CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20492|Reply: 21

Nak beli Exora Second Hand. Mohon pendapat.

[Copy link]
Post time 25-5-2015 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Salam. Aku berminat nak beli Exora second tahun 2010/2011/2012. Harga dalam 35k++ macam tu. Sejujurnya kalau nak beli yang baru tak mampu nak bayar kalau monthly 700++. kalau yang 2nd ni monthly dlm 480+ untuk 7 tahun. Mohon pendapat tuan/puan ok tak kalau ambik Exora 2010 sbb aku baca byk problem & underpower sbb pakai cps. TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 04:50 PM | Show all posts
Ok, go on..
secara amnya exora ni dari segi problem gbok/enjin takde masalah tak kirala taun berapapun..
yg selalu jadi isu...tang interior/exterior parts...
abg/adik ipar aku pakai kete ni...so far takdelah major problem...
melainkan part2 kecil cntohnya, motor wiper rosak, ABS sensor kong...door opener patah...
dari segi enjin/gbok...no problem

cuma nasihat aku, ko kena pandai pilihla.....takut terbeli yg memang dah rosak/eksiden dsb...
masa nak pegi tengok kete tu ko bawa org yg arif bab kete...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 04:58 PM | Show all posts
zulka replied at 25-5-2015 04:50 PM
Ok, go on..
secara amnya exora ni dari segi problem gbok/enjin takde masalah tak kirala taun berapa ...

Aku tumpang sekali lah malas nak bukak thread, aku plan nak beli nissan xtrail tahun2005 rm35k

Mcm mana maintenance dan f.e kereta nie, sbb beli milliage baru 70k, owner perempuan, pakai gie balik kerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 05:18 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 25-5-2015 04:58 PM
Aku tumpang sekali lah malas nak bukak thread, aku plan nak beli nissan xtrail tahun2005 rm35k

...

ok...antara SUV yg selesa dipandu jalan jauh...sesuai utk family..
cuma kalau utk kegunaan harian agak tak berapa sesuai sebab Xtrail ni body berat...so minyak agak kuat sket..tapi tak sekuat toyota unser..
kete tahan lasak, maintenance pun ok...dan nasihat aku, kalau nk sebis better hantar ke Tan Chong terus....parts ori & mekanik pun specialist..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2015 08:10 AM | Show all posts
zulka replied at 25-5-2015 04:50 PM
Ok, go on..
secara amnya exora ni dari segi problem gbok/enjin takde masalah tak kirala taun berapa ...

Alamak terlupa pulak thread ni. sorry bro lambat reply.

Sebenarnya buat masa ni aku masih lg minat dgn exora second, tp masih berbelah bahagi lagi nak angkat yang baru ke ataupun second. kalau angkat yang baru, kewangan tak kukuh lagi. gaji bersih baru takat 2.5k ni tak mampu bebeno rasanya nak bayar 600 lebih kat kete tetiap bulan.

Jujurnya aku target nak beli exora ni pun sebab pikir senang nak angkut family untuk outing. Untuk makluman, aku masih lg bujang. Ikutkan dari segi kemampuan, aku rasa yang mampu bayar hanya dalam range 300++ je tetiap bulan untuk kete. sbb, guna untuk pegi kerja, rumah - office (<2km jer), kalau weekend outing sabtu ahad tu travel jauh skit la. Ikutkan nafsu mmg nak angkat kereta yang baru dan high spec sikit tapi bila pikirkan akan berlaku ketirisan wang nanti bila dah bayar kereta mahal2, aku tolak nafsu tu ketepi sbb kereta ni liabiliti, elok aku buat bayo lebih sikit ke property ke yang sah2 investment untuk masa akan datang.

Kesimpulannya masih berbelah bahagi nak angkat exora second ke ataupun kereta yang lagi kurang monthly loan dlm 300 lebih (aku target persona second).
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 10:37 AM | Show all posts
Zep replied at 12-6-2015 08:10 AM
Alamak terlupa pulak thread ni. sorry bro lambat reply.

