CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Kerajaan Malaysia penipu-kata adi putra.

[Copy link]
Post time 25-5-2015 06:51 AM | Show all posts
Yg paling x bleh blah yg dia nasihatkan sultan tu,poyo betul...kalau aku mak dia,aku dah cubit cubit mulut dia kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 07:02 AM | Show all posts
kita tak perlukan warga malaysia......... kita perlu selamatkan warga ROHINGYA aka Bangla  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
razhar replied at 25-5-2015 01:11 AM
dia mmg genius la bai...engineering side dia..kreatif..cuma x de sokongan dari pihak berwajib dlm  ...

Cam yg ramai dok ulang2 komen dlm tred2 yg berkaitan budak ni,  kalo btol pun dia genius mesti kena ikut saluran..... amik exam apa yg patut so bila ada kelulusan yg sewajarnya baru OXFORD dgn CAMBRIDGE nk buka mata..... bkn dgn melalak dlm media ngaku sendiri genius,  mcm la sblom x penah ada bebudak lain yg genius,  dorg pun lalui pathway genius2 terdahulu tp nape tidak adifellalli??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:08 AM | Show all posts
mesmerize replied at 25-5-2015 01:15 AM
12x9 pun nak ber-algebra bagai?

mental calculation je sudeh.. 2x9=18, 8 stay, 1 bawak ke depan  ...

aku sipir 9 kalu guna lipat2 jari jek.. xpenah hapal pon
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:21 AM | Show all posts
dah bodo ke budak ni... sian dia dah tak laku.. .sapa pun dah tak cakap dia cerdik


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole x die cipta teknik mencongak?
Cipta kaedah panjang2 gitu leceh tul
Senang lg kaedah i belajar masa sekolah rendah.simple.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 25-5-2015 12:34 AM
rasanya dia lg berguna klu bwa g shopping ni...bleh tolong congakkn siap2 harga barang lps diskaun ...

Baik pakai discount calculator lagi senang. Download je appsnya. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
jasmeen replied at 25-5-2015 06:51 AM
Yg paling x bleh blah yg dia nasihatkan sultan tu,poyo betul...kalau aku mak dia,aku dah cubit cubit ...

Omg! I dok tunggu je org komen pasal video ni. Cas bagus je kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik jadi ahli politik ajelah dik

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:46 AM | Show all posts
renung²kan.......& selamat beramal
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 07:59 AM | Show all posts
juliez replied at 25-5-2015 07:28 AM
Baik pakai discount calculator lagi senang. Download je appsnya. Lol

Utk yg xda smartfon, makcik2 yg g market g tesco boleh apa....lg pn ni xperlu powerbank uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:00 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.

Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.

Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.

Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.

Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.


Walaupun masih aktif mengajar pelbagai formula matematik, Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik.

Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis.

Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.
Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia.

“Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.
“Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini.

Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini.

“Memang tak ada kelayakan…tapi orang kenal Adi kerana nama ‘Adi Putra’. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya.

“Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.
“Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya.

“Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.

“Semuanya Adi kena bergerak sendiri.  Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga,” katanya.
Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.

Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing.

"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.

"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.
Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.

"Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.

"Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.

"Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:04 AM | Show all posts
joeyss replied at 24-5-2015 03:44 PM
dia kawan-kawan tak? sosial life dia macam mana ek?

Kawan aku pernah bercinta dgn pakcik Adi (adik kpd mak si adi ni). kawan aku ckp mak adi ni mmg control habis life ank dia ni.
permata pintar la katakan..

smpai kan orang nak jumpa anak dia kena buat appointment & berbayar. utk belajar math ke, utk berubat ntah?
Tapi cara kawan aku cite budak adi ni mmg life dia x mcm budak2 lain laa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:08 AM | Show all posts
primemova replied at 24-5-2015 04:05 PM
Nak kira 18 x 9 pun sampai ber x x segala.... Ni satu kerja bodoh

motipnya kalau tak hafal sifir.... ko jgn mimpi la nak ber x x segala kan?yg penting sifir kena hafal. kalau tak, menangis la ko nak setelkan soalan ni.


orang lain buat jln kira2 bentuk lazim ni 2 steps jah dah dpt jwpn.
budak adi ni duk kona sana, kona ni, darab x sana, tolak x sini.. hujung dunia baru jumpa jawapan.
hahahaa

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap makbapk dia si adi ni jd gini..
Kalo makbapak dia bertegas sekolahkan dia mcm biasa mesti budak ni elok je terbntuk hidup dia..kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:11 AM | Show all posts
kalo ko masuk program pematak kak mah tu dik, by now tentu ko telah sampai ke bulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 08:15 AM | Show all posts
yg budak dpt 8 iajazah tu.. sb dia diiktiraf.

yg ni dh la tak diiktiraf, tp x dipandang pun lps dijanji macam2.

mcmni la, aku x sokong sesapa. tp cuba kita duk tempat dia, ape kita rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:17 AM | Show all posts
"Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.


Kalau sifir 12 pun tak dapat hafal, apatah lagi nak hafal 286 sifir

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:18 AM | Show all posts
Aku memahami apa yg durasakan oleh Putra. Kes dia ni lebih kurang mcm aku jgk dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 08:19 AM | Show all posts
kesiannn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.080992 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list