CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8450|Reply: 94

[Tempatan] Kubur besar Perlis: 12 polis ditahan

[Copy link]
Post time 27-5-2015 11:08 PM | Show all posts |Read mode
WAN Junaidi pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis, kelmarin. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis ditahan agensi itu sendiri. "Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia.

"Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA). "Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. Sebelum itu beliau menjawab soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.










KEM yang dipercayai menempatkan pendatang asing yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian. - Foto Eizairi Shamsudin Usul tergempar itu dibahaskan selama sejam bermula 4.30 petang tadi, selepas dikemukakan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) pagi tadi dan diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said. Dalam pada itu ditanya mengenai gesaan pembangkang supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kubur besar berkenaan, Wan Junaidi berkata, setakat ini tiada keperluan untuk berbuat demikian. "Tak semua benda perlu ada RCI. Agensi polis ada 12,000 anggota penyelidikan, ...kita akan siasat dari segenap segi," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2015 11:09 PM | Show all posts
Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan RCI atau tidak. "Biar kerajaan kumpulkan cadangan daripada semua ahli Parlimen, barulah perkara ini boleh dibincangkan," katanya. Cadangan mengenai penubuhan RCI diajukan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) ketika membahaskan usul itu. Sementara itu, Dr Wan Junaidi memberi jaminan kerajaan akan memperhebatkan kerjasama dengan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan.



"Lokasi penemuan ini sangat susah diakses dari Malaysia. Untuk sampai ke tempat itu, kita perlukan sekurang-kurangnya tiga jam berjalan kaki. Di sebelah Malaysia sangat curam tetapi mudah diakses dari Thailand. Mungkin ini antara sebab sindiket ini memilih kawasan berkenaan," katanya. Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis.



Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu. Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu. Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian Rohingya turut ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkla yang bersempadan dengan Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:17 PM | Show all posts
ketua polis harus undur diri. anak buah bunuh org pakai C4 bom. merogol di balai polis. makan rasuah macam minum teh tarik. jadi pencuri. tak malu kah ???

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:20 PM | Show all posts
ketua polis selamat, sbb dia jaga twiter je....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:29 PM | Show all posts
ada sapa2 baca the STAR hari ni???

ce tgk..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:32 PM | Show all posts
Edited by razhar at 27-5-2015 11:33 PM

semua yang terlibat berkerjasama dengan smugglers tu patut didakwa sebagai menentang YDPA kerana mengkhianati negara...ini adalah security breach!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2015 11:35 PM | Show all posts
Aku heran puak2 buat keja hina mcm nii...mcm mana depa tidoq lena  memalam   
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:40 PM | Show all posts
razhar replied at 27-5-2015 11:29 PM
ada sapa2 baca the STAR hari ni???

ce tgk..

Kalau baca atikel ni tally dgn apa yg penduduk cerita dlm tv tadi...cuma depa x abaq bila kejadian tu...mestila dah lama kan..xkan baru mggu lps pati2 tu p mintak tolong ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 11:45 PM | Show all posts
razhar replied at 27-5-2015 11:29 PM
ada sapa2 baca the STAR hari ni???

ce tgk..

Nih mmg kes teruk gila. Klu boleh tembak, mmg patut tembak pun sekor2 pengkhianat negara!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:49 PM | Show all posts
human traffickers dan pengkhianat negara harus ditembak mati
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:26 AM | Show all posts
dani-rox replied at 27-5-2015 11:49 PM
human traffickers dan pengkhianat negara harus ditembak mati

bangla tu kena bakar tak?   
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:30 AM | Show all posts
Acong replied at 28-5-2015 12:26 AM
bangla tu kena bakar tak?



siapa soh ceroboh sempadan negara orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
klo nk bawak pati perlu lepasi 2 kawalan upp. satu jalan pdg besar-pauh satu lgik jln pdg besar-kangar. cm ne bleh telepas x taw la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:33 AM | Show all posts
harapkan pagar, pagar makan padi.

disebabkan ada penjawat awam yg makan rasuah, cuepacs x nak perjuangkan naikkan gaji penjawat awam lg ka sbb nak banteras rasuah?

podacit. gaji bnyk mn pun kalo pemakan rasuah, tetap sebat jgk.


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:36 AM | Show all posts
puak penyusah rakyat
tahu penuhkan tombolok sendiri..
gantung sampai mati bagus puak ni..
menyusahkan orang xabes-abes..
yang muntri n big bos bila nak berhenti walaupun xtrlibat..
kalo kat jepun, dah berhenti kerja dah sebab malu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:36 AM | Show all posts
kita tunggu audit dan PAC lah....
jangan bising2 mengikut rentak pembangkang
...bangla2 tu mesti ada somewhere...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 12:39 AM | Show all posts
razhar replied at 27-5-2015 11:32 PM
semua yang terlibat berkerjasama dengan smugglers tu patut didakwa sebagai menentang YDPA kerana men ...

yea sgt benar...


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 01:28 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-5-2015 12:31 AM
klo nk bawak pati perlu lepasi 2 kawalan upp. satu jalan pdg besar-pauh satu lgik jln pdg besar-kang ...

Nak masuk wang kelian senang saja dari siam... tak payah melalui tu semua...mana nak ada lalu pauh bagai... kalau bkt kayu hitam lain... wang kelian tu pedalaman sangat... nak pi shopping situ kena melalui jalan bengkang bengkok berbukit
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Xfhm r kes ni..apa yg dorg dagangkan? Knp smpai kena bunuh? Dagang organ dalamankah? Pastu siap kafan kubur ngadap kiblat bagai..dlm jahat2 dorg ada juga selitkan elimen keislaman ek..kasihan sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tkyh siasat lah buang ms..kalo siasat pun alih2
tutup kes nanti..kalo pk scara logik mmg rmai yg terlibat..td kua tv3 renjer hutan dh lme tahu bt repot pd polis tp tkde tindakan..so tak ke plik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.281257 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list