CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8696|Reply: 91

[Tempatan] Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

[Copy link]
Post time 22-5-2015 09:21 AM | Show all posts |Read mode


Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 09:40 AM | Show all posts
Dah bersara ni cakap banyak pulak masa jadi bos SPRM dulu awat senyap macam tikus kecot teloq
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:48 AM | Show all posts
itu mmg tipikal warga pencen.

masa berkuasa dok tutup mata/telinga.
bila dah pencen sebok nak jadi hero konon
tau segala dosa yg jadik mainannya.

pm pencen
ketua pulis pencen
spr pencen

masing2 sama jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:54 AM | Show all posts
Edited by hzln at 22-5-2015 09:57 AM

sesen takdak nilai kata2 org gini
dah pencen baru banyak bunyi
feeling2 jadi hero
masa berkuasa ko lah yg paling gigih menjilat
ko lah yg paling gigih menyokong segala penipuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:55 AM | Show all posts
pakcik ni dulu masa pegang SPR kemain lagi menipu orang pasal dakwat kekal yang tak kekal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 09:57 AM | Show all posts
aku kenal tan sri ni... dia antara org lama gov yg berani gak la... bos spr sebelum2 dia tu lagi berani... cuma aku tau masa dia jadi bos spr dulu, dia melawan gak.. dia ada jugak tegakkan kebenaran...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2015 10:04 AM | Show all posts
masalah takde sape berani nak bongkar 'keje2' najib 2... kalau boleh sume bende nak #najib biar dia tau org suke ke tak suke dia... nie mentang2 PM sume org kene ikut dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:20 AM | Show all posts
kudin66 replied at 22-5-2015 09:40 AM
Dah bersara ni cakap banyak pulak masa jadi bos SPRM dulu awat senyap macam tikus kecot teloq

Sebab masa dalam perkhidmatan dulu kan sign surat tulis:
saya yang menurut perintah!
So tak boleh cakap banyak la.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 10:24 AM | Show all posts
kudin66 replied at 22-5-2015 09:40 AM
Dah bersara ni cakap banyak pulak masa jadi bos SPRM dulu awat senyap macam tikus kecot teloq

sebab ni kan kalo dr petikan tadi

" Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani."
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah insaf dan bertaubat la ni ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:32 AM | Show all posts
sekadar info..besan dia Datuk Yaakob (bapa fazley) Ceo Pwtc tapi dah ditamatkan perkhidmatan ganti dengan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:35 AM | Show all posts
dia dh balik ke pangkal jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:46 AM | Show all posts
kudin66 replied at 22-5-2015 09:40 AM
Dah bersara ni cakap banyak pulak masa jadi bos SPRM dulu awat senyap macam tikus kecot teloq

SPRM? kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:53 AM | Show all posts
Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

Dah kalau masa dalam SPRM ada rasa takut nak tegur kesilapan buat apa tubuhkan SPRM tu? Apa fungsi SPRM?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasela org pencen, mcm abg c jalaluddin hassan tu,mase dah pencen br bersuara,mase jd ketua polis dulu angguk je, xtaula c khalid ni nanti bile pencen..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:06 AM | Show all posts
Bila nak mampus baru nak bertaubat. Pundeklah aku dan rakyat Malaysia harap kau masuk neraka jahanam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 11:07 AM | Show all posts
Semua nak jg periuk nasi sdr
Mulut semua kena seal la
Dah senja2 ni terkenang2 plak apa yg dah buat dl
Mlm2 dah xaman tido kot dicabut nyawa sblm sempat taubat
Begitulah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:22 AM | Show all posts
Konklusinya, ramai di antara pegawai atasan cuma tunjukkan telur selepas bersara. Sewaktu tengah berkhimat, telur disimpan dalam peti ais.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:22 AM | Show all posts
biasa la tu , gov servant semasa berkhidmat mana boleh bersuara, mana boleh menunjukkan sebarang anti establisment. mereka terikat dengan berbagai bagai akta. Sesudah berhenti... Panglima Tentera Darat yang pakai 4 bintang pun masuk PKR.

macai macai kat CI ni pun... nanti bila dah pencen , baru berani nak bangkang.. sekarang angguk, ampu....


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sgt time berkuasa hidup penuh kemunafikan.. sibaek lom sampai ajal mati time tu.. la ni dah insap.. boleh la hidup dengan aman..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.081851 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list