CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4047|Reply: 35

[Tempatan] 7 Sebab bangsa Melayu lupa tentang pelaburan hartanah.

[Copy link]
Post time 28-5-2015 02:25 AM | Show all posts |Read mode
7 Sebab bangsa Melayu lupa tentang pelaburan hartanah.
By Tok Penghulu -  May 11, 2015 93 0
SHARE Facebook Twitter  



Tok nampak sekarang boleh tahan juga musim rakyat Malaysia kemaruk hartanah. Ia menunjukkan signal bagus dan tidak bagus.

Tok terangkan yang tidak bagus dulu.

Tidak bagus apabila seseorang itu bertindak seperti babi yang buta (ubahsuai daripada pepatah sebelum ini iaitu membabi buta). Orang beli rumah, dia pun beli rumah. Orang melabur di kawasan X, dia pun melabur di kawasan X. Idola hartanahnya beli di kawasan Z, dia pun beli di kawasan Z.

Jika anda salah seorang yang tergolong dalam kategori di atas, Tok sarankan supaya ambil pil anti-bodoh. Melabur dalam mana-mana insturmen pelaburan ada asasnya iaitu ilmu.

Jangan melabur sebab orang lain melabur. Kita melabur sebab kita tahu kenapa kita perlu melabur, dan strategi yang kita akan gunakan untuk melabur.

Apa yang Tok belajar daripada bangsa “C”?

Bagi yang masih mempunyai objektif samar-samar dan sebab yang tidak kuat, artikel yang Tok mahu sampaikan ini memang bakal melekat di hati dan minda.

Kenapa bangsa “C” yang agresif dalam dunia perniagaan juga turut agresif dalam dunia pelaburan hartanah? Salah seorang pelabur bernama Peter Yee ada kongsikan 10 sebab.

1) Instrumen pelaburan yang berisiko rendah walaupun kos tinggi.

Semua jenis pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Risiko rendah, risiko sederhana, dan risiko tinggi.

Instrumen pelaburan hartanah berada dalam kategori mana? Jawapannya: Risiko rendah.

Orang yang menganggap pelaburan hartanah sebagai instrumen pelaburan yang tinggi adalah mereka yang tidak pernah membeli 1 pun hartanah seumur hidup, atau mereka pernah beli, tetapi hartanah itu menjadikan hidup mereka lebih parah.

Apa yang menyebabkan hartanah masuk dalam kategori risiko rendah walaupun kos untuk membelinya tinggi? Apabila membeli rumah, kita secara automatik mewujudkan dua cabang keuntungan.

Untung daripada sewaan rumah.
Untung daripada peningkatan harga rumah.
Tok mahu kita fokus tentang keuntungan yang pertama dan lihat dari perspektif yang lebih besar.

Apabila kita beli 1 hartanah, dan berjaya disewakan, ini bermakna kos yang buat ramai orang sakit kepala seperti bayaran pinjaman kepada bank setiap bulan, akan ditampung oleh si penyewa.

Maknanya, kalau kita mempunyai wang sewaan yang konsisten setiap bulan sehingga hutang habis dibayar kepada bank, kita akan dapat rumah itu secara percuma.

Dalam masa sama, ada kekurangan yang jelas iaitu “illiquid.” Maksudnya, ia mengambil masa yang agak lama untuk dapat wang tunai (cash) apabila menjual hartanah.

2) Bank suka pinjamkan banyak duit untuk anda beli hartanah.

“LEVERAGE MEANS YOU CAN CONTROL A LARGE INVESTMENT WITH A SMALL AMOUNT OF MONEY.” – PETER YEE.

Tok rasa hanya 1% daripada rakyat Malaysia (khususnya bangsa Melayu) yang mampu beli hartnah 100% tunai. Tetapi, kita tidak perlu fikir tentang beli secara tunai. Ada alternatif yang lain.

Pelaburan hartanah mengizinkan kita untuk guna duit daripada pihak lain, iaitu bank. Bank sangat suka untuk bagi pinjaman sehingga 90% bagi mana-mana individu yang mahu beli hartanah.

Jika kita beli rumah berharga RM500,000, kita boleh dapat pinjaman bank sehingga RM490,000. Berbalik pada poin pertama, jika kita dapat penyewa yang bagus, maka kita tidak pening kepala untuk bayar hutang kepada bank setiap bulan.

3) Boleh naikkan nilai hartanah (Hanya jika anda faham strategi ini).

Nilai hartanah kita boleh dinaikkan dengan sendirinya, tanpa perlu tunggu 10 hingga 20 tahun.

