nak sekat kemaraan china katanya...ko jgn perlekeh akai penganut agama teori konspirashit...musti soheh lagi tepat nih, kalu tak, takkan jadi modal khutbah
Seorang lagi penulis, Kashef Ahmed pula mendedahkan komplot Buddha-Zionis melalui tulisannya bertajuk Saffron Terror: Israel’s monks target Rohingya Muslims to Destabilize China. Melalui artikel yang disiarkan Februari tahun lalu di web Deliberation, Kahef mendakwa satu pelan strategik kedua-dua puak itu dibentuk yang disebut sebagi ‘String of Pearls’, bertujuan menyekat kuasa China. Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat tersebut, Zionis dan Buddha menjadikan umat Islam etnik Rohingya sebagai mangsa bagi mewujudkan kekacauan di negara itu sekali gus merencatkan penguasaan China. Umum mengetahui China mempunyai kepentingan ekonomi di perairan Myanmar dan mahu membina pelabuhan dan pangkalan operasi di negara ini.
|