CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9365|Reply: 86

[Tempatan] Bermula September 2015 MAS (Malaysia Airline System Bhd) tidak lagi wujud

[Copy link]
Post time 27-5-2015 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ResellerMaxis at 27-5-2015 04:10 PM

Rancangan penyusunan semula paling komprehensif dialami MAS mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2015.

Bermula September, Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud.

Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019 .

Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali sepanjang 22 tahun, bermula 1994.

Bagaimanapun, ini merupakan rancangan penyusunan semula yang paling komprehensif dialami MAS, yang akan melibatkan pengurangan besar-besaran laluan perjalanan udara dan tenaga kerja, mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau.

Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman lampau.

Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya kira-kira tujuh tahun kemudian.

Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997.

Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8 seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya. Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis.

Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian cukai. Apabila kerajaan membeli balik saham yang berkepentingan daripada Tajudin, harganya di pasaran hanya RM3.68 seunit.

Syarikat berkaitan kerajaan, Danaharta, akhirnya memilih penyelesaian di luar mahkamah dengan Tajudin walaupun memenangi kes undang-undang itu ke atas RM589 juta pinjaman dibuat Tajudin kepada syarikat itu.

Kembali dalam tangan kerajaan, MAS melaporkan kerugian RM1.3 bilion pada 2005, menyebabkan satu lagi pelan pemulihan yang menyaksikan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai CEO baru.

Ramai melihat pemilihan Idris membawa sinar harapan kepada syarikat yang mengalami kerugian setiap tahun itu.

Pada 2007, ia mencatatkan keuntungan RM852 juta, tertinggi dalam sejarah MAS, dan disusuli dengan keuntungan RM522 juta pada 2009, sebelum Idris mengambil alih sebagai CEO Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi bagi Ahli Parlimen Kluang ((DAP) Liew Chin Tong, memerhati penuh minat sejarah MAS selama ini, keadaan semasa MAS memerlukan ia mempersoalkan apa dilakukan Idris semasa beliau menerajui syarikat penerbangan itu.

"Keseluruhan tempoh beliau perlu dipersoalkan. Ini menunjukkan pemulihan beliau tidak berjaya, kerana apa yang dilakukan adalah pada dasarnya memotong “otot” penting MAS – beliau memotong perbelanjaan, membunuh semangat kakitangan, dan membunuh sekumpulan bakat," Liew memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau berkata bagi semua masalah MAS, pekerja dijadikan mangsa oleh syarikat.

MAS dijangka memecat seluruh kakitangan dan hanya mengekalkan kira-kira dua pertiga daripada mereka bagi syarikat baharu, bermakna lebih 8,000 orang akan kehilangan pekerjaan.

"Cara Idris mengendalikan MAS, menyebabkan sejumlah besar rakyat yang berbakat memutuskan untuk beralih – ia adalah satu kitaran ganas. Ketua Pegawai Eksekutif  (Christoph Mueller) kini juga melakukan perkara yang sama," katanya.

Liew berkata syarikat itu kini hanya "mencencang pekerjaan orang" untuk mengubah nasib.

"Anda perlu bertanya jika MAS sebenarnya mempunyai bakat dan semangat untuk meneruskannya. Lagipun, anda menjalankan industri perkhidmatan," katanya.

Dua tahun selepas Idris meninggalkan jawatannya, MAS mengalami kerugian paling bersejarah dalam industri penerbangan, kerugian mengejutkan sebanyak RM2.5 bilion pada 2011.

Ia membuat keuntungan sebanyak RM430 juta pada tahun berikutnya, tetapi kehilangan RM1.16 bilion pada 2013.

Pada 2014, ia kehilangan dua pesawat – pertama pada 8 Mac, penerbangan MH370, dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur, hilang apabila meninggalkan ruang udara Malaysia. Apa yang berlaku kepada kapal terbang masih menjadi salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.

Hanya empat bulan kemudian, pada 17 Julai, penerbangan MH17, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, dikatakan ditembak peluru berpandu dari darat semasa terbang pada ketinggian 30,000 kaki di atas zon konflik di Ukraine. Tiada seorang pun daripada 298 penumpang dan anak kapal penerbangan terselamat.

