CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 0

[Tempatan] Tarekat baharu jadi ancaman umat Islam Malaysia

[Copy link]
Post time 23-5-2015 05:43 PM | Show all posts |Read mode
MUKADIMAH - Pada 20 April lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menegaskan, pengharaman Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim Al-Haqqani yang diputuskan pada 3 April 2000 tidak pernah ditarik balik atau dibatalkan sehingga kini.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, dalam muzakarah tersebut jawatankuasa telah memutuskan tarekat tersebut bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Beliau juga pada masa itu menegaskan, tiada fakta sahih yang boleh mensabitkan kumpulan habib yang terkenal program qasidah dan zikir dengan tarekat itu.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, wujud kebimbangan kemunculan tarekat baru yang mempunyai kaitan rapat dengan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah. Apakah tarekat tersebut? Apakah kesannya kepada negara ini yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah? Siapakah yang terlibat? dan adakah benar ia membabitkan individu sheikh atau habib yang cukup popular?

KUALA LUMPUR 22 Mei -  Kesucian agama Islam di negara ini yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah mula diancam apabila satu tarekat mirip Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang difatwa haram hampir 15 tahun lalu, dikesan cuba mempengaruhi masyarakat Islam Malaysia.

Tarekat baharu yang berasal dari Yemen itu difahamkan mula menyerap masuk tanpa disedari oleh mereka dan ia didakwa mempunyai kaitan kuat dengan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang dipimpin oleh Sheikh Nazim Al-Haqqani.

Satu sumber memberitahu, tarekat baharu itu mula bercambah dalam kehidupan masyarakat Islam sejak dua tahun lalu dan kebelakangan ini, amalan-amalan sahih tarekat berkenaan telah digunapakai dan diamalkan secara terbuka.

Menurut sumber tersebut, siasatan mendapati segelintir masyarakat Islam di negara ini mudah terpengaruh dengan tarekat berkenaan kerana ia dibawa masuk oleh kelompok atau individu bergelar habib dan sheikh.

“Pengaruh tarekat itu turut dikesan bergerak begitu pantas meskipun sesetengah amalan yang dilakukan sangat mengelirukan selain menyimpang daripada manhaj dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tarekat ini meskipun didakwa berbeza dengan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah, namun terdapat bukti kukuh yang mendakwa bahawa pengamalnya mempunyai kaitan dengan tarekat yang telah difatwa haram ini.

“Kemungkinan habib atau sheikh tarekat ini telah berbaiah dengan pemimpin Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah. Jika ada baiah maka setiap ajaran yang ada perlu diamalkan oleh pengikutnya. Kedua-dua tarekat ini dipercayai telah berkembang lama di negara jiran sebelum merebak ke negara ini,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, sumber berkata, antara persamaan kedua-dua tarekat ini adalah amalan berzikir dengan diiringi pergerakan meragukan dan didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

“Ciri-ciri meragukan dalam Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah adalah berzikir sambil menari dan melampaui batas. Ciri-ciri itu turut diamalkan oleh pengikut tarekat baharu dan lebih meresahkan, sekarang sesetengah masyarakat Islam Malaysia pula menerima baik zikir menari tersebut.

“Selain itu, kita bimbang, ciri yakazah atau berbicara dengan Rasulullah SAW dalam keadaan sedar ketika berzikir berkemungkinan besar ada dalam tarekat baharu ini kerana sebelum ini Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah mempromosi perbuatan tersebut untuk meluaskan pengaruh,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050565 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list