CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5464|Reply: 80

[Tempatan] 1MDB disuntik lagi AS$1 bilion langsaikan hutang

[Copy link]
Post time 29-5-2015 11:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: International Petroleum Investment Company (IPIC) akan memperuntukkan sebanyak AS$1 bilion (RM3.66 bilion) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan pada Jumaat selepas membentangkan pelan Hala Tuju atau rasionalisasi 1MDB di mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Menurut beliau, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana IPIC akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Jelas Ahmad Husni, perjanjian itu merupakan langkah besar ke arah mengurangkan beban hutang 1MDB, serta bahagian penting daripada usaha rasionalisasi seperti yang dibentang di Kabinet hari ini.

Katanya rancangan rasionalisasi itu dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan.

Selain itu, beliau juga berkata Kementerian Kewangan akan terus kekal sebagai pemegang saham utama dalam Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia, di mana kedua syarikat itu akan turut menjana pendapatan untuk 1MDB menerusi peningkatan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga.

"Hasil yang diperolehi akan digunakan untuk perbelanjaan modal dan untuk mengurangkan hutang 1MDB," kata Ahmad Husni.

Menurut beliau lagi, kedua-dua syarikat tersebut juga akan ditubuhkan sebagai syarikat-syarikat yang berdiri sendiri, dengan penuh autonomi dan akauntabiliti terhadap prestasi operasi dan kewangan mereka seperti mana yang dicapai Edra Tenaga.

Terdahulu, Kementerian Kewangan telah membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat, dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi  yang dilemparkan kepada syarikat milik kerajaan itu.

Kenderaan para menteri Kabinet dilihat mula memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada kira-kira 9.00 pagi tadi dan dilihat keluar dari situ pada jam 12.40 tengah hari.

Mengulas lanjut tentang Hala Tuju 1MDB, Ahmad Husni turut menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.

Beliau juga mengharapkan agar pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
In exchange apa yg digadai pulak kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kata tak berhutang
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:57 PM | Show all posts
hutang lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:02 AM | Show all posts
#%#%###&&^$^ eiiiiiiii geramnya aku!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:03 AM | Show all posts
mana peyno????? nak dgr ulasan masta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2015 12:05 AM | Show all posts
minta UMNO Cheras kasi sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:07 AM | Show all posts

bukan berhutang..cuma suntikan modal je...BM masa SPM berapa? F9?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 12:14 AM | Show all posts
razhar replied at 30-5-2015 12:07 AM
bukan berhutang..cuma suntikan modal je...BM masa SPM berapa? F9?

ai tak pandai masa sekolah dulu

nak baca komen AN ngan djeck

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok
Dpt 1 billion
Cagarannya apa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:20 AM | Show all posts
Tak apa...duit GST kan hado
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Gali lubang tutup lubang
Lubang digali dikambus semula
Mari digali segala lubang
Asal boleh digali, lubang apa pun bisa

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:25 AM | Show all posts
xtahu lah apa nak jadi pada negara kita nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lubang satu lubang seribu
Lubang cacing dicari jika mampu
Lubang kunyit penyeru bersatu
Lubang 1MDB kusut diteraju
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:30 AM | Show all posts
MeghanK replied at 30-5-2015 12:14 AM
ai tak pandai masa sekolah dulu  

nak baca komen AN ngan djeck

tu le..kita jangan pandai2..kita kena tunggu masta of ecomomics mai..kan x pasal2 kita di cop..tada pi skool kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Gali lobang tutup lobang
lobang baru makin besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 01:03 AM | Show all posts
Nasib bijan skrg terletak pada 1MDB... lingkup 1MDB lingkup la dia...

Maka dia akan buat apa saja untuk tutup segala lubang yang telah dia buat dalam 1MDB.. Bezanya dia tak lagi buat secara berselindung... kerana takut kantoi terpaksa dibuat secara terang-terangan walaupun dengan cara yang sangat busuk!!

Antara byk2 PM, aku sangat2 berharap bijan akan jadi PM pertama yg disubat ke dalam kandang besi!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 01:07 AM | Show all posts
1mdb yg tak tau apa meniaga.. hutang 24 bilion lesap begitu saja, suntikan lagi 1 bilion... ada penjilat najib kunun atas setia pada parti dapat BRIM saja dah bersyukur ya amat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Brapa byk hutang daaa????
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 01:13 AM | Show all posts
"Kami berdiri teguh dibelakang tuan presiden persatuan."


Eric Dolmat Cunningham
Nissan Sales Rep. Pontian-Benut-Ayaq Papan-Kontan will do
JKKK Kg. Ulu Choh cum Penolong Ketua Pengarah Kanan Bah. Risikan Amno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.230892 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list