Dengan syarat, kita tahu apa strategi yang boleh dipakai, dan sah dipakai. Cara yang biasa pelabur hartanah berpengalaman gunakan adalah:

Ubahsuai rumah menjadi lebih cantik, lengkap dengan barang-barang keperluan, dan sewaktu dengannya.
Penyewa sanggup bayar lebih untuk duduk di rumah yang serba lengkap dan cantik, berbanding rumah yang terlalu kosong dan nampak seperti hidup segan, mati tak mahu.
Tok ada seorang kawan yang sanggup bayar 3x ganda lebih mahal di kawasan perumahan yang sama, kerana dia sangat berkenan dengan rumah itu.

Pertama, warna dinding rumah adalah warna kegemarannya. Kedua, rumah itu sudah ada kelengkapan asas seperti kipas dinding, dapur dan sebagainya.

Perubahan dalaman rumah boleh memberi kesan pada kenaikan harga hartanah, apabila ia dilakukan dengan cara yang betul.

4) Tempat melabur yang selamat.

Selain risiko yang rendah, pelaburan hartanah juga adalah instrumen pelaburan yang selamat.

Pertama, harga hartanah jarang mempunyai penurunan yang terlalu drastik, khususnya di Malaysia. Pelaburan hartanah juga mempunyai perlindungan insuran yang akan membantu kita, jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Manakala pelaburan lain seperti saham tidak mempunyai aspek perlindungan seperti ini.

Namun begitu, Tok langsung tidak bermaksud bahawa pelaburan saham itu merugikan. Tok cuma cerita tentang apa yang ada dalam pelaburan hartanah.

5) Kita untung masa beli hartanah. Bukan masa jual hartanah.

Beli rumah bukan macam beli kereta. Sebaik sahaja kita beli kereta, dalam masa 24 jam harganya akan jatuh.

Manakala hartanah pula sebaliknya. Fokus utama kita adalah dapat keuntungan sebaik sahaja kita beli hartanah itu.

Penting untuk kita lakukan kajian dan siasatan pada kawasan luaran dan dalaman rumah sebelum buat sebarang keputusan. Pelaburan hartanah ini juga ada pantang larang yang wajib kita beri perhatian iaitu,

“JANGAN TERUJA JIKA HARGA HARTANAH ITU TERLALU MURAH BERBANDING DENGAN HARTANAH YANG LAIN.”

Pergi lakukan kajian, lihat situasi rumah itu dengan mata sendiri, banyakkan bertanya kepada penjual dan kenal pasti apakah yang menyebabkan harga rumah itu sangat murah berbanding kawasan lain.

6) Kalau ada banyak hartanah, ini jalan penyelesaiannya supaya tidak sakit kepala.

Tok doakan agar semua pembaca artikel ini akan dapat memiliki banyak hartanah yang menguntungkan di masa akan datang.

Ramai yang tanya cara terbaik untuk uruskan banyak rumah dalam 1 masa. Lebih-lebih lagi apabila semua menggunakan strategi sewaan. Jawapan Tok yang paling ringkas adalah,

“BELI MASA ORANG LAIN A.K.A DAPATKAN SEORANG PEKERJA YANG AKAN MENGURUSKAN SEMUA HARTANAH KITA.”

Jika duit sewaan total yang kita dapat daripada semua rumah sekitar RM5,000 sebulan, apa salahnya kita laburkan RM1,500 untuk bayar seorang pengurus yang boleh membantu menguruskan semua penyewa-penyewa. Walaupun duit itu berkurangan, tetapi kita tidak perlu lagi sakit kepala menguruskan penyewa-penyewa yang pelbagai ragam.

7) Kiri kanan buat duit.

Pelaburan hartanah ini juga boleh dijadikan sebagai kenderaan terbaik untuk kita mencapai matlamat bebas daripada segala masalah kewangan. Seperti mana Tok kongsikan sebelum ini, kita akan dapat dua jenis cabang keuntungan iaitu keuntungan daripada sewa dan juga peningkatan nilai harga hartanah secara berperingkat.

Orang Melayu cakap,

“KIRI KANAN BUAT DUIT,” APABILA KITA AKTIF MELABUR DALAM HARTANAH.

Majoriti bangsa kita mempunyai masalah yang tipikal iaitu mahu mempunyai jumlah pendapatan supaya melebihi perbelanjaan. Pelaburan hartanah dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Hartanah berfungsi untuk beli barang-barang impian kita.

Tok rasa terpanggil untuk berkongsi artikel ini sebab Tok banyak kawan bangsa “C”. Mereka ini aktif dalam bisnes. Kemudian gunakan duit bisnes untuk melabur dalam hartanah. Sedangkan bangsa Tok sendiri iaitu Melayu, walaupun hebat berniaga, namun ilmu hartanah agak lembab.

