CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4157|Reply: 31

[Tempatan] Dr Mahathir kata dia rasa sedih

[Copy link]
Post time 24-5-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Dr Mahathir sedih, dakwa terpaksa akui PM bohong

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kesedihannya apabila terpaksa mengakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong dalam kes wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini, Dr Mahathir menyenaraikan dua pembohongan yang didakwanya dilakukan oleh Najib.

“Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak daripada kenyataan bahawa Perdana Menteri berbohong. Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Pulau Cayman dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan bertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

“Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

“Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasukkan dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai,” katanya.

Rabu lalu, Najib melalui jawapan bertulis di Parlimen menjelaskan baki pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 (RM4.022) bilion ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.

Menurut Najib, penjelasan itu merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum ini bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam bentuk wang tunai.

Menyentuh bank BSI, Dr Mahathir membangkitkan soal laporan yang dibuat bank tersebut kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS)

“Bank BSI telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

“BSI bank telah lapor kepada MAS bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya. Pada kebiasaannya MAS melapor maklumat ini kepada Bank Negara.

"Ini jelas daripada pengakuan bahawa kononnya laporan ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima laporan Monetary Authority Singapore.

“Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, perbuatan menyembunyikan kesalahan dalam urusan kerajaan adalah salah di sisi undang-undang malah beliau berkata, wujud unsur jenayah yang memerlukan siasatan dan jika wang itu tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

“Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Pulau Caymans dan disimpan di bank BSI di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar.

"Mereka yang membuat laporan yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/po ... -pm-bohong-1.393759
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2015 04:31 PM | Show all posts
biasalah geng2 bohong ni..
nnti time raya dia minta maaf la
cm tk biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 04:36 PM | Show all posts
mamak kerala, bijan ni pm malaysia yang pertama berbohong ke??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 04:47 PM | Show all posts
menonton telenovela secara live saban masa.. sambil makan popcorn.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh berbohong pasti suruh rakyat bersatu menyokong ... Tak elok berpecah dan bergaduh katanya... Jibby aljebbon sungguhlah PM kita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 05:06 PM | Show all posts
2 x 5 je.. Layan senitron Indon lagi best................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2015 05:52 PM | Show all posts
Dr M tak sama dgn Najib. Bagai bumi dgn langit. Sorry for maleis dah tak keikhlasan dan kejujuran dlm perjuangan. Semua jaga bontot sendiri. Memang sad to see. Law of Jungle will prevail Siapa kaya, kuat dan berkuasa akan jadi raja. Jadi kalau Maharaja tu, mestilah pd tahap maksimum dia punya kaya, kuat dan kuasa.  Pada semua rakyat maleis, all the best to you. Soyonara..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 06:19 PM | Show all posts
kangkong999 replied at 24-5-2015 05:52 PM
Dr M tak sama dgn Najib. Bagai bumi dgn langit. Sorry for maleis dah tak keikhlasan dan kejujuran dl ...

Dalam dunia politik Malaysia, kita tak boleh cakap cuma ahli politik Melayu saja tak ikhlas dalam perjuangan mereka. Ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini dan juga minoriti yang lain pun tak ikhlas dalam politik. Rata-rata masuk dunia politik pada awalnya memang berniat nak majukan negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang lebih selesa tetapi apabila ahli-ahli politik ini sudah memegang jawatan yang tinggi, dah mula timbul niat tidak baik dan tidak bertanggungjawab, iaitu cuma mementingkan poket sendiri dan ahli keluarga. Azam untuk membantu rakyat pada awal penyertaan mereka dalam dunia politik hilang begitu sahaja.
Kita boleh tengok dengan jelas, benda terkutuk ini bukan saja ada kat BN, malah semua parti pun ada puak ahli politik seperti ini. Kita sebagai rakyat saja yang akan merana atas tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah individu ini.

