CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6615|Reply: 76

[Tempatan] Bijan: Sultan Pahang sokong saya terus memerintah, why bother3x ?

[Copy link]
Post time 23-5-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by silentwinner at 23-5-2015 06:16 PM

OLEH KC NAZARI

Published: 23 May 2015 4:01 PM

Datuk Seri Najib Razak berkata yang Tuanku Sultan Ahmad Shah Pahang menyokong sepenuhnya beliau untuk memimpin negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Mei, 2015.
Datuk Seri Najib Razak berkata yang Tuanku Sultan Ahmad Shah Pahang menyokong sepenuhnya beliau untuk memimpin negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Mei, 2015.
Dalam usahanya meyakinkan rakyat yang beliau masih perlu kekal sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai beliau mendapat kepercayaan dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.

Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang.

"Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh.


"Alhamdulillah semua sokong kita," katanya sewaktu bercakap kepada penyokongnya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.
"Tuanku Sultan Ahmad Shah pun dah buat kenyataan awal lagi. Tuanku cakap apa? Titah Tuanku, Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.

"Terima kasih, saya rasa amat terharu. Percayalah dengan mandat ini saya akan buat yang terbaik untuk Pahang dan negara kita yang tercinta.

"Terima kasih atas sokongan yang cukup mengkagumkan ini," beliau berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan.

Utusan Malaysia pada 16 April lalu melaporkan Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat Pahang untuk terus menyokong kepimpinan Najib.

“Najib seorang pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan beliau kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik bukan-bukan tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu,” titah baginda seperti dilapor akhbar itu.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang di Indera Mahkota.

Sementara itu, dalam ucapan sama petang ini, Najib memberi jaminan kepada pengikutnya yang beliau akan terus memimpin negara walaupun dihujani pelbagai cabaran.

Beliau mengibaratkan perjalanan kepimpinannya sebagai kapal layar yang sudah berada di lautan dan bersedia menempuh gelora.

"Berkat sokongan tuan-tuan kita akan terus mara ke hadapan. Bahtera kita sudah belayar, layar kita sudah tegak.

"Tuan-tuan nak minta saya patah balik? Ke mana kita hendak pergi? Ke depan, ke depan, ke depan.

"Hidup Pahang! Hidup Pahang! Hidup Pahang!" kata Najib disambut sorakan dan tepukan penyokongnya. – 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-pahang-sokong-saya-kata-najib#sthash.eeOTVHsh.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus kan kepimpinan smpai PRU 14...
Senang sikit rakyat wat pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:45 PM | Show all posts
hahahhaa tunggu la pru14
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat dh tak suka kau jibby aljibbon oi.... Kau nak umno kalah dulu next pru ke baru nak sedar? Kalau kau sygkan umno dan bn kau turun lah takhta... Rakyat suruh kau resign bersebab... Sebab kau dh selewengkan dana berbillion billion... Dulu masa kau ambik tampul jawatan dari paklah rakyat beri kau sokongan... Skrg rakyat suruh kau turun maka lau better turun lah...utk kebaikan semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:51 PM | Show all posts
Sultan Pahang paling Hina di mata rakyat
Penjual pangkat low class....cameron highland

igt rakyat malaysia nak respek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
x yah bagi statement la najib sakit ati jer baca..sultan phg bknnyer agung..klu agung blh la sembang kencang..agung berdiri dibelakang ko..ye ke rakyat phg sokong ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2015 06:55 PM | Show all posts
Tu kat pahg banjir ritu sampai jd padang jarak pdg tekukur pun x ok lagi...tiap hari masuk brita..bingai ka apa org tua ni  !
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian pok jib, merata2 duk canang org ni sokong die, org tu duk sokong die. Sebenar2nya die pon x lena mlm duk buat list apa lg modal die utk terus jd pm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
muka tembok tul la dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 06:59 PM | Show all posts
Aku rasa maksud dia yang "meracun akar" di pahang tu si denan yaakob.. rasanya denan yaakob side wak yidin sbb dlm dalam video ucapan wak yidin tu dia ada...

Habis la ko bijann.. menteri negeri sendiri pun dah tak sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:03 PM | Show all posts
Yang penting ahkak Losomah tetap teguh unggul dibelakang Najib. Tolak x rebah. So apa dia kesah rakyat dah x sukom. Janji anak bini sukom. Harap balik ke Bugis jd PM kt sana, mungkin mereka menantikan mepulangan Maddippong
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:24 PM | Show all posts
Betul tu, sokongan Soltan Pahang lebih penting dr pandangan rakyat Msia yg haters2 belaka

Steady Tok Jib... semoga memerintah sampai PRU14




Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ka ni????
Stetmen longgar

Next
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:34 PM | Show all posts
Cameron ape cite?bauxite ape cite?konar baring laa set2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ler. Sejenis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:47 PM | Show all posts
Isteri sultan Pahang sama geng dgn rosmah. Duit berbillion billion dlm bank



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah.. Nanti tak sokong karang mcm semak samun la pahang nanti. Sultan lain sokong tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:59 PM | Show all posts
estrelle replied at 23-5-2015 06:57 PM
muka tembok tul la dia ni.

Ni ha muka bijan sebenarnya


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:07 PM | Show all posts
Dasar muka tak tahu malu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:16 PM | Show all posts
wa ucapkan selamat menebang balak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.299510 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list