Sebenarnya buat masa ni aku masi ...

kalau setakat sekali sekala nak angkut family, boleh sewa je....

btw, kalau betul2 nak MPV murah, naza ria boleh dipertimbangkan.... belas ribu jer... keselesaan antara yg top, kabin luas....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2015 05:57 AM | Show all posts
Zep replied at 12-6-2015 08:10 AM
Alamak terlupa pulak thread ni. sorry bro lambat reply.

Sebenarnya buat masa ni aku masi ...

lu beli rumah dulu....... kasik sewakan..... guna cashflow utk bayar loan bulanan kereta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 07:51 AM | Show all posts
metalique replied at 12-6-2015 10:37 AM
kalau setakat sekali sekala nak angkut family, boleh sewa je....

btw, kalau betul2 nak MPV mura ...

Tak berapa minat dengan naza ria bila baca review byk problem dgn kuat minyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2015 07:54 AM | Show all posts
Acong replied at 14-6-2015 05:57 AM
lu beli rumah dulu....... kasik sewakan..... guna cashflow utk bayar loan bulanan kereta

Nak beli rumah pun tak mampo acong. ada tips tak nak beli rumah lelong/sub sale untuk sewakan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 07:33 PM | Show all posts
Zep replied at 19-6-2015 07:54 AM
Nak beli rumah pun tak mampo acong.  ada tips tak nak beli rumah lelong/sub sale untuk sewakan. ...

lu beli subsale......

katakan bumi lot yg jual bawah market value

if market value RM120K, owner nak jual rm100k, ko kasik mark up rm120k

pastu ko sewakan ikut bilik...... bila dah cukup modal, ko fully furnished, sewa ikut kepala....


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 01:49 PM | Show all posts
ni pendapat aku. pengalaman first car - wira, second car - exora,  kereta adik - persona. basically mmg aku pengguna proton la.

komen - kalau boleh elakkan amik exora second ni melainkan kalau betul2 tau owner jaga kereta tu betul. Tapi jaga macam mana pun, proton jangka hayat dia everage 5 taun. Lepas 5 taun, macam2 simptom akan ada. macam2 bunyik akan keluar. Kalau nak beli proton amik yang baru macam saga flx sebab under warranty lagi.

Ko pun bujang lagi, watpa nak kete besar.  untuk pengalaman exora - keta ni tak sesuai nak bawak bersiar2 jarak dekat sbb ko kata tmpat keje <>2km je kan. Minyak.. humangaihh.. macam sirap bandung dia telan. kalau tgk kat kelab2 kereta exora nih banyak gak problem dia - antara masalah buy car get free problem  ialah nipple hose patah ; wiper motor rosak ; engine mati sendiri masa reverse; steering berat ke kiri, bunyian kat driver seat,  dan terbaru dah 2 kete exora terbakar ( satu yang dia kata isi minyak penuh tu).

aku cadang untuk pembukaan ko amik perodua axia... luas dah murah..tapi enjin kecik la.. kalau nak jugak mpv second, amik avanza atau grand livina second.  atau nak amik sedan second amik honda atau toyota. bukan nak jatuhkan proton, tapi sbb honda dan toyota adalah kereta yang masuk top 10 reliable vehicle brand..  survey harga kat mudah. Semoga berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:12 AM | Show all posts
amik alza baru la bro.. x mahal sgt kan???
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 10:34 AM | Show all posts
pseudo_kl replied at 22-6-2015 01:49 PM
ni pendapat aku. pengalaman first car - wira, second car - exora,  kereta adik - persona. basically  ...

