CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9154|Reply: 57

[Tempatan] Tak Perlu Puji Rosmah Asal Jangan Dicemuh!Ohoiiiii-Rizal Mansor

[Copy link]
Post time 22-5-2015 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 22-5-2015 08:48 AM

Utama & Sensasi                                May 22, 2015               
2



“RAKYAT Malaysia mempunyai tradisi dan budaya tersendiri. Sejak kecil lagi kita telah diasuh untuk menjadi sopan dan menghormati orang tua.

“Saya sungguh terkejut apabila terbaca coretan bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim yang telah lupa nilai-nilai moral. Komen beliau mengenai bagaimana isteri bakal Perdana Menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau,” kata pegawai perdana menteri Rizal Mansor dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

“Igauan beliau secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang cauvinis dan mencari publisiti murahan dengan mengkritik seorang wanita yang prihatin dan bersifat keibuan terhadap rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Menurut Rizal, sebagai seorang ahli politik ‘kangaroo’ Zaid cuba mengisi masa lapangnya dengan mereka cerita khayalan dan mitos.

“Saya pasti seorang yang waras tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini. Zaid mudah lupa. Beliau mungkin terlupa atau terlepas baca kisah salah seorang pelajar kita yang ditahan di Mesir selepas disyaki menjadi perisik.

“Datin Seri Rosmah Mansor, tanpa mengenali pelajar tersebut telah segera membuat panggilan kepada isteri presiden Mesir ketika itu (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan dan boleh pulang meneruskan pengajian.

“Sudah tentu, Zaid sebagai seorang peguam dan bekas Menteri Undang-undang akan melompat kangaroo dengan mengatakan bahawa perkara ini harus dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri dan pegawai-pegawai yang berkenaan. Datin Seri mengambil inisiatif ini atas naluri keibuan beliau. Lebih-lebih lagi, perkara ini diselesaikan tanpa publisiti,” ujar Rizal.

Rizal menambah, semasa Ops Piramid pelajar-pelajar kita terkandas di Mesir kerana pemberontakan Arab. Datin Seri Rosmah telah menggunakan hubungan baik beliau dengan keluarga diraja untuk menghantar pelajar ke tempat selamat dalam masa yang singkat.

“Ini adalah senario luar biasa dan Datin Seri telah melaksanakannya kerana hubungan rapat beliau dengan keluarga diraja Arab.

“Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan dua jet Jumbo untuk menghantar pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Mereka dibenarkan masuk tanpa visa. Cuba bayangkan nasib pelajar Malaysia kalau terbengkalai di Mesir,” katanya.
“Kita tidak perlu memuji Datin Seri Rosmah, tapi sekurang-kurangnya janganlah dicemuh tanpa berhati perut.

“Datin Seri Rosmah telah memulakan program PERMATA, di mana ini merupakan satu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur 4 untuk menawarkan mereka penjagaan dan bimbingan awal. Sistem ini adalah untuk merangsangkan keupayaan pemikiran anak-anak dan memupuk eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman pada usia yang sangat awal.

“Idea ini lahir dari inisiatif Datin Seri Rosmah.  seorang ibu, dia memahami akan keperluan pendidikan awal dan proses ini bakal melahirkan warga Malaysia yang lebih relevan dan berdaya saing pada masa akan datang.

“Bagaimana Zaid telah melupakan perkara-perkara ini, beliau lupa atau hanya bertungkus lumus mencari perkara negatif untuk diketengahkan?” soal beliau.
Rizal seterusnya berkata bahawa dalam proses melangsaikan dendam peribadi beliau terhadap Datin Seri Rosmah, Zaid tidak seharusnya lupa bahawa dia sedang mencemuh seorang wanita yang prihatin dan penyayang. Kesejahteraan rakyat Malaysia adalah keutamaan Datin Seri Rosmah.

“Datin Seri Rosmah adalah seorang yang bijak dan berani. Beliau juga sungguh vokal dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan individu-individu kenamaan antarabangsa; demi memasyurkan nama negara di pentas dunia, salah ke perbuatan ini, saudara Zaid?

“Sudah tibalah masanya untuk Zaid keluar dari bawah tempurung dan menerima hakikat bahawa isteri PM anda adalah seorang wanita Islam yang berani dan bijak. Adakah anda cuba mengetengahkan bahawa wanita hanya perlu menjadi pasif dan duduk di dapur?

“Wahai Zaid, ini adalah tahun 2015 dan wanita mempunyai kaliber dan keupayaan sama setanding dengan lelaki. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan isteri PM yang merupakan seorang wanita yang berani, bijak dan turut membantu suami dalam melaksanakan tugas-tugasnya secara tidak langsung.

