CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4174|Reply: 57

[Tempatan] Belanja isi rumah naik 21 peratus kerana GST

[Copy link]
Post time 23-5-2015 01:35 AM | Show all posts |Read mode

Perbelanjaan purata isi rumah pada bulan pertama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), meningkat sehingga 21 peratus dalam beberapa kategori, demikian menurut pembaca Malaysiakini yang mengambil bahagian dalam kaji selidik portal itu bulan lepas.

Responden diminta memasukkan tahap perbelanjaan mereka bagi sembilan kategori sebelum GST, dan berbuat demikian sekali lagi sebulan selepas GST dilaksanakan, untuk mengukur kesan cukai baru itu kepada kehidupan harian mereka.

Kerajaan sebelum ini mendakwa GST akan menurunkan harga senarai panjang barangan dan perkhidmatan dengan alasan kadar enam peratus cukai itu lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan sebelumnya, yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan.

Bagaimanapun, kaji selidik itu menunjukkan hanya perbelanjaan rekreasi sahaja yang telah turun. Walaupun begitu, ia mungkin bukan disebabkan oleh harga yang lebih murah, tetapi pengguna menjimatkan perbelanjaan mereka.

Dalam beberapa kes, responden melaporkan memotong bajet rekreasi mereka antara RM350 kepada RM70 sebulan.

Secara keseluruhan, jumlah perbelanjaan purata bagi sembilan kategori yang dikaji selidik itu, meningkat sebanyak 3.8 peratus (daripada RM4,306 kepada RM4,472), dengan sebahagian besar responden bergaji bantara RM3,000 hingga RM10,000.

Belanja pengangkutan paling melonjak

Daripada sembilan kategori itu, perbelanjaan pengangkutan mencatatkan lonjakan tertinggi, dengan tambahan kos purata 21 peratus.

Tidak jelas mengapa perkara itu berlaku memandangkan bahan api yang paling biasa digunakan di Malaysia, RON95, dikecualikan GST.

Manakala kenaikan tambang bagi sesetengah pengangkutan awam hanya berkuatkuasa pada bulan Mei.

Keputusan bagi kategori lain:





Belanja keseluruhan naik

Walaupun isi rumah mengalami peningkatan dan pengurangan kos, bergantung kepada kategori, namun kebanyakan responden melaporkan kenaikan keseluruhan dalam perbelanjaan isi rumah pada bulan pertama pelaksanaan GST.

Menurut angka dari responden, 61 peratus mengalami kenaikan keseluruhan dalam perbelanjaan isi rumah, sesetengahnya setinggi 143 peratus, manakala hanya seorang responden mendapati semuanya kekal sama.

Selebihnya menyaksikan penurunan perbelanjaan isi rumah - penurunan terbesar sebanyak 53 peratus.

Lebih 1,000 pembaca berkongsi perbelanjaan mereka sebelum GST, tetapi kurang 10 peratus yang terus berkongsi anggaran perbelanjaan mereka dalam bulan pertama selepas pelaksanaan GST.

Banyak jawapan dikeluarkan daripada set data kerana tidak kelihatan berwibawa. Sebagai contoh, seorang responden berkata dia menghabiskan beberapa ribu ringgit sebulan bagi barangan runcit sebelum GST, tetapi membelanjakan kurang daripada RM100 selepas cukai itu berkuatkuasa.

Dalam contoh lain, jawapan ditandakan sebagai "tidak berkenaan" bagi kategori tertentu kerana ia kelihatan disebabkan oleh perubahan keadaan, dan bukan disebabkan oleh perubahan dalam harga atau tambang. Sebagai contoh, satu keluarga melaporkan berbelanja RM800 untuk pengangkutan anak ke sekolah sebelum GST, tetapi tidak lagi selepas GST.

Oleh itu, penjumlahan muktamad membabitkan 67 pembaca Malaysiakini yang jawapan yang dianggap boleh diterima untuk dianalisis, mungkin tidak menggambarkan pengalaman GST keseluruhannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 01:51 AM | Show all posts
MalaysiaKini tak paham GST.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:59 AM | Show all posts
hahaha......! rasain laa warga PATI di malaya  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:00 AM | Show all posts
harap pasnie PATI tidak membiak cam babi & tikus di Malaya  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah dah nak bezakan PATI dgn rakyat Malaysia sekarang ni.... Kesempitan hidup dah nak hampir sama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:01 AM | Show all posts
hidup pati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2015 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
AKu bukanlah nak sokong gst ke ape but i think the feedback mostly ditokok tambah.aku beli groceries mostly harga still sma.makan kfc,fat food sgala still sma.mkn restoran fancy, mamak mmg ade rsa beza so we avoid that already.and yg penting hidup kami x fikir sgt n komplen2,mancarut,membodoh org.alhamdulillah rezeki rsa lapang n x stress.betul org kata.kalo mindset fikir tdak duit,maka rezeki pon rsa sempit.kalo fikir kita manage rezeki yg dpt dgn positif,insyaallah hidup rsa aman.btw pendapat aku bukan pro gst tp pro positiv thkg..haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:32 AM | Show all posts
InVendeTTa replied at 23-5-2015 07:27 AM
AKu bukanlah nak sokong gst ke ape but i think the feedback mostly ditokok tambah.aku beli groceries ...