Maaflah, mungkin ada lagi ahli politik yang masih percayakan pembangunan negara berjiwa rakyat, tetapi berapakah mereka ini yang masih tinggal dalam jemaah menteri kita?
Masih adakah ahli politik berkualiti, berkaliber dan berjiwa rakyat seperti Tunku Abdul Rahman dan Mahatma Gandhi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2015 06:33 PM | Show all posts
apa2 pun mahathir je yang berani lawan negara luar....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dia tipu. Boleh buat ape....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:08 PM | Show all posts
mahathir pun kaki bohong jugak.

mahathir bohong dulu.

najib bohong sekarang.

rakyat kena bohong sepanjang zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:30 PM | Show all posts
Sekali dgn macai2 kena tipu dgn najib
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn sedih2 .. tunggu PRU 14 ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:34 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 24-5-2015 07:39 PM
spiderman80 replied at 24-5-2015 06:19 PM
Dalam dunia politik Malaysia, kita tak boleh cakap cuma ahli politik Melayu saja tak ikhlas dalam  ...

KUDUS to u momod kerana berani bercakap benar.
This is what I have been trying to say tapi selalu sahaja
dikutuk. Bagi penyokong taksub ni, cuma MELAYU SUNNI UMNGOK
saja yang menyonglap dan tidak ikhlas................
Bagi saya, SUME ORANG POLITIK, TIDAK KIRA MELAYU SUNNI UMNGOK,
PKR,PAS ATAU DAP - sumenya bila sudah berkuasa, akan berubah
daripada membela rakyat kepada membela poket sendiri, kemudian
sedara mara, lepas tu kroni.
Lihat sahaja LIM GUAN ENG, bukankah sebelum berkuasa beliaulah
pembela rakyat marhaen yang tertindas....????
Sekarang......................?????????
Oleh itu,tiada siapa yang boleh kita harapkan, kecuali diri kita sendiri berusaha
untuk memajukan diri. Selagi negara ini Aman, that's fine.
Bila keadaan tidak boleh dikawal satu hari nanti,
kita tengoklah, apa akan jadi.
Masa itu barulah boleh banding membanding.
Sekarang tak boleh sebab di Malaysia, cuma BN sahaj yang
membentuk kerajaan selama lebih 50 tahun.
Jadi, kita sama-sama tunggu.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:38 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 24-5-2015 07:08 PM
mahathir pun kaki bohong jugak.

mahathir bohong dulu.

betul..mahathir pun dua kali lima..TAPI era dia..x de negara berani jentik Malaysia....era selepas dia..Malaysia di jentik dan kita banyak RUGIIII selepas era dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:43 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 24-5-2015 07:08 PM
mahathir pun kaki bohong jugak.

mahathir bohong dulu.

Tiada maknusia yang tidak pernah berbohong, termasoklah Tun
Dr.M. Beliau hanya seorang maknusia seperti kita, tentulah
banyak membuat kesilapan. Namun era pemerintahan beliaulah
Malaysia mencapai zaman kegemilangannya. Kita dihormati
di serat pelusuk dunia. Apa yang kita nikmati hari ini adalah
hasil daripada pemikiran beliau.
Terima kasih Tun.M.
Jasamu akan sentiasa kami hargai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata tun M , kalo najib nak amik sejuta 2 3 juta masok kocek sndri x pe lah.

Ni billion okey!!!
Syarikat2 besar glc mcm tnb yg ada beratus ribu staff pun profict setahun 3 4 billion. Inikan 2 3 orang perabis 42 billion. Keji sgt hokey!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir pun zaman bkuase bukan suci mane, tp mase crisis economy 1998, mahathir bjaya slmtkan negara dr spekulator matawang dan drpd jd hamba imf,di pegged nye ringgit pd usd, stop urusniaga clob kat spore,batalkan denomination rm500 punya note sampai investor spore yg amik kesempatan jd rugi (padan muka selayaknya),xde teruk sgt mcm indon,,mase tu iols syukur sgt,so segale keburukan di cover balik hence rakyat maafkan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 24-5-2015 06:56 PM
Memang dia tipu. Boleh buat ape....

Mahathir boleh buat apa kan...die rakyat marhien mcm kite jugak.

Dulu memang dia ada power sikit2 sumbat dlm penjara...sekarang?

Dia hanya seorang tua yg nyanyok
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir buat apa memekik...tulis bukan2...Mahathir kate kita negara demokrasi ada pilihanraya dan parlimen...

Kau dah lupe lagi nyanyok dengan kata2 ko itu kah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068745 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list