CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2416|Reply: 9

[Jenayah] KPDNKK Penang serbu restoran jual roti canai rm 2.50

[Copy link]
Post time 23-5-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Log Masuk Langgan BERITA Utama Semasa Politik Sukan Dunia Bisnes Jenayah Kolumnis Rencana BH@IT Hiburan Foto Video MEDIA SOSIAL KPDNKK Pulau Pinang serbu restoran jual roti canai telur RM2.50 SABTU, 23 MEI 2015 - 4:08PM PEGAWAI KPDNKK memeriksa makanan di sebuah restoran pada operasi Ops Harga di Bukit Jambul di sini hari ini. - Foto Mohd Hilmi Mahmud GEORGE TOWN: Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul hari ini diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNN) Pulau Pinang gara-gara menjual roti canai telur pada harga RM2.50.

Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Chin Ching Chung, berkata pemeriksaan pada 10.40 pagi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan pengguna mengatakan harga roti canai telur sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ialah RM1.80. "Peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab munasabah mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya. Beliau berkata jika pengusaha gagal mengemukakan alasan kenaikan itu dalam tempoh yang ditetapkan mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Jika pengusaha terbabit didapati mengaut keuntungan dengan margin berlebihan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 14 akta sama," katanya. Chin berkata siasatan lanjut mendapati harga roti canai telur di restoran itu berubah beberapa kali sebelum April iaitu dari RM1.80 kepada RM2.20 dan terbaharu menjadi RM2.50 selepas GST. Tinjauan mendapati tanda harga pada papan menu menggunakan pelekat yang mudah dipinda mendapati harga roti canai telur pernah dijual pada harga serendah RM1.60. Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa sikap tamak segelintir peniaga yang mengambil kesempatan pelaksanaan GST untuk menaikkan harga barang sesuka hati. -BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/56686?m=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukit jambul ni yg famous pun Kayu Nasi Kandar la kot..memang mahal nak mampus kedai ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:51 PM | Show all posts
Ok la tu.harga mampu tgk
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
chek semua rega makanan tu..bkan makan roti canai saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:37 PM | Show all posts
iols tetiap hujung minggu lepak Subaidah je breakfast...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe mamak tu kn islam..kalo mhl mnipu pun kna support..laen lh mcd..ejen yahudi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman sampai mamak tinggal spender naik tongkang balik Yindia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu yg saya kata perlukan kerjasama semua pihak...peniaga ni memang suka ambil kesempatan.

Bila ada kedai yg kena denda tentu peniaga yg lain takut.

Ni lah masanya kita guna kuasa pengguna dan ajar peniaga yg tamak haloba ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 09:47 PM | Show all posts
restoran kt kg baru yg betol2 kat trapik lite rega seketol ayam rm5..kecik lak tu..tapi org ramai je..ke mmg normal rega tu? x bebaloi sbb kecik
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kpdnk bleh buat pe sebenarnya? saman sebab jual roti canai mahal??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060240 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list