CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2718|Reply: 33

[Tempatan] Sabah akan diisytihar 'syurga' warga asing

[Copy link]
Post time 23-5-2015 01:29 AM | Show all posts |Read mode
“Jangan mimpilah Sabah dapat di transformasi menjelang tahun 2020 selagi warga asing tidak dibendung sepenuhnya. Silap haribulan, Sabah akan jadi ‘syurga' warga asing.

Ketidakpuasan hati itu diluahkan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin yang menyifatkan pengumuman Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal memberi justifikasi terhadap dilema yang selama ini dihadapi oleh rakyat Sabah.

“Isu keselamatan dan pendatang tanpa izin (PATI) seolah-olah tiada penghujungnya walaupun telah lama dibangkitkan.Itu belum lagi pertumbuhan ekonomi Sabah yang kini tercatat sebagai penyumbang terendah di Malaysia iaitu sebanyak tiga peratus.

“Padahal, Sabah sebelum ini merupakan negeri terkaya yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika menghubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Apa yang dikesalkan kata Jimmy, pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman sering meuar-uarkan pertumbuhan ekonomi Sabah yang sangat baik sedangkan realitinya tidak seperti yang dihebahkan itu.

“Untuk apa Musa hendak berbohong kepada rakyat Sabah? Semuanya boleh dinilai sendiri oleh rakyat tentang apa yang diucapkan oleh Ketua Menteri Sabah itu. Paling membimbangkan adalah pertambahan PATI yang semakin melampau menyebabkan rakyat negeri ini tidak lagi bebas untuk sesuka hati melakukan aktiviti lebih-lebih lagi bila berlaku beberapa siri kejadian culik,” ujarnya.

Tambah Jimmy, antara punca kepada semua ancaman keselamatan kepada rakyat Sabah tidak mustahil datang dari pertambahan bilangan PATI di negeri ini.

“Kami bukan anti warga asing kerana tenaga mereka tetap diperlukan untuk memenuhi sektor pekerjaan tetapi pengambilan mereka mestilah dibuat secara sah. Mengikut perangkaan negeri, jumlah PATI yang berada di Sabah sehingga hari ini kini sudah mencapai 27 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

“Kalau dibiarkan terus, mungkin menjelang 2020 nanti, angka tersebut akan mencapai 80 peratus atau melebihi jumlah rakyat Malaysia di Sabah,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 01:32 AM | Show all posts
Sabah maju bersama suku pakistan......!!!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu sembang kencang nak selesaikan isu PATI kat Sabah sampai skrg makin teruk pulak .
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 03:27 AM | Show all posts
Itulah tektik BN Umngok nk kekalkan kuasa so ambik ramei2 PATI Islam spy boleh ngundi BN. DAP kuathir xder cgan nk tawan Sabah. Mungkin korga Musa Aman ada bau2 bacang dgn Pakistan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pati kt sabah tgh tunggu masa nak dtg berbondong2 ke sini..sikit hari lagi dpt sekolah  ..keje..jadi munturi jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:58 AM | Show all posts
mmg pun mesia terima semua je asal ngaku muslim...klau tikus ngaku muslim pun mesia bagi masuk juga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2015 08:55 AM | Show all posts
nama pown malaysia..tangkap PATI siap belai2 lagi bgi mkan sorang rm70 sehari..duit pkai duit rakyat..mana x dorang rase syurga kat melesis ni..ummah2 melesis ni plak memg baik je layanan kat PATI ni..siap bole kongsi2 cite n pengalaman lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah relocate rohingya tu ke sabah. Busuk-busuk pun mereka org isle

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Syurga bagi The Philippines....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:26 AM | Show all posts
see.....
aku wonder dengan malaysian ni....tak sayang negara.



kalau part sarawak kemain sebut Undi dacing..
yang ni pun negeri undi dacing siap UMNGOK lagi..see what happening...

kaka chazey abam peterpan...u ol mana..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:26 AM | Show all posts
bambimo replied at 23-5-2015 09:13 AM
Syurga bagi The Philippines....

syurga bagi philip and indon...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin next dlm parlimen ada mp pati
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara kita ni mmg mcm dh kene serang dgn mcm32 pati..tu pun ramai yg x sedar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmteri byk yg bdoh..better sabah kua je lh dr msia..no point nk harapkn mnteri yg bdoh nk slesaikn mslh mmg takkn slesai malah makin worst..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:41 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 23-5-2015 07:58 AM
mmg pun mesia terima semua je asal ngaku muslim...klau tikus ngaku muslim pun mesia bagi masuk juga. ...

Tersedak air oren ai baca komen u

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:49 PM | Show all posts
Acong replied at 23-5-2015 01:32 AM
Sabah maju bersama suku pakistan......!!!

Lol ummah berkerak tak sedar diri ada hati nak diiktiraf native Sabahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya boleh masuk Sabah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:02 PM | Show all posts
Teringat kakak akan Zahid Komidi yang datang melawat pekan Pensiangan tempoh hari. Berkobar2 Zahid K cerita dengan rakyat di Pensiangan bahawasanya BN berjanji ak an transform Pensiangan menjadi bandar maju setaraf bandaraya KK menjelang 2020.
Kakak ketawa saja bila rakan2 bercerita akan hal ini. Kot ye pun nak sembang kencang usah la janji sesuatu yang mustahil sangat nak buat. Alangkan pekan daerah kakak yang tak terlalu pedalaman ini pun takda perubahan signifikan sejak tahun 1990, inikan pula Pensiangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:06 PM | Show all posts
semua warga asing itu sudah dapat tanah milik kekal ka

bestnya!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:07 PM | Show all posts
Edited by chazey at 23-5-2015 08:09 PM
rospinki replied at 23-5-2015 07:25 AM
pati kt sabah tgh tunggu masa nak dtg berbondong2 ke sini..sikit hari lagi dpt sekolah  ..keje..jadi ...

Mereka dah ke sana pun sis.

15 tahun lepas, jika jalan2 ke KL susah nak jumpa keturunan PATI ini.

Sekarang ini, berlambak. Takajut kakak bila jejak LCCT penuh Suluk/Bugis yang kakak ragui kewarganegaraanya kerja sebagai cleaner, konduktor bas, dll.

Di Johor jangan cerita la - merata tempat ada mereka terutama area Pasir Gudang, Masai dan mana2 kawasan perindustrian.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.066302 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list