Duit ada boleh la positif...bygkan org gaji 2k sebulan nak bg mkn anak isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 07:40 AM | Show all posts
Ye ke naik 21%........................??????????????
Aku tetap berbelanja Rm50 inggit di Mydin setiap minggu. Benda-benda
yang  aku beli tetap same je macam sebelom GST. Dua minggu sekali
aku ke pasar Meru, Kelang. Beli ikan, daging dan barang-barang basah.
Perbelanjaannya bias saja, tiada perubahan. Kalau musim laut bergelora,
harga ikan naik. Kalau musm tengkujuh, harg sayoran pulak naik.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya pati dah mengelupur sbb gst dh berjaya capai matlamat

Rakyat tulen dah x perlu mkn kicap masin, maggi, pakai prepaid bagai....tu suma taste bangla indon saja
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab makanan...
Aku kategori makan kat luar more than cooking.    Yes..mmg ada kenaikkan harga makanan lps gst. Kfc mmg xde gst tp aku bukan makan fast food hari2. Sebulan skali jer kot g kfc. Aku selalu g seafood restoran atau thai restoran cam black canyon tu. 16% gst plus service. Kalau restoran seafood biasa yg xder gst..harga makanan tetap dah naik.. setiap dish tu naik dlm rm1 ke 2 gitu.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:54 AM | Show all posts
kecimpret replied at 23-5-2015 07:32 AM
Duit ada boleh la positif...bygkan org gaji 2k sebulan nak bg mkn anak isteri

ko tak yah pikir org lain laa..pandai2lah depa nak isi perut anak bini...kita yg berwang ni pikir positip ajee..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:00 AM | Show all posts
Edited by kecimpret at 23-5-2015 10:02 AM
pehbedah replied at 23-5-2015 09:54 AM
ko tak yah pikir org lain laa..pandai2lah depa nak isi perut anak bini...kita yg berwang ni pikir  ...

Kena pikir gak...yg gaji 2k tu bkn org lain...sedara mara kita,kwn2 kita..x musthail kita leh jd cam dorang...duk kat atas kena tgk2 gak org kat bwh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe org 2 melayu n india  ni kena la pikir pasalfamily planning..jgn asik produce je every year...kalau rasa mampu tak pe la nk produce byk mana pun...pada yg rasa x mampu tu pikir2 la takjan la nk kuantiti je...
Hidup ni makin lama makin tinggi kos...kslau tak pikir tu asik membiak tanpa batasan mmg terasa la...nk maki hamun  gov pun  bukannya diorg prihatin sgt..kita  x moh gst dia buat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:10 AM | Show all posts
kecimpret replied at 23-5-2015 10:00 AM
Kena pikir gak...yg gaji 2k tu bkn org lain...sedara mara kita,kwn2 kita..x musthail kita leh jd c ...

ko pahamkan lah ayat2 aku tuu..apa yg aku nak sampaikann..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk family lain aku xtau ler gst effect perbelanjaan korg ker tak..sbb ada yg kata tak kan.. kalau utk family aku..yes. ada penambahan perbelanjaan walopon kami menjalani kehidupan yg sama..berbelanja atas barang2 n keperluan yang sama seperti tahun2 lepas. That's mean..dgn situasi sekrg utk maintain kehidupan biasa kami... dgn pendapatan yg ada..savings kami berkurangan dr bulan2 sblm gst dulu.  
Atau
Kami terpaksa ubah cara hidup supaya  saving xkurang dr tahun2 yg lps. Bila terpaksa ubah cara hidup yg agak selesa kpd kurang selesa..itu maknanya hidup di tahun 2015 lebih buruk dr tahun2 yang lps.

Hmm...sbb tu aku pelik. .gst ni baik atau tidak utk rakyat. Gst buat harga lebih murah atau mahal. Kutip gst ni utk ape sebenarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 23-5-2015 07:40 AM
Ye ke naik 21%........................??????????????
Aku tetap berbelanja Rm50 inggit di Mydin seti ...

sama je style kita bebelanja..hbis kt mentedarah aje duit gaji..kuikuikui..tpi despite of that..cehhh..ioll challenge diri sndiri end month msti ada extra cash utk dibawak ke bulan depan bahasa account Brough forward balance..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 23-5-2015 10:15 AM
Utk family lain aku xtau ler gst effect perbelanjaan korg ker tak..sbb ada yg kata tak kan.. kalau u ...

anak akak pun pandai komen mengalahkan ahli ekonomi.."tahun ni tahap pebelanjaan isirumah tak semewah tahun2 yg lalu" manataknya dlu selang bbrpa bulan merasa jugak jalan2 makan angin keluar asap la ni nak bawak pi round2 mall pon xdak. ;(
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:25 AM | Show all posts
membohong la kalau ada sapa sapa kata tak naik perbelanjaan harian. kalau orang bujang yang tak ada anak tak ada saraan tu lain la, ada benda yang dia  boleh kurangkan atau tak perlukan lagi tetapi kepada yang berkeluarga anak anak sekolah dah tak boleh nak elak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 10:37 AM | Show all posts
kelana36 replied at 23-5-2015 10:25 AM
membohong la kalau ada sapa sapa kata tak naik perbelanjaan harian. kalau orang bujang yang tak ada  ...

Mase kecik dulu, mak aku cakap orang suke membohong kena potong lidah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 1.106128 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list