CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

Diva Queen Alin (Amelina) 'menggoda' dengan Cinta Harus Seksi ~update #64

[Copy link]
Post time 1-6-2015 11:37 AM | Show all posts
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
iols lg wondering status dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok2 dh duk umah masak jaga anak pakai baju kurung.tetibe nak seksi meksi combeback. Bukan zaman uols lg k. Queen lah sgt.so kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 12:08 PM | Show all posts
tajuk lagu xmenahan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 12:31 PM | Show all posts
toxicated replied at 1-6-2015 12:06 PM
Elok2 dh duk umah masak jaga anak pakai baju kurung.tetibe nak seksi meksi combeback. Bukan zaman uo ...

kg.com sheols pun, speaking london tak hingat ya kt Bella ntv7..

mya matahari & seluar bedul rahman (aka @syd) mampu? tushee apatah lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2015 12:43 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 1-6-2015 12:31 PM
kg.com sheols pun, speaking london tak hingat ya kt Bella ntv7..

mya matahari & seluar bedul ra ...

mana link?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 12:45 PM | Show all posts
awoks replied at 30-5-2015 04:56 PM
bosannye..da lapuk la dgn skirt pendeknye buatla cara da tua

i dont think she's gonna survive this time around..die ni ala2 raja ema..geli laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
joey_mcintrye replied at 31-5-2015 01:49 PM
First time dengar lagu Raja Ema yg Aku Keliru tu terus rasa uhh....knp suara dia xsedap, lagu pun  ...

Time lagu Jejaka Idaman tu, umur masih muda belia..suara anak dara
La ni dah masuk tarap acik2 pencen..kotak suara pun dah pecah.tentu la suara nya pun haukk

Dikala ramai retis2 lain berhijrah dgn berhijab ...acik Alin ni menentang arus
Ada ke org nak beli album dia..aku mmg tak la
Tapi kalau dia terbitkan lagu2 kasidah ke, album ayat2 suci ke...kompom aku akan beli
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 05:18 PM | Show all posts
toxicated replied at 1-6-2015 12:06 PM
Elok2 dh duk umah masak jaga anak pakai baju kurung.tetibe nak seksi meksi combeback. Bukan zaman uo ...

sape ntah bg gelaran queen alin ni. gelinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Korser la mcik ni.menggedik.try to hard nk nampak kepoh.mekap tebal mcm bapok jah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 05:46 PM | Show all posts

meols tgk live okeh..beberapa purnama yg lalu... y not chuols cari kt tonton
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 12:02 AM | Show all posts
Dulu minat la juga tp skrg dah dgn skirt pendek macam x sedar diri dh remaja purba.......geli tguk
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 02:06 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 1-6-2015 11:31 AM
kg.com sheols pun, speaking london tak hingat ya kt Bella ntv7..

mya matahari & seluar bedul ra ...

tushee hanya mampu masak nasi goreng cina dan post di insta saja
paling grand pun jadi tetamu WHI buat demo masak nasi goreng jah... amboi malu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 08:04 AM | Show all posts
jd ada tak suara ajai jd back up dlm lagu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 09:25 AM | Show all posts
nashrudean replied at 30-5-2015 09:33 AM
i suka lagu syahrini tuh..apa tah tajuk,,,vclip bkn main diva lagi

seperti itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2015 10:32 AM | Show all posts
suara maintain youu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 10:52 AM | Show all posts
Layan lagu dia...mengembalikan nostalgia 90an...hehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 11:47 AM | Show all posts


Selepas 15 tahun menyepikan diri daripada industri seni kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga, cinta Amelina pada nyanyian tidak pernah luntur. Apatah lagi, penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu dangdut ini masih memiliki ramai peminat. Tekad mahu memberikan hadiah terbaik buat peminatnya yang setia memberi sokongan dari dulu hingga kini, Amelina gigih mengatur strategi. Bahkan dia teruja menantikan single terbarunya, Cinta Harus Seksi dilancarkan.

Amelina berkata, sebaik dia membuat keputusan untuk kembali aktif awal tahun ini banyak maklum balas positif diterima.
Begitupun, memandangkan banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam merangka kembali kerjaya seni, pihak syarikat rakaman dan pengurusannya Wake The Baby terpaksa mengambil sedikit masa untuk menghasilkan lagu baru buatnya.

