CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2242|Reply: 5

Zaid: Saya tak mengata, mengapa terasa?

[Copy link]
Post time 23-5-2015 10:22 PM | Show all posts |Read mode


Tindakan pembantu Datin Seri Rosmah Mansor mahukan isteri timbalan perdana menteri itu diakui "pintar dan berani" menghairankan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Menurut Zaid, sebelum ini beliau hanya menulis mengenai watak yang perlu ada pada seorang isteri perdana menteri dan ia tidak disasarkan kepada Rosmah sama sekali.

Katanya, dia juga tidak mengetepikan sumbangan Rosmah kepada negara.

"Mengapa dia (Rizal Mansor) membangkitkan semua ini? Saya tak pernah kata Rosmah bodoh.

"Saya cuma mencadangkan dalam blog saya, isteri perdana menteri tidak patut hidup bermewah-mewah. Mengapa terasa?" katanya di sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Semalam Rizal (gambar) menggelar Zaid sebagai ahli politik kangaru dan "telah lupa nilai-nilai moral" selain melupakan sumbangan Rosmah kepada negara.



Rizal juga mengingatkan Zaid kepada peranan dimainkan Rosmah menubuhkan Permata - sebuah program pembangunan untuk kanak-kanak berusia bawah empat tahun.

Katanya, isteri perdana menteri juga menggunakan "naluri keibuan" dalam membantu memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir dan Arab Saudi ketika berlaku kekacauan di rantau itu dua tahun lalu.




Dalam tulisannya pada 18 Mei lalu, Zaid menyenaraikan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang perdana menteri.

Ahli politik dari Kelantan itu juga memperincikan sifat ideal seorang isteri perdana menteri yang sepatutnya lebih memahami penderitaan rakyat ketika kos hidup semakin meningkat.



"Kita tak perlukan isteri perdana menteri yang menunjuk-nunjuk kemewahannya.

"Kita tak perlu melihat isteri perdana menteri kita terbang menaiki jet peribadi ke serata dunia sambil dibaluti berlian," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 11:35 PM | Show all posts
lawan, jangan tak lawan. gaji rizal naik lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 09:41 PM | Show all posts

  kak rosmah yg mewah ...yeeiiiiiiii.

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 02:11 PM | Show all posts
apa pulak. takkanla first lady nak pakai baju jenama hari-hari.. jatuhlah standard.. tak setaraf dgn kedudukan first lady of malaysia. sayang kakmah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 10:03 PM | Show all posts
naluri keibuan. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha... Wuhooo... Sentap...sentap... Umno + rosmah kuat sentap...wuhooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.431175 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list