CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3997|Reply: 22

[Jenayah] Wanita bimbang gambar ‘dalam kain’ tersebar-Tapi Ni Lelaki Ni

[Copy link]
Post time 21-5-2015 11:16 AM | Show all posts |Read mode
                                                                            Siew Siew (duduk) menunjukkan gelagat lelaki tidak dikenali yang didakwa merakam gambar dari celah kakinya ketika berurusan di mesin ATM sebuah bank di sini, baru-baru ini.                                                                     

         




        KUANTAN - Seorang wanita dihantui kebimbangan ekoran tindakan seorang lelaki yang didakwa cuba merakam gambar ‘dalam kainnya’ ketika berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini, baru-baru ini.

        Wanita terbabit, Lau Siew Siew, 31 dari Perkampungan Galing di sini bimbang gambar yang dirakam menggunakan telefon pintar oleh lelaki itu dieksploitasi atau disebarkan untuk tujuan tidak baik yang boleh mengaibkan dirinya.

        Dia berkata, susulan tindakan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu, dia tampil membuat laporan polis pada hari yang sama meminta agar siasatan dan tindakan diambil terhadap lelaki tersebut.

“Saya difahamkan lelaki itu turut tampil membuat laporan polis kononnya berlaku salah faham dan tindakannya merakam gambar saya dari bahagian bawah berlaku secara tidak sengaja.

“Saya makin tidak faham kerana terlalu banyak persoalan timbul berdasarkan penjelasan pihak polis terhadap hasil siasatan kes itu,” katanya ketika ditemui selepas tampil membuat aduan di Pejabat Adun Teruntum, Sim Chon Siang di sini, kelmarin.

        Siew  Siew berkata, dia difahamkan tindakan tidak boleh diambil terhadap lelaki itu kononnya tiada unsur jenayah berlaku dalam kes tersebut sedangkan dia sempat melihat paparan pada skrin telefon yang jelas terpapar bahagian celah kakinya.

“Malah rakaman CCTV bank tersebut juga menunjukkan lelaki itu ada ‘niat’ dan bukan secara tidak sengaja.

“Saya menjerit memarahinya dan sempat memegang lelaki itu selepas menyedari perbuatannya namun pegangan terlepas dan lelaki itu terus beredar seolah-olah dia melakukan kesalahan,” katanya.

        Menurutnya, dia sendiri tidak pasti motif lelaki tersebut dan mungkin ada lagi wanita lain yang turut menjadi mangsa.

“Sehingga kini saya tiada jawapan jelas tentang kes ini kerana terlalu banyak persoalan mengelirukan sedangkan dia (lelaki) tidak dipersalahkan,” katanya.

        Menceritakan kembali peristiwa tersebut, Siew Siew berkata, dia ke bank tersebut kira-kira jam 1.15 petang, 11 Mei lalu untuk memeriksa baki akaun.

“Ketika itu hanya dua pelanggan termasuk saya berada dalam bilik ATM tersebut dan ketika tiba giliran,  lelaki itu masuk dan beratur di belakang sedangkan dia boleh ke mesin sebelah untuk berurusan.

“Tiba-tiba  lelaki itu duduk bercangkung memegang telefon bimbit sambil mengambil gambar bahagian bawah kaki saya dan jelas pada skrinnya gambar yang dirakamnya itu,” katanya.

        Dia berkata, selepas ditegur, lelaki itu terus beredar tanpa membuat sebarang urusan di mesin tersebut.

“Malah saya sempat merekam lelaki itu yang kemudiannya beredar dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

“Selepas itu kira-kira setengah jam kemudian saya pergi buat laporan polis manakala dia tampil mengambil tindakan sama jam 3 petang sebelum saya dipanggil sekali lagi untuk memberikan keterangan,” katanya.

        Dia berkata, selepas kejadian, dia benar-benar tertekan kerana bimbang gambar itu disalahgunakan atau disebarkan untuk tujuan yang boleh mengaibkan dirinya.

“Saya minta polis melakukan siasatan lebih terperinci supaya kes yang berlaku ke atas dirinya tidak dialami wanita lain.

“Pada masa yang sama, satu jaminan perlu daripada pihak polis dan institusi kewangan terhadap keselamatan pelanggan terutama wanita yang datang berurusan di ATM ketika cuti hujung minggu yang keadaannya agak sunyi,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/wanita-bimbang-gambar-dalam-kain-tersebar-1.392551

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 11:26 AM | Show all posts
Kat Pavilion pernah jadi depan mata aku
Dia tak rakam la tapi cuma buat-buat ikat tali kasut sambil menjenguk ke atas nak tengok dalam skirt perempuan tu
Boleh pulak perempuan tu tak perasan sampai aku gi tegur
Mamat tu pun terus belah cam tu je
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:27 AM | Show all posts
kalo amik gambar camtu bleh nampak muka dgn jelas ker???
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la yg best tgk mcm tu... Makin ramai psycho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2015 11:33 AM | Show all posts
kekure replied at 21-5-2015 03:26 AM
Kat Pavilion pernah jadi depan mata aku
Dia tak rakam la tapi cuma buat-buat ikat tali kasut sambil ...

apasal ko tak hempuk je kepala dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:36 AM | Show all posts
sape suroh pakai skirt pendek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2015 11:38 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 21-5-2015 11:33 AM
apasal ko tak hempuk je kepala dia

Tak sempat coz dia dah lari bila nak approaching perempuan tu
Tapi pompuan tu dia cecepat gi buat report kat security Pavi
Aku tak follow dah la lepas perempuan tu selamat ke security
Harapnya dapat check through CCTV muka bajingan tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:42 AM | Show all posts
amoi jgn susah....talak nmpk muka punya.....yg nampak cuma bulu2 hitam amoi yg tak pernah trim tu sajork....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2015 11:43 AM | Show all posts
kekure replied at 21-5-2015 03:38 AM
Tak sempat coz dia dah lari bila nak approaching perempuan tu
Tapi pompuan tu dia cecepat gi buat ...

gila betul orang macam tu dek
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:45 AM | Show all posts
bila minah2 skirt pendek naik eskalator...org bhgn bwh konpem nmpk...
dh biase sgt aku nmpk kaler spentot dorg neh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:45 AM | Show all posts
bila minah2 skirt pendek naik eskalator...org bhgn bwh konpem nmpk...
dh biase sgt aku nmpk kaler spentot dorg neh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:58 AM | Show all posts
biasanya kalo amoi yg pakai skirt naik eskalator aku tengok selambaer aje sbb depa pun layan gak

sama2 layan kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:01 PM | Show all posts
ramai btul pervert kat msia la ni. mmg elok dipijak aja muka sekor2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:03 PM | Show all posts
mamat tu kawan mangkuk selfie uitm yang konvo baru2 ni kot. dari jurusan potografi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Fetish ke hape gaya gitu dok skodeng2 bwh skirt...xdep class lngsung
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:10 PM | Show all posts
woiii bahaya ni...kalau pakai baju kurung ke jubah ke,napak tak bila naik eskalator???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 12:14 PM | Show all posts
tengok pakaian time demo pun sexy dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:14 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 21-5-2015 11:45 AM
bila minah2 skirt pendek naik eskalator...org bhgn bwh konpem nmpk...
dh biase sgt aku nmpk kaler s ...

nasib baik pakai yang dalam. haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:19 PM | Show all posts
seks maniac tue....bahaya woo
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Amoi amoi kat Malaysia ni seksi betul pakaian bila g shopping mall. Kokesen lagi sopan kot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.078321 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list