View: 7003|Reply: 47
|
[Tempatan]
EDISI 1MDebik : Anak audit bapak pulak dahhh .. ??
[Copy link]
|
|
Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?credit to : malaysiakini.com.my
Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.
Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.
“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.
Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.
Nizar belum memberikan sebarang respon ketika diminta Malaysiakini berbuat demikian.
Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.
Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.
Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.
Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.
Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.
|
|
|
|
|
|
|
|
pulak dahhhh...
koi lama koi banyak keluaq |
|
|
|
|
|
|
|
Aih, macam2 la..tade ke berita baik pasal 1mdb ni |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia partner deloitte rupanya..makin best slot akasia ni..kalah rindu awak 200% |
|
|
|
|
|
|
|
ini anak dengan Rosmah or bekas bini terdahulu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Pening dengan skandal 1mbiawak ni. Lepas satu hal, timbul hal lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi laa...harap2 Deloitte tak jadi mcm Arthur Andersen dlm kes Enron... |
|
|
|
|
|
|
|
Kittie dah makin pening. Byk sgt sangkut paut dgn pelbagai pihak. Bestnya klu ada org leh tlg wat carta dari awal sampai skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa ramai anak naj7b rosmah ni.. merata2 semua anak beranak dia dok pegang... penjilat tetap hidup segan mati tak mau... |
|
|
|
|
|
|
|
oh, aku baru tau anak najib partner deloitte.
deym~ |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba ada plot twist yg mengejutkan lg sensasi... telenovela pon kalah
|
|
|
|
|
|
|
|
sib baik ada rapazi dan tony pua...
nk harap sprm..dan lain2 pemantau2 mesia ni...bisu seribu bahasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjilat najib dpt apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Jibby aljibbon |
|
|
|
|
|
|
|
KTMan replied at 27-5-2015 06:02 PM
ini anak dengan Rosmah or bekas bini terdahulu??
Nizar bkn ank dgn kak mah |
|
|
|
|
|
|
|
dengan ex (Tengku Puteri Zainah)
|
|
|
|
|
|
|
|
Hak enaaa, punya la hancing depa tu, tak putus bau kencing merata-rata !! |
|
|
|
|
|
|
| |
|