"Jujurnya aku target nak beli exora ni pun sebab pikir senang nak angkut family untuk outing. "


agak2 berapa org sgtla TT bleh bawa dgn kete axia tu ek?......nak bagi cadanganpun agak2la, baca habis dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 11:47 AM | Show all posts
pseudo_kl replied at 22-6-2015 01:49 PM
ni pendapat aku. pengalaman first car - wira, second car - exora,  kereta adik - persona. basically  ...

hahahaha..kalo masuk forum kelab proton exora dan pegi ke thread berkaitan masalah, memang la akan jumpa macam2 masalah kat situ. Tak try masuk forum kelab toyota/honda/perodua jugak ka?. Lepas tu post la jugak kat sini apa masalah kereta2 toyota/honda/perodua tu. baru adil.
Kereta terbako, dah banyak jenis kereta pernah terbako. Cuba google "<nama kereta> terbakar", insyaAllah jumpa.




Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 12:41 PM | Show all posts
zulka replied at 23-6-2015 10:34 AM
"Jujurnya aku target nak beli exora ni pun sebab pikir senang nak angkut family untuk outing. "[/b ...

aku dah agak2 la baru bagi pendapat..

1)  Dia bujang lagi dan tak bagi tau famili dia berapa orang. Lagipun dia ada consider nak amik persona. Persona max 5 orang, Axia max 4 orang..
2)  Aku ada jugak propose dia amik mpv or sedan lain. Tapi bukan proton la kalau kete second ni. Nak amik baru OK, flx pun 300+ je bulanan.

sapa yang tak baca abis sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 01:17 PM | Show all posts
FMKiller replied at 23-6-2015 11:47 AM
hahahaha..kalo masuk forum kelab proton exora dan pegi ke thread berkaitan masalah, memang la akan ...

1st nak tanya- adakah anda pengguna proton dan owner sebuah exora?
aku lebih 10 tahun pakai wira dan lebih 6 tahun pakai persona. Baru setahun pakai exora. Wife pakai kelisa dan sekarang honda.
aku masuk semua forum exora sebelum beli exora nih, dan aku make decision beli exora base on the power, space, warranty dan murah - bukan yang bash proton exora buta2.

contoh link:
https://forum.lowyat.net/topic/3426188  -->  dah thread ke 4 bincang pasal exora


facebook =  ( proton)  cfe & cvt technical discussion . Dalam ni ada salah sorang mangsa exora terbakor.

Tak dinafikan jenama lain juga ada masalah mereka dan banyak jugak jenama kereta terbakar - terbaru keta mini cooper vanidah imran.

Dont judge me wrong, aku dah kata aku tak bash proton, tapi berdasarkan pengalaman aku dan tak nak pembuka thread lalui pengalaman dengan proton yang > 5years old, aku share semua masalah exora yang patut dia tau . Exora aku yang berumur sebulan jugak dah ada masalah hose air tercabut menyebabkan kete overheat dah tersadai.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 01:34 PM | Show all posts
go for ipsum... heheh.

2.0 dah leh dpt under 25k...
condition ok wpun dah berumur... mmg tegap...

cuma sakit tang nak bayar insuran+gst+loading+personel insuran+bla bla bla...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 04:11 PM | Show all posts
pseudo_kl replied at 23-6-2015 01:17 PM
1st nak tanya- adakah anda pengguna proton dan owner sebuah exora?
aku lebih 10 tahun pakai wira ...

Yup. Aku pengguna proton tetapi bukan exora. Family aku ada waja (>10 tahun) dan pernah ada persona (>5 years). Xde pulak jangka hayat kedua2 kereta tu lepas 5 tahun keluar simptom pelik2.
Tak dinafikan jenama lain juga ada masalah mereka dan banyak jugak jenama kereta terbakar - terbaru keta mini cooper vanidah imran.


Kalau dah banyak je jenama kereta lain yang terbakar, mungkin tak perlu nak highlight dekat TT sebab memberi gambaran seolah2 hanya Exora yang mengalami masalah nih.

kalau tgk kat kelab2 kereta exora nih banyak gak problem dia - antara masalah buy car get free problem  ialah nipple hose patah ; wiper motor rosak ; engine mati sendiri masa reverse; steering berat ke kiri, bunyian kat driver seat,
Adakah semua benda yang ko listkan nih berlaku dekat 1 kereta Exora? Ataupon masalah2 terkumpul dari kelab itu? Dan ko cakap banyak problem, bila cakap banyak ni subjektif dan kena buat perbandingan dengan kereta lain untuk dapatkan benchmark. contoh kereta Exora problem ada 20, Avanza problem 10 je baru boleh kata Exora banyak problem sebab ada benchmark.

