View: 4362|Reply: 27
|
[Tempatan]
{Edisi WhatsAp} Zuhdi Perlekeh Anak Nik Aziz
[Copy link]
|
|
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.
Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.
"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.
"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.
Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.
"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.
The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.
"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.
Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.
Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya,\ dalam mesej tersebut. – 30 Mei, 2015.
sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Artikel berkaitan:
Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz
Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.
Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.
“Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.
“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,” katanya dalam sebuah forum “PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia” malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.
Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.
Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.
“Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.
“Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.
“Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,” katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.
Sementara Faiz (gambar, kiri) berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.
Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.
“Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.
“Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.
“Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia. Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan,” katanya.
Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.
Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.
“Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?
“Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.
“Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam,” katanya.
Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama Faiz Fadzil (kiri) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) di forum 'PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama Faiz Fadzil (kiri) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) di forum 'PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 30 Mei, 2015.Menurut Mujahid, PAS kini sudah terbawa-bawa budaya Umno yang bimbangkan masalah perpaduan Melayu.
Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.
“Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.
"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.
“Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.
“Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir semua perkara hendak disebarkan. Sikap amanah semakin lupus. |
|
|
|
|
|
|
|
perang dlm kain...kesah ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 holier than thou ni bahaya jugak.abes semua nak dibalun nya cam dia saja yg betul. Baik dihumban dalam loji bersama2 umngok bijan kakmah maselan hassan malek dafi dan komedi |
|
|
|
|
|
|
|
apa agaknya yang nik ajis tengah buat dalam kubur ye?
dah tak ingat dengan penyokong dia kat bumi ke? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mp pas sama ja dgn mp bn & pr. Ke hulu hilir parti... Tadak pun yg peduli rakyat marhaen yg hidup tertekan skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
hambek kene setepek |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 30-5-2015 06:19 PM
apa agaknya yang nik ajis tengah buat dalam kubur ye?
dah tak ingat dengan penyokong dia kat bumi ...
Lu tanak doakan kematian gua nga ahli keluarga terdekat gua ke ari ni macam ari tu ke...hahahaha...
doa org mcm lu ni..masuk bakul sampah je... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebab da gua tak makbul
tapi sebab tuhan tak wujud
doa camne pon x gune gak
tol tak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 30-5-2015 09:31 PM
anak nik aziz yang sorang tak jadi, yang sorang lagi nik omar tau visi arwah ayahnya cuma tak terbuka kerana mengenangkan abang atau adik menyokong kuat puak yg satu lagi.. baik lagi akhlak yg ni
begitu juga anak fadzil noor & yusof rawa
kedua-duanya mereka anak2 pemimpin yg menggerakkan PAS ke depan
mereka jelas dgn visi ayah masing2
tak fhm naper ade yg gelarkan mereka barua DAP ? DAP tu tau ckp jek, depa tak de kuasa sgt kalau korg jadi kuat dlm pakatan itu...
apa kau org ingat DAP tu leh berkuasa ker ubah ijuksi perlembagaan? kerusi yg ditanding pun 20-30% daripada jumlah parlimen...tak smpi jumlah yg cukup even lebih 2/3 pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 30-5-2015 09:30 PM
bukan sebab da gua tak makbul
tapi sebab tuhan tak wujud
Lorr..lu dah pegang tuhan tak wujud ..lagi mau doa...
then kalo tuhan tak wujud..nik ajis tu xde dealing nga munkar nakir dalam kubor tu..
gone with the wind gitu je laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 siapalah yg bagi rezeki makan minum semua tu. Macai amengok memang percayakan hanya amengok yg bagi rezki. Kasian mak pak Islam dapat anak kapal selam x boleh menyelam |
|
|
|
|
|
|
|
so, orang yang percaya macam lu, rasa2 apa yang nik ajis buat dalam kubur?
dia taknak mintak Allah tolong rohingya ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
yang bagi penyakit, kelaparan, kepapaan pun tuhan jugak kan? kan? kan? |
|
|
|
|
|
|
|
aku prefer pdekatan diorang.. cam pdekatan arwah tok guru Nik Aziz n arwah Fadzil Noor..
bab naper dorang dgelar barua dap.. wallahua'lam..
kena tanya pro Haji Hadi kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
halimi78 replied at 30-5-2015 11:13 PM
aku prefer pdekatan diorang.. cam pdekatan arwah tok guru Nik Aziz n arwah Fadzil Noor..
bab ...
Yup aku masih tak nmpk relevan perjuangan hj hadi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
blk kpd asal.. pas utk org melayu, org islam..
dgn pdekatan mcm tu payah la nk dpt support non muslim..
|
|
|
|
|
|
|
|
lorrr awat dok gaduh gaduh ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dlm pas yg masih percaya boleh tarbiah dap yeee. |
|
|
|
|
|
|
| |
|