CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 6

[Jenayah] Kemaruk Karaoke Seorang Pemuda DiBelasah Teruk Pelanggan

[Copy link]
Post time 26-5-2015 11:07 AM | Show all posts |Read mode
                                                                   

                         [url=]


[/url]                 






KUALA TERENGGANU - Hanya kerana enggan membuka premis karaoke seperti mana yang diarahkan pelanggan disebabkan faktor malam Jumaat, seorang remaja lelaki parah dibelasah tiga lelaki, dalam satu kejadian di Bukit Keluang, Besut, Khamis lalu.


        Dalam kejadian lebih kurang jam 11.50 malam, mangsa berusia 17 tahun terpaksa menanggung kesakitan seluruh badan selepas dipercayai disepak, ditumbuk dan dipijak di kepala oleh ketiga-tiga suspek.


        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang melepak di hadapan pusat karaoke itu dikatakan dihampiri tiga lelaki yang mana salah seorang daripadanya dikenali.


“Suspek  dikenali itu mengarahkan agar mangsa buka premis itu, namun mangsa tidak mahu dan menjelaskan majikannya mengarahkan agar tidak menjalankan urus niaga setiap malam Jumaat.


“Keengganan mangsa menyebabkan ketiga-tiga suspek naik angin sebelum salah seorang daripadanya terus menyepak dan menumbuk mangsa serta dalam masa sama mengarahkan agar mangsa meniarap di atas jalan raya,” katanya.


        Wan Abd Aziz berkata, dengan marah, seorang suspek mengeluarkan kata-kata ‘aku benci keturunan mu’ sebelum menyuruh mangsa melarikan diri dengan memberi tempoh selama lima minit sahaja.


“Ketiga-tiga suspek bertindak kejam apabila tergamak mengugut akan belasah mangsa sekiranya berdegil tidak mahu melarikan diri dalam tempoh lima minit itu.


“Disebabkan terlalu takut, meskipun terpaksa menahan kesakitan mangsa menggagahkan dirinya meninggalkan lokasi itu menuju ke institusi perguruan berhampiran sebelum ke Hospital Jertih bagi mendapatkan rawatan” katanya.


        Jelasnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bertindak menyepak, menumbuk, memijak kepala sebelum mengarahkan mangsa meninggalkan lokasi bukan hanya kerana marahkan mangsa atas alasan tidak mahu membuka pusat karaoke seperti yang diarahkan.


“Tapi, siasatan awal mendapati kejadian ini sedikit sebanyak berpunca daripada dendam lama yang melibatkan keluarga salah seorang suspek bersama mangsa,” jelasnya.


        Tambah Wan Abd Aziz, kesemua suspek kini sudah dikenal pasti dan berjaya dikesan untuk tindakan susulan.


        Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/parah-dibelasah-enggan-buka-premis-karaoke-1.394337


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 11:15 AM | Show all posts
lepas ni melalak la korang puas2 dlm jail.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 11:27 AM | Show all posts
tu la nite life diorang kat besut dengan berkaraoke.....kasihan......
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 12:01 PM | Show all posts
dah xde kije eh nk sepak org pukul org suka2 hati
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 12:08 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 26-5-2015 11:15 AM
lepas ni melalak la korang puas2 dlm jail.

Lepas tu buat lagu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 01:28 PM | Show all posts
3 lawan 1 berani la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 01:50 PM | Show all posts
mentalpunya suspek2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058779 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list