View: 9980|Reply: 132
|
[Tempatan]
Elaun Tinggi, Salah Guna OT Penyumbang Kejatuhan MAS
[Copy link]
|
|
Elaun Tinggi, Salah Guna OT Penyumbang Kejatuhan MAS May 29, 2015 35
PETALING JAYA – Kira-kira 180 jenis elaun, tuntutan kerja lebih masa (OT) yang besar, gaji dan nilai kontrak yang terlalu tinggi menjadi penyumbang kepada kejatuhan kewangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Malah terdapat pekerja yang dibayar elaun bulanan basikal dan ada yang diberikan elaun kesulitan.
Mengimbas kembali mengenai dilema itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata syarikat penerbangan berkenaan tidak sendirian berhadapan keadaan itu.
“Ia berlaku dalam banyak syarikat penerbangan. Jika anda mempunyai penerbangan ke kawasan sejuk, akan ada pula elaun pakaian sejuk.
“Bukan sahaja gaji asas yang anda dapat sebaliknya anda turut memperoleh banyak elaun lain,” katanya kepada The Star.
Ditugaskan untuk memulihkan MAS, Mueller berkata syarikat penerbangan itu juga berhadapan salah guna tuntutan kerja lebih masa.
Katanya wujud juga keadaan bayaran kerja lebih masa adalah tinggi berbanding gaji asas yang dibayar.
“Itu adalah amalan yang tidak baik bukan hanya syarikat perlu membayar tuntutan kerja lebih masa, pesawat juga ada kalanya lewat berlepas.
“Ini kerana anda hanya boleh membenarkan tuntutan kerja lebih masa jika kerja yang dilakukan ditangguhkan,” jelasnya.
Untuk beralih daripada semua amalan ini, MAS Bhd, syarikat penerbangan baharu yang akan bermula pada 1 September depan mempunyai sistem ganjaran untuk kakitangan yang menyelesaikan pekerjaan tepat pada masanya.
“Ia sebagai insentif untuk pekerja supaya menyelesaikan tugas dengan cepat.
“Kita perlu menggantikan amalan yang tidak baik ini dengan pemberian gaji yang lebih sama rata supaya kita boleh memberi insentif kepada mereka dalam bentuk wang jika kerja diselesaikan dengan pantas…saya fikir ini adalah perkara normal,” katanya.
Mueller berkata terma dan syarat pekerjaan bagi MAS Bhd dibuat mengikut tanda aras beberapa syarikat penerbangan lain manakala skala gaji baharu adalah mengambil kira kos sara hidup di sini dan tempat-tempat lain di mana MAS beroperasi.
“Kami telah mengambil kira senarai kekananan, jadi ia adalah satu proses yang sangat kompleks,” katanya. – mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiru care airasia la murah,suruh cust check in drop bag sendiri ,everything buat online segale, staff pun perlu multitask,keje mcm swasta betul n then jgn biar politic masuk campur dlm bisnes,buat mcm korean air syarikat milik keluarga je pun, lg satu kembalikan fireflyz gunakan enjin bsr bukan lg kipas turbofan tu ,fireflyz ni sbnrnye untong tau dr MAS tu sendiri,bos dia cine kan xsilap iols,bg kat melayu meniaga |
|
|
|
|
|
|
|
errr....elaun basikal utk staff MAS...??? |
|
|
|
|
|
|
|
omputih x leh buat tapi melayu leh buat.
syarikat rugi tpi betahan bebelas tahun |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 kita perati..bukan major things yg buat sesuatu tu runtuh..hanya kerana titisan air yg menitis membasahi struktur utama lama2 ia menghakis reput dan roboh snediri..errr |
|
|
|
|
|
|
|
Depa dah lama senang lenang. P mana pun dapat elaun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Napa lah bila mat saleh ni masuk baru berani nak sebut pasal O/taim dan claim gila khinzir ni, puak melayu semua pejam sambil telan aja?
dah lama dah tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat beberapa kawan I yang kerja management MAS yang begitu angkuh hehe I wonder apa nasib mereka. Memanjang travel first class dan bercerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
truly replied at 29-5-2015 01:21 PM
Teringat beberapa kawan I yang kerja management MAS yang begitu angkuh hehe I wonder apa nasib merek ...
Lepas ni blh la travel guna airasia plak lol |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha gamaknya la. Siapa yang berkawan dengan orang MAS dan rajin fly MAS zaman kegemilangannya will know why kita senyum sumbing sikit sikit pada musibah ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti kuli bawahan kata, kami klaim tak masuk akal tak bulih, senior management gaji 100k sebulan gi mari gi mari naik first class takpe walo kompeni rugi sejota sehari takpe lak...sama jah atas bawah kiri kanan duk memerah sampai kering kontang..belum masuk kontrak2 tak abih makan 7 keturunan atas nama "membantu usahawan bumiputra" lagik
|
|
|
|
|
|
|
|
belum masuk set2 mentaliti keja gomen lagi, keja nak goyang kaki tapi gaji nak ribu riban...bila lompat pi AA, menyesal katanya, toni perah keringat depa cam lembu...lohhhhh ko nak gaji mahal, kena keja teruk cam lembu lah...ada hati mau komplen macam2
|
|
|
|
|
|
|
|
.... tambah sikit ..
anak my friend ... muda belia trang tangtang lagi .. baru kerja ngan MAS ni kat bahagian teknikal tak silap ... dapat 3 tiket percuma ke luar negara secara tahunan kot .... katanya nak pi US .. visit dara dia kat sana ... mana tak lingkup MAS .. kalau 1 orang dapat 3 tiket percuma setahun??? .... longhol pulak tu ....
sudahnya .. kita kena tempias ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehe yes Ini lah sebabnya sukar sikit nak simpati. Metaliti kerani N17 hahahahaha (sumpah tak tau kerani N17 ni apa tapi kalau di CI ni, amat hina kerani N17 ni.)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh, ni you jangan cakap la, kawan kawan I dengan tiket percumanya hehe. Really depa ni membazir sampai tak kenal punca. Duk pulak first class manjang!!
Cuma kesian orang bawahan la, yang ni I genuinely kesian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pi ITB kat Berlin tu bukan kata MASlah, geng Tourism Malaysiapun 2 kali 5, jgn harap ada sapa kat booth, semua hilang entah ke mana, geng Travel agents lah yg menjual beli.. Promotion bukan main, tapi lebih pada main jah lebih |
|
|
|
|
|
|
|
haah bos firefly orientra
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-5-2015 12:46 PM
errr....elaun basikal utk staff MAS...???
Kan...mcm tak relevan langsung. Kerja ngan syarikat kapalterbang tp dpt elaun basikal...x pnah pun tengok staf mas goyang pedal naik basikal lepas duty. Masing2 mengheret troley luggage |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya tak payah free ticket. jual staff price lah discount 10 -20%...confirm tak ramai yang nak pi melancung bawak famili. MAS boleh untung banyak tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Beratus elaun tu, ce senaraikan, untuk kita buat bahan gelak hahahahaha.
Crew duk serve makan tu mungkin lenguh lengan atau pinggang, ada elaun minyak gamat tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|