“Zaid perlu berhenti mengkritik seorang wanita yang sedang melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Beliau perlu lebih fokus kepada perkara positif

dan berusaha berbuat sesuatu demi masyarakat Malaysia, tanpa hanya duduk mereka cerita-cerita mitos,” akhiri Rizal, sebagai mengulas mengenai artikel

“The people’s PM” yang disiarkan pada 18 Mei 2015 di laman blog Zaid Ibrahim.

*Rizal Mansor adalah pegawai kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Razak.
   
Sumber



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 04:16 PM | Show all posts
untong ler......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:17 PM | Show all posts
Edited by gekkou at 22-5-2015 04:18 PM

kalau teguran dikatakan dicemuh
apa lagi harus ku katakan

rakyat sudah tidak boleh berkata2 kecuali yang baik2 saja
kiranya pemimpin malaysia tidak boleh dikritik

kebaikan tu kami nmpk cuma keburukan lebih terserlahkalau teguran demi kebaikan itu salah
usah diselak kain yang senteng
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:22 PM | Show all posts
Rizal Mansor ni bersaudara dgn Rosmah Mansor ke???????
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:23 PM | Show all posts
semoga kak ros dan abe jib mendapat hidayahNya..aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:24 PM | Show all posts
pigi daaaa....esok ko dah tak kerja dgn najib lain pula ko cakap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2015 04:27 PM | Show all posts
zulka replied at 22-5-2015 04:24 PM
pigi daaaa....esok ko dah tak kerja dgn najib lain pula ko cakap...

nanti ayat dia macam nie..

dulu sy ada jawatan dan kuasa xleh ckp sebarangan

sekarang sy dh bebas lantak la sy nk ckp apa pun..


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:28 PM | Show all posts
bokti mana bokti
sembang kencang la ko rizalmansor
ahkak pink bonsai ahkak pink bonsai ahkak pink bonsai



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 04:31 PM | Show all posts
pegawai perdana menteri tapi kejanya cuma takat jadi tukang bekap bini perdana menteri

hanya di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:32 PM | Show all posts
sape yg nak puji rosmah mendek tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:36 PM | Show all posts
Owhhh... ingatkan RIZAL MANSOr ni adik beradik ROSMAH MANSOR.... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:38 PM | Show all posts
itulah pentingnya menjadi pemimpin yg merendah diri dan mendahului rakyat...pemimpin yg disayangi rakyat mendapat doa dari jutaan manusia...tp kalau sebaliknya, pemimpin yg bermegah2, angkoh, menyeleweng duit rakyat, hidupnya di iringi jutaan cemuhan dan caci maki dari rakyat...

sedar2 lah wahai rosmah....
renungilah diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:57 PM | Show all posts
mesti dia ni stress..klu hakak baik cabut la carik keje lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 04:58 PM | Show all posts
hzln replied at 22-5-2015 08:31 AM
pegawai perdana menteri tapi kejanya cuma takat jadi tukang bekap bini perdana menteri

hanya di m ...

mek cuba baca artikel zaid ibrahim yang buat tetiba mamat ni muncul membacking kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:01 PM | Show all posts
napa tak lantik je rosmah jadi TPM...kan senang....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:06 PM | Show all posts
bodoh tu si rizal nih...itu namanya....dah berak cuba tutup lubang...........dah lempar taik...cuba lap balik....

dah buat curi duit rakyat.....so ni laa masa nya cuba tunjukkan kebaikan kebaikan yang tak berapa nak baik pun....hanya hippo semata-mataaa....jgnlah sampai jadi blue hippo..jugakk....adoiyaaa...menyampah aku ngn si kaki mangkuk yg suka kuat ngipas nih.vmad3vmad3:vmad3vmad3:vmad3vmad3vmad3vmad3:vmad3vmad3:vmad3vmad3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 05:07 PM | Show all posts
jilat jangan tak jilat






Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:17 PM | Show all posts
itu kata rizal mansor.... tapi apa kata rosmanuddin mansor plak....?


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah mansor perempuan puaka ::
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 05:45 PM | Show all posts
saya setuju juga dengan Rizal.
Tak lama lagi Robert De Niro nak bukak restoren nya di Malaysia, tu atas jemputan Datin Seri.
So tak lama lagi rakyat Malaysia dapat jimatkan duit ribu2 RM tak perlu ke oversee untuk ke restoren tersebut.

Kenapa tak nak puji Datin Seri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.175704 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list