ajo sejarah jadi isu...mentaliti, mentaliti...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 07:57 AM | Show all posts
nampak je kecil..tapi kesannya.......renungkanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 08:03 AM | Show all posts
kalau dh salah mcm ni.. esok lusa sejarah sebenar boleh berubah. jgn pandang main2 dgn sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:06 AM | Show all posts
lorhhh org yg non muslim x bley ajar sejarah tamadun Islam ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:21 AM | Show all posts
blogger oh blogger
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 21-5-2015 07:12 AM
Darjah 5 dah belajo sejarah? Wahh..

tu pasal beg sekolah kemain berat..mcm2 subjek belajor

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:45 AM | Show all posts
Apa isu cikgu pasal sari, Malaysia kan?

patut lukis katun nun terus tengok mcm mana dia menggelupor...

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:07 AM | Show all posts
Malas nak bukak tred baru tp ada sapa pandai bgitau maksud ni x..idioms ka apa ...

the thirst for profits dries the heart n mind ....

sory mod, nak tau ayat tu betui ka x ...tq pd yg jwb nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 21-5-2015 08:23 AM
tu pasal beg sekolah kemain berat..mcm2 subjek belajor

zaman sekola dulu..

semua buku bella sumbat bawah meja. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 10:33 AM | Show all posts
bellaa replied at 21-5-2015 07:12 AM
Darjah 5 dah belajo sejarah? Wahh..

Darjah 4 pun dah belajar dikkk....
Baru2 ni bawa anak aku p tengok Candi Lembah Bujang kat Kedah,
lepas tu dia ajak p Muzium Negara pulak nk tengok Homo Sapien-sapien...
Nasib dia tak ajak p tengok candi Borobudur, Angkor Watt atau Taman Tergantung Babylon....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Thorbaeeek dunia kata yidin
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 21-5-2015 10:33 AM
Darjah 4 pun dah belajar dikkk....
Baru2 ni bawa anak aku p tengok Candi Lembah Bujang kat Kedah, ...

Jalan2 sambil tambah info..

Nanti dtg lah lenggong.. Ada perak man. Huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.076905 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list