Walaupun duit poket dari bisnes besar, tetapi duit rabak pun besar akibat daripada membeli barang-barang keperluan nafsu seperti kereta mewah, rumah mewah untuk duduk sendiri, jam mahal dan sewaktu dengannya. Tok bukan cakap benda ini tidak boleh beli.

Kenapa tidak biarkan duit daripada hasil pelaburan hartanah yang tampung semua barang-barang impian kita?

Photo by Internet Archive Book Images

Photo by Haifeez

http://gilahartanah.com/7-sebab- ... pelaburan-hartanah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 02:32 AM | Show all posts
Nampak sangat itu Tok Penghulu datang bulan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 02:57 AM | Show all posts
kalau dikelingi melayu mmg tiada cakap2 perkara berfaedah suh beli rumah suh berbisnes suh maju kehadapan, biasa melayu berlonggok sbb gossip mengumpat dan menagih dadah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wana89 at 28-5-2015 06:12 AM

Acom..nak tanya good investment utk simpanan sebelum real estate apa ye??utk kembangkan duit??

Jap..nak tanya juga pasal sublet(not sure la..betul ke dop) adam ada ckp dulu..nk tanya adam, dah lama xnmpak heol
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
I think melayu bukan lupa td mostly mmg x mampu.nak bli umah sendiri duduk pon susah inikan lg nak bli tuk invest.so beh baikla ramai duk invest dlm tabung hj or asb.no high return but at least somethg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 06:40 AM | Show all posts
kat porem ni pun ada expert pasai hartanah i.e. ankle AN
skrg kije goyang tulur dan menanam cabai kat belakang umah untuk mengisi masa terluang ...
kalo busan ... ankle akan masuk porem ....
saban bulan duit masyukkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2015 07:41 AM | Show all posts
masa memula aku kerja dulu, yang rajin duk bersembang pasal nak beli rumah tanah bagai ni golongan yg berumur 40 tahun ke atas. Untungnya pada usia muda kita ada kawan2 yang berumur camtu. Aku ceduk info, idea, cita2 dan impian derang la aku beli rumah siap2 second year kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2015 07:45 AM | Show all posts
wana89 replied at 28-5-2015 06:06 AM
Acom..nak tanya good investment utk simpanan sebelum real estate apa ye??utk kembangkan duit??

Ja ...

hartanah?   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2015 07:46 AM | Show all posts
hartanah nie paling best sbb boleh guna duit bank sbg leverage
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:13 AM | Show all posts
ninja boy replied at 28-5-2015 02:57 AM
kalau dikelingi melayu mmg tiada cakap2 perkara berfaedah suh beli rumah suh berbisnes suh maju keha ...

Jangan suka berkhayal dgn syabu yg ko beli guna duit along. Nanti tuan melayu tak bagi ko makan nasi percuma lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:15 AM | Show all posts
Diri sendiri miskin tak boleh maju lagi mau pokpek ngokngek tentang hartanah lagi. Melayu yg banyak hartanah sampai kaum lain jauh ketinggalan tak ada pun bising bising
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:24 AM | Show all posts
ada satu rumah ni aku berkenan nak bid...umah teres harga 25k je..cek laa kat gugel street view..sekali amik ko...dgn tingkap takde,rumah semak samun...mau 100k kalo nak repair blk..kansel
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:08 AM | Show all posts
alhamdulilah 3 bijik rumah rumah saya sewakan setakat niee....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
org melayu bujang yang gaji sebulan x baper banyak susah nk beli umah.. Bank pon susah nk lepaskan loan.. kalo lepas pon loan 100k - 80k.. rumah skrg paling murah pon Rm140k - Rm180k.. tu pon kalo ada.. so camne la nk beli..

Bank pon cekik darah.. kalo rumah harga Rm140k.. lepas wat loan nnt total jadi Rm300k.. makin panjang ikat loan makin byk interest.. so shin rasa better.. dlm family.. pakat pakat beli rumah share bayo reramai.. sebulan bayo la Rm2000 atau lebih utk cpt habis.. nnt lepas dah habis bayo rumah tu.. beli rumah lain plak.. share share bayo..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 05:11 PM | Show all posts

before nak invest kat hartanah..duit simpanan..labur apa yang bagus n kurang risiko???
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika kita beli rumah berharga RM500,000, kita boleh dapat pinjaman bank sehingga RM490,000............. lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 05:28 PM | Show all posts


..pembuka tred ni mesti urang Rehda...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 05:43 PM | Show all posts


nice thread..

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 05:55 PM | Show all posts
atok siapa la ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
So, apa. Sebabnya???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.549183 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list