CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8196|Reply: 8

BIG BANG CONCERT 2 HARI DI MALAYSIA UNTUK PERTAMA KALINYA

[Copy link]
Post time 22-5-2015 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 22-5-2015 05:14 PM



Kuala Lumpur : Ketika IME Production mengumumkan pada awal Mei 2015 tentang kedatangan Big Bang ke Malaysia untuk BIG BANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA tentu saja ramai peminat terutamanya VIP Malaysia bersorak gembira. Ini adalah kali kedua IME Production mengajur dan membawa artis YG Entertainment ini ke Malaysia selepas selepas kejayaan mereka mengajurkan BIG BANG ALIVE GALAXY TOUR pada tahun 2012.  IME Production yang kini adalah merupakan penganjur concert antarabangsa terbesar di Malaysia yang sentiasa 'consistant' dengan record pengurusan pengajuran yang bersih. Concert bersekala besar pada kali ini akan bakal diadakan di stadium tertutup iaitu Stadium Putra Bukit Jalil bersempena dengan pelancaran album terbaru mereka 'MADE' setelah 3 tahun sejak album 'ALIVE' mereka.
Selepas pelancaran tiket yang diadakan pada 17 Mei 2015 bertempat di Quill City Mall yang bermula pada 11 pagi, namum dikabarkan bahawa ada peminat yang telah siap berkampung 10 hari sebelum pelancaran tiket semata-mata kerana ingin menjadi peminat terawal dan pertama untuk membeli tiket VIP dan juga tawaran istimewa pengajur iaitu pemegang tiket Rock Zone A, B, VIP CAT 1 akan berpeluang memenangi pass "Sound Check" secara melalui cabutan bertuah yang akan diumumkan oleh penganjur pada 24 Julai 2015 nanti. Peminat juga hanya dibenarkan membeli maksimum sebanyak 8 keping tiket seorang di mana-mana kategori tiket tersebut. Tiket CAT 4 (RM 288) telah habis terjual tidak sampai masa sejam kounter penjualan dibuka. Dianggarkan seramai 1,000 peminat hadir dan 80% tiket juga telah habis dijual pada hari tersebut. Manakala bagi peminat yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari pelancaran tiket, dikabarkan seramai 6,000 peminat telah menanti halaman web 'online' TicketCharge dibuka pada jam 5.00 petang pada 17 Mei 2015.


Disebabkan sambutan yang luarbiasa sehingga semua tiket habis terjual dan juga pertambahan peminat baru yang mula menyukai music yang dibawa oleh Big Bang, sekali lagi IME Production membawa berita gembira yang berganda kali gembiranya semestinya untuk semua... Untuk julung kalinya Big Bang bersetuju untuk mengadakan 2 hari konsert di Malaysia. (oke Big Bang sekarang kami tau kamu sangat cintakan VIP Malaysia ya...hehe). Concert 2 hari berturut-turut ini akan diadakan di tapak yang sama pada 24hb & 25hb Mei 2015.

Peminat yang terlepas dan belum berkesempatan membeli tiket concert Big Bang, anda boleh menarik nafas lega sekarang dengan penambahan tarikh concert ini. Dengan itu anda bolehlah membeli tiket concert untuk 24hb Julai 2015 ini melalui talian 'online' TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) bermula dari 22 Mei 2015 mula jam 10.00 pagi. Anda juga boleh tersenyum lebar kerana pembelian untuk tarikh ini juga akan berpeluang memenangi pass 'Sound Check' melalui cabutan bertuah bagi pemegang tiket Rock Zone A, B, VIP CAT 1 yang akan diumumkan sebelum tarikh concert tersebut.

Sementara itu, anda juga boleh pergi ke kedai-kedai yang terpilih selain TicketCharge dan pejabat IME Production seperti Speedy, Rock Corner, Victoria, NEWAY Karaoke yang juga dibuka bermula dari 22 Mei 2015 jam 10.00 pagi. Anda juga boleh menempah tiket dengan menghubungi TicketCharge Hotline +603-92228811 atau pejabat IME Production ditalian +603-21666166. Untuk mendapatkan info terkini berkenaan dengan tiket dan concert ini, anda boleh layari laman Facebook rasmi pihak penganjur iaitu www.facebook.com/imepmy

Harga tiket konsert untuk “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” seperti berikut:
*       RockZone A – RM798 (Free standing)
*       RockZone B – RM698 (Free standing)
*       VIPCat 1 – RM698 (Numbered seat)
*       Cat2 – RM598 (Numbered seat)
*       Cat3 – RM498 (Numbered seat)
*       Cat4 – RM288 (Numbered seat)
**Semua harga termasuk 6% GSTtapi tidak termasuk kos pengendalian tiket RM4.

Untuk pengetahuan semua concert ini disokong oleh Malaysia Major Events, yang dibawah kendalian Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) dan telco rasmi untuk concert pada kali ini adalah Hotlink.

Artikel oleh : isabel
Photo oleh : Tna dan IME Production
Press Release oleh : IME Production




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 05:17 PM | Show all posts
Edited by isabel at 22-5-2015 05:23 PM






Sky dan rakan adalah peminat pertama yang berkampung sejak 10 hari sebelum pelancaran tiketdan Sky adalah merupakan pembeli pertama


Ain juga merupakan salah satu peminat yang turut serta berkampung sejak 9 hari sebelum pelancaran tiket


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 05:20 PM | Show all posts
Edited by isabel at 22-5-2015 05:21 PM

antara kumpulan peminat pertama yang membeli CAT 1





Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 01:29 PM | Show all posts
two words....
smegma.
uncut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:04 AM | Show all posts
Edited by Wazzul at 26-5-2015 12:07 AM

sorry big bang I cant support you this time.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:11 PM | Show all posts
rega tiket mahal gilos...
big bang ni kump ape ye?
sorry... masih zaman purba..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2015 03:25 PM | Show all posts
huhuhu...tak apalah layan utube nanti
tahun ni nak g trip, budgetttttttttt sob sob sob
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 03:26 PM | Show all posts
kak bel nanti murah hati ye upload gambar2 waktu konsert hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2015 10:18 AM | Show all posts
WeAiNe replied at 2-6-2015 03:26 PM
kak bel nanti murah hati ye upload gambar2 waktu konsert hehehe

ok akan post gambar2 time concert nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.105157 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list