“Saya tahu ramai peminat yang menunggu lagu baru. Berita baik untuk peminat tersayang, kini single terbaru, Cinta Harus Seksi sudah siap dirakam dan hanya menunggu masa untuk diperdengarkan.
“Saya mengharapkan lagu ini akan dapat diperdengarkan kepada peminat di corong radio lebih menyeluruh tidak lama lagi. Ditambah, selepas Aidilfitri adalah masa sesuai untuk melancarkannya memandangkan saya bakal sibuk dengan pelbagai aktiviti seni bagi mempromosikan Cinta Harus Seksi,” katanya.
Mengulas mengenai tekanan diterima daripada peminat, Amelina berkata ia sekadar luahan rindu mereka yang sudah lama menantikan lagu baru nyanyiannya. Tambahan pula dia berbelas tahun menyepikan diri.

“Saya tidak sedikit pun menganggap apa yang diluahkan peminat, terutama yang selalu membangkitkan isu kenapa lagu baru saya tidak diedarkan sebagai satu tekanan. Saya melihat situasi itu dari sudut positif, pada saya mereka sekadar bertanya dan mahu tahu akan perkembangan terbaru.
“Macam saya kata, single baru Cinta Harus Seksi sudah siap dirakam. Cuma, belum tahu bila akan dilancarkan. Saya pun ada memujuk peminat dan memberitahu mereka perkara sebenar supaya dapat menunggu dengan sabar.
“Apapun, saya bukan sengaja ingin membiarkan peminat terus tertunggu-tunggu. Dalam perkara ini, saya menganggap proses menunggu itu juga sebahagian daripada strategi pemasaran dibuat Wake The Baby.
“Ini kerana apabila menunggu lama ia akan menimbulkan lebih rasa keterujaan peminat. Apa pun, saya tetap yakin peminat akan terus setia menantikan kemunculan single baru saya di pasaran,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai kelompok peminatnya, ibu tunggal kelahiran Negeri Sembilan ini berkata, kalau dulu mereka (peminat) mungkin masih kanak-kanak dan belum tamat sekolah, namun sekarang keadaan sudah berbeza. Menurut Amelina, kebanyakan peminatnya itu mungkin sudah berusia dan matang. Jadi, sebagai penghibur yang kini meniti semula puncak populariti dunia seni, dia harus bijak melayani kerenah peminat. Ditanya mengenai tawaran menyanyi, Amelina berkata dia bersyukur memandangkan sebaik melangkah kaki semula dalam industri muzik rezekinya tidak pernah putus. Begitupun ada faktor lain turut menyumbang kepada kelangsungan kerjaya seninya seperti tidak bersikap terlalu memilih dan meminta bayaran tinggi.
“Sekarang ini saya hanya perlu berusaha gigih dan pandai ambil hati promoter mahupun penganjur persembahan. Maksudnya, soal bayaran saya tidak boleh terlalu berkira kerana langkah karier seni yang kembali saya ceburi ini baru hendak bermula.
“Bayaran untuk saya mengadakan persembahan ditetapkan pada kadar berpatutan. Apa yang saya fikirkan sekarang adalah kerjasama dijalin kembali dengan pihak penganjur mahupun promoter akan berterusan. Itu yang lebih penting dan utama,” katanya.
Menyentuh berkenaan syarat tertentu yang dikenakan sekiranya mahu menjalin kerjasama dengannya, Amelina berkata perkara seperti itu tidak pernah wujud. Cuma, sebagai penyanyi Amelina menegaskan, dia harus sentiasa peka dengan kehendak tawaran persembahan diterimanya.
Amelina yang meraikan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama ibu tersayang, adik-beradik, sanak saudara dan anak di Nilai, Negeri Sembilan berkata, banyak nostalgia lalu menggamit ingatan dan emosinya sepanjang menyambut Syawal tahun ini.
Mengakui dia paling berasa rugi dan kekurangan kerana ketiadaan arwah bapa sewaktu berkumpul bersama keluarga, ia hakikat yang perlu diterima Amelina kerana masa berlalu tidak boleh diundur semula.
“Penerimaan baik ibu dan adik-beradik yang masih sayangkan saya membuatkan sambutan Aidilfitri bersama anak tahun ini lebih bermakna. Ia sudah membuatkan saya sangat bersyukur dengan peluang diberikan.
“Kalau dulu, saya memilih untuk menyepi dan meninggalkan keluarga sendiri kerana mahu memberi tumpuan membesarkan anak, sekarang saya lebih menghargai apabila dapat bersatu semula dengan mereka dan peminat,” katanya.
Menyifatkan dirinya ibu bertuah kerana dikurniakan zuriat yang memahami dan suka bersederhana, Amelina berkata dia sangat beruntung anaknya bukan jenis meminta-minta, tidak memilih dan bersikap cerewet.


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:49 AM | Show all posts
sorry ..everytime tgk die ni mmg nmpak cam maknyah..mekap gomak nmpak gedik konon muda remaja x sedar diri dah tua
tambahan plak lagu terbaru tu kedengaran sgt menggelikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066349 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list