Semua kejadian ini memaksa Khazanah akhirnya mengeluarkan MAS daripada senarai, membayar RM1.38 bilion bagi membayar pampasan kepada pemegang saham minoriti, sebelum memulakan pelan penyusunan semula besar-besaran ini.

Suntikan terkini ke dalam MAS, daripada Khazanah adalah RM6 bilion.

Tetapi, ini bukan kali pertama negara menyuntik wang ke dalam MAS. Dalam tempoh 10 tahun lalu, MAS dianggarkan kehilangan RM10 bilion wang negara yang disuntik, menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Secara keseluruhan, dianggarkan MAS kehilangan lebih RM20 bilion wang pembayar cukai sejak 1994.

Apabila ia mencatatkan kerugian RM1.16 bilion pada 2013, syarikat penerbangan itu kerugian antara RM4 juta dan RM5 juta setiap hari.

Suntikan terkini mungkin bukan yang pertama tetapi dengan MAS yang mengalami kerugian besar sejak dua dekad, kebangkitan cubaan terbaru mungkin menjadi cubaan terakhir bagi meletakkan akaun syarikat penerbangan nasional itu kembali untung. – 27 Mei 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.iILTjbGN.dpuf

Akhirnya berakhir juga MAS..lubuk duit celaka-celaka sejak dahulu kala.. malangnya..MAS baru akan ditubuhkan..Tapi i xrasa ianya akan berbeza dari MAS sekarang..

alangkah baiknya kalau dijual sahaja sekali aset mas tu dan tutup xyah buka-buka lagi..kalau perlu sangat syarikat penerbangan nasional..bagi jer gelaran tu pada Air Asia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 04:11 PM | Show all posts
omputeh jadi ketua...sib baik bukan cina...klau x dijek dan anak nogori dan penjejak awan dan sekucing awan dh sound...
ketua tabung haji pun mamak...
maksudnya meleis x mampu la?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2015 04:22 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 27-5-2015 04:11 PM
omputeh jadi ketua...sib baik bukan cina...klau x dijek dan anak nogori dan penjejak awan dan sekuci ...

baru ni i ada dengar sesi wawancara bersama idris jala..beliau cerita berkenaan pengelaman menerajui mas..masa dia ambil alih..mas hampir tidak pernah caj penumpang untuk luggage..bila ditanya kenapa..staff kata tidak sampai hati..kenapa air asia boleh tapi kita xboleh??so dia perkenalkan satu dasar..kalau caj luggage..sebahagian dari charger tu akan jadi komisyen pada staff..tiba-tiba collection untuk luggage naik mendadak..

even sekarang ni pun..company-company macam telekom, maxis, astro dan macam-macam lagi..dah tidak hired staff sangat untuk wat kerja yang memerlukan dedikasi..sebaliknya mereka bayar pada kontraktor..untuk promote..mereka lantik promoter..kalau dapat jual unifi/maxis dan lain-lain..bagi komisyen 300% dari monthly fee..xperlu bayar gaji bulan n tanggung kebajikan pekerja walaupun pekerja xjalan..

sama juga untuk installation, mantainance dan sebagainya..mereka bayar per task..so kontraktor akan berlumba-lumba untuk selesaikan sebanyak mungkin task..sangat berbeza dengan jika pekerja mereka sendiri yang lakukan task tersebut..sehari nak selesaikan 1 task pun susaha..maklumlah..selesai sikit or banyak bukan ada beza pun pada gaji mereka..

even untuk bidang kritikal macam it pun semua dah outsource..ada company it security, manage services, hosting n segala bagai..even printing bill pun dah outsource..so company cuma tumpu pada bisnes jer..kalau xder bisnes..xperlu bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:25 PM | Show all posts
alahai..

x sempat bella merasa jadi stewardess


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:26 PM | Show all posts
semoga MAS terus berkembang dan maju.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
proton tknk tutup gakke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2015 04:29 PM | Show all posts
bellaa replied at 27-5-2015 04:25 PM
alahai..