Dont judge me wrong, aku dah kata aku tak bash proton, tapi berdasarkan pengalaman aku dan tak nak pembuka thread lalui pengalaman dengan proton yang > 5years old, aku share semua masalah exora yang patut dia tau . Exora aku yang berumur sebulan jugak dah ada masalah hose air tercabut menyebabkan kete overheat dah tersadai.
Pengalaman pakai exora cuma setahun, rasanya tak adil kalau dikautkan sekali dengan ragam2 proton model lama. Bagi aku, aku tak kisah kalau ko cerita pasal pengalaman ko selama setahun pakai Exora ni. Cuma lebih adil kalau tak dikumpulkan sekali masalah2 (terutamanya masalah dari orang lain) sesuatu kereta dalam 1 tempat sebab kalau dikumpulkan masalah2 kereta jenama lain pon nampak banyak jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 05:33 PM | Show all posts
FMKiller replied at 23-6-2015 04:11 PM
Yup. Aku pengguna proton tetapi bukan exora. Family aku ada waja (>10 tahun) dan pernah ada person ...

1) Saya rasa mustahil dengan kenyataan tuan proton tidak menunujukkan simptom2 pelik tersebut. Tapi ini argument yang subjektif , tidak dapat dibuktikan kesahihan sama ada pihak tuan atau pihak saya. Mungkin saya dapat kereta proton yang mempunyai defect, begitu juga kebanyakan pengguna2 proton yang lain yang selalu kita dengar problem diorang. So terpulang kepada tuan tanah kalau nk mencuba exora second. Jika elok, Alhamdulillah, jika ada simptom2 itu, harap redhakan saja.
2)  Mmg banyak kereta terbakar, tapi mungkin kah 5 kes exora terbakar itu juga coinsidence?  Sila join facebook ( proton)  cfe & cvt technical discussion, di dalamnya ada seorang yang telah mengalaminya (terbakar) dan kesusah hati pengguna2 exora yang lain.

3) Semua yang saya listkan adalah masalah common exora. Sila rajinkan diri masuk dalam link yang saya dah bagi. First page sudah di listkan masalah2 common tersebut. Untuk membuat perbandingan kerosakan setiap model dan kenderaan adalah tidak masuk akal. Seperti membandingkan setiap sakit yang dihidapi oleh setiap orang di muka bumi ini. Dan jika saya bandingkan exora ada 20 masalah, dan avanza 5 masalah, siapa yang akan "buy off" kenyataan saya?


4)  Cuba tuan bayangkan sebuah kereta BAHARU , yang saya beli baru sebulan, milage tak cecah 1000km telah mengalami masalah serious hose air tercabut dari engine dan menyebabkan overheating.  Bagaimana pula quality kereta yang lain?  

5)  Tuan mencadangkan supaya tidak mencampur adukkan komplen2 daripada orang lain dengan pengalaman saya sendiri yang baru sebulan jagung menggunakan exora. Baiklah, TETAPI di dalam ponint no 3 tuan menyuruh saya listkan semua masalah exora dan model lain untuk dibuat perbandingan. Saya keliru. Seperti point saya no 3, rajinkanlah masuk ke forum tersebut yang tak langsung sentuh ragam kereta proton yang lama tetapi semua masalah2 exora sendiri.

6) Saya juga tidak melihat response tuan kepada tuan tanah. Daripada reply tuan kepada saya seperti OK untuk tuan tanah membeli exora second hand?  Adakah begitu?  Jika ya, mengapa?

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 08:13 AM | Show all posts
tuan tanah sila update..
jadi tmpt berbahas plak thread ni....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.404216 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list