CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14509|Reply: 88

[Tempatan] Kisah Sebenar Disebalik Keluhan Adi Putra?

[Copy link]
Post time 26-5-2015 02:32 PM | Show all posts |Read mode



Beberapa hari yang lalu, pelajar genius Matematik, Adi Putra, meluahkan rasa terkilannya yang mendakwa dirinya diabaikan oleh Kerajaan Malaysia akan janji-janji yang pernah ditaburkan kepadannya suatu ketika dahulu.

Luahan yang dibuat melalui portal The Malaysia Insider itu menerima kecaman yang banyak dari pelbagai pihak dan memberikan imej yang buruk kepada kerajaan dan PERMATA juga turut menerima tempias 'amarah' Adi Putra.

Tampil individu bernama Zaid Zikri berkongsikan penjelasan dari pihak Pengarah Permata, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai isu yang berbangkit.

ISU ADI PUTRA & PERMATA

Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya.

Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini. Saya buat dalam bentuk "note" supaya dapat dijadikan rujukan masa hadapan.

KERAJAAN memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM 1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di peringkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATA pintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

(Dalam post yang seterusnya)

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut.

Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.




Sumber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 02:34 PM | Show all posts
seperti biasa,

pasti ada dua sisi bagi
setiap sesuatu penyataan yang
menyalahi mana2 pihak

yang membaca perlu
bersedia untuk menapis dan menilai,

nak2 lagi jika artikelnya
daripada cina the malaysian dogs
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:39 PM | Show all posts
d'zeck replied at 26-5-2015 02:34 PM
seperti biasa,

pasti ada dua sisi bagi

malaysian dogs dah semakin kurang ajar.
ucapan tertutup timbalan presiden pon dirakamnya.

adakah sbb ahli malaysian dogs tu dah tak
percaya dgn timbalan presidennya??



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:43 PM | Show all posts
gunting dalam lipatan

api dalam sekam

melepaskan anjing tersepit

banyak lagi yang sesuai
menggambarkan situasi semasa
propaganda cina

dan sebahagian kecil barua melayu
yang bersubahat menjadi talibarut
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:46 PM | Show all posts
aku mcm pernah terbaca dulu budak adi ni sibuk uruskan syarikat
pelajaran pon kelaut
bak lirik lagu najwa latip, semua dah disediakan, klu gagal jgn beri alasan
budak adi ni banyak sgt finger pointing
aku cam nak setuju dengan ayat last tu, klu budak adi ni belajar btol2 mesti dah masuk u setarap ivy league
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:48 PM | Show all posts
muntah penuh sebaldi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 02:49 PM | Show all posts
jawapan tu hanya nk bekap permata
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:54 PM | Show all posts
penari replied at 26-5-2015 02:49 PM
jawapan tu hanya nk bekap permata

ada citer  utk dikongsi ke.  bole la citer kt sini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Peruntukan masuk poket sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 02:55 PM | Show all posts
penari replied at 26-5-2015 02:49 PM
jawapan tu hanya nk bekap permata

Boleh bagi bukti or cerita disebaliknya? berminat nak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 03:36 PM | Show all posts
d'zeck replied at 26-5-2015 02:43 PM
gunting dalam lipatan

api dalam sekam

mendedahkan perkara yang benar sekarang ni pun dikatakan sebagai talibarut

wow

nasib baik la ada talibarut yang mendedahkan pasal kes 1MDB lahanat kalau tak memang kedaung laa

ikut resmi macai "1MDB mana ada problem ni semua pitnah je ni" "1MDB untung woooo" "1MDB best goooodd" "1MDB Ayammm for uuuuu (IM4U)"



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 03:39 PM | Show all posts
macam biasa, tuding menuding berlaku, last2 kes ni senyap jah..tkde conclusion
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak amat setuju sgn Adi yg mengatakan Kerajaan ne Penipu dan hanya tahu berjanji !!!  lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 03:54 PM | Show all posts
d'zeck replied at 26-5-2015 02:43 PM
gunting dalam lipatan

api dalam sekam

of late byk propaganda komunis ni....aku tak heran..psl duit org sanggup buat apa saje...




Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 03:56 PM | Show all posts
budak2 kreatif mesia ni banyak la....yg ko nak cari si adi ni mmg la tak ramai.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 04:10 PM | Show all posts
percaya la sgt citer malaysian dogs tu...bnyk auta dr fakta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa lagi percaya dgn explaination si  zaid berbanding si adi putra ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 04:27 PM | Show all posts
aku sedih benau bila nengok video adi kena interview dgn mat salleh " the world cleverest child and me"
mat salleh tu tanya apa kandungan pil cerdik die? tak hingat...apa prediction " one day all of us will die"
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 04:27 PM | Show all posts
Program PERMATA pintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.


aku nak tanya..yang genius math yang kena tangkap extremist tahap 1 child pornografi tu ditapis dari permata ker?yang tajaan mara tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 04:31 PM | Show all posts
hanya macai je yg tak percaya cakap adi.... nak sukung permata rosmah le tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.872626 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list