x sempat bella merasa jadi stewardess

bellaa jadi stewardess ngan Emirates la, mcm wife Fahrin tuh, gaji mahal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2015 04:29 PM | Show all posts

proton pun kerajaan selalu bailout ke?? calling @peYno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 04:30 PM | Show all posts
pada pandangan aku, ini lah akibatnya apabila staf MAS ingat depa ni keje dgn gomen...sepatutnya ygkena buang adalah board of directors dan senior management...depa ni bukan shj patut di buang, malah kakitangan mas patut ambik kayu dan pukul mereka di office...

kebanyakan staf2 mas juga sombong2...mentang2 mas ni syarikat GLC...so ingat slmt la...ble berlagak....ini satu pembalasan tuhan kpd seluruh warga mas...yg baik mahupun yg buruk...

this is a lesson to all mas families...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ifa nonline tak dapat tekel pramugari andartu sampai hina segala level staff mas.... jangan macam tu dik...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:33 PM | Show all posts
Kittie replied at 27-5-2015 04:29 PM
bellaa jadi stewardess ngan Emirates la, mcm wife Fahrin tuh, gaji mahal.

x layak lah..

bella sedar sape diri bella nih.. kemetot orang nya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ex pramugari yg dah jd tanam anggur blh la dtg kt abam urk sesi interview
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2015 04:35 PM | Show all posts
ifanonline replied at 27-5-2015 04:30 PM
pada pandangan aku, ini lah akibatnya apabila staf MAS ingat depa ni keje dgn gomen...sepatutnya ygk ...

tapi dia orang di bayar pampasan kan..gi jer lah cari kerja lain..boleh demand..pengalaman pun ada..i yang xkena berhenti pun hampir setiap tahun tukar kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 27-5-2015 04:25 PM
alahai..

x sempat bella merasa jadi stewardess

Bellaa cukup ketinggian tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:43 PM | Show all posts
ifanonline replied at 27-5-2015 04:30 PM
pada pandangan aku, ini lah akibatnya apabila staf MAS ingat depa ni keje dgn gomen...sepatutnya ygk ...

tang BOD tuh, tuh betul. menongkat langit.
tp, tang staff bawah2, tak de maknanya bang. diorg sama jer mcm org lain. gaji tak de la byk mana.
birokrasi tuh tetap ada kt memana department pun.
aku cuma doa ada pengakhiran yg baik utk dorg nih
sedeh weh tgk kengkawan sendirik muka moyok tak tau apa naseb


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:44 PM | Show all posts
bellaa replied at 27-5-2015 04:25 PM
alahai..

x sempat bella merasa jadi stewardess

try la Singapore Airlines. terus masuk hub antarabangsa immediately. SIA mana ada domestic kaaaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 04:44 PM | Show all posts
intriQue replied at 27-5-2015 04:38 PM
Bellaa cukup ketinggian tak?

tak  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:46 PM | Show all posts
bellaa replied at 27-5-2015 04:33 PM
x layak lah..

bella sedar sape diri bella nih.. kemetot orang nya..

choi. kalau sedar diri tu kemetot .. boleh terai jadi stewardess bas express je! hahaha mcm cerita apa ntah yang si elfira loy berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:46 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 27-5-2015 04:35 PM
tapi dia orang di bayar pampasan kan..gi jer lah cari kerja lain..boleh demand..pengalaman pun ada ...

confirm ke ade pampasan? VSS?
mmg la ada penglaman. tp, utk certain department, berguna la. tp, utk guest service, lelagi yg umur mcm dah agak byk, airline lain pn pikir byk kali nak ambik dorg.
yg ada expertise mcm Engineer, Technician, mungkin ada la kampeni aviation lain nk ambik.
tp, kene ingt gak bang. aviation kt mesia nih kocik jer


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 27-5-2015 04:30 PM
pada pandangan aku, ini lah akibatnya apabila staf MAS ingat depa ni keje dgn gomen...sepatutnya ygk ...

Tang sombong tu... mmg betol pun... hubby i kata... sbb di dulu sub con underground Mas.... pekerja Mas sendiri byk curi tulang n buat taik... mmg bengang giler dorg. Nah skrg...ambik ubat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.135651 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list