CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52733|Reply: 249

[Edisi "Stop It...!"] Tegur Ajai Kepada Bekas Isteri, Nurul Wahab

[Copy link]
Post time 10-6-2015 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 10-6-2015 07:45 AM

"Stop It...!" Tegur Ajai Kepada Bekas Isteri, Nurul Wahab
Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 5:59 AM


Ajai minta tidak dikaitkan dengan Nurul Wahab lagi. Foto dari Instagram milik Ajai.


PETALING JAYA: Komposer Ajai meminta bekas isterinya iaitu Nurul Wahab berhenti mengaitkan namanya dalam tulisan di blog mahupun memberi apa-apa kenyataan di media.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata, walaupun dia sering ditanya  sejauh manakah hubungannya dengan Nurul, dia tidak pernah memberi reaksi memandangkan mereka tiada lagi apa-apa kaitan sejak bercerai pada tahun 2007.

"Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

"Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

"Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau adaupdate, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun)," katanya kepada mStar Online.



Sebahagian daripada entri yang ditulis oleh Nurul menerusi blognya nurulwahabdepp.wordpress.com pada 2 Jun lalu.

Ajai diminta mengulas mengenai entri blog milik Nurul yang bertajuk Other Question Please! meluahkan rasa terkilan apabila kerap kali diasak dengan pertanyaan mengaitkan kisah silamnya dengan Ajai.

Nurul menerusi entri tersebut turut menurlis kisah diminta penganjur untuk berduet dengan bekas suaminya sehingga mengundang rasa tidak selesa dirinya.

Tambah Nurul, persembahan duet bersama Ajai tidak mungkin berlaku memandangkan komposer itu bersikap tidak profesional.

"Bukannya aku tak mahu. Aku ini seorang yang sangat professional. Malah, suami aku juga mengizinkan dan memberi restu andai aku mahu berduet semula dengan bekas suami aku itu. Namun keputusannya bukan di tangan aku. Orang tak mahu, buat apa kita memaksa. Lupakan saja," katanya dalam blog itu.

Sementara itu, Ajai berkata, buat masa ini dia tidak merancang untuk berduet dengan sesiapa pun kerana ingin memberi fokus terhadap album solo yang akan muncul tidak lama lagi.

Malah sekiranya ingin berduet, dia hanya akan memilih penyanyi yang belum pernah berduet dengannya sahaja.

"Buat masa sekarang, untuk nyanyian, saya nak siapkan album solo saya. Dan juga mahu menumpukan kerja-kerja produksi artis-arts Wake The Baby iaitu Amelina, Fahmi, Shiha dan Stellarband.

"Untuk rakan duet, saya belum fikirkan lagi dan jika ada pun mungkin artis lain yang belum pernah saya bekerjasama lagi," ujarnya.

Sementara itu Nurul yang dihubungi mStar Online bagi mengulas teguran Ajai itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang ulasan.

Selepas berpisah dengan Ajai, Nurul bertemu jodoh dengan rakyat Perancis iaitu Eric Daniel Depp, 50, dan bernikah pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 08:06 AM | Show all posts
xsuka ajai, pada i entry blog nurul tu biasa2 aja...

ajai yg mlebih2 sentap, tujuan promosi kah??? nak up kan nama balik lettewww....


go NURUL
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:12 AM | Show all posts
Mcm x matang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih juga heol skodeng blog ex-heol kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:24 AM | Show all posts
Alar okay saja pun si Nurul, tu pun terasa, tak pro langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ajai...dah sentap tahap maksimum jgn tertanggan hidung sudah.. Ada trbaca satu entry nurul nasihat ttg kawin jgn terkawin dgn jatan miang kasanova..sbb dia pernah terkena ... Pedih katanya... Setepek kena muka ajai yg x hensem tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2015 08:31 AM | Show all posts
elehhh ajai sentap lebey.. ke takut bini suh tdo luar??
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:31 AM | Show all posts
entahnye...biase ajee pon nurul tulis.. bukan mengeji pon...
takot sangat kot ajai ni...

tetibe ingat lagu aliah ...ajai buat kan pas cerai dulu...

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 08:35 AM | Show all posts
okay je entri tuu,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:38 AM | Show all posts
maksud nurul, beliau kah yg meninggalkan ajai dahulu?
yalah...ajai pun mesti lah tercalar ego nya kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:38 AM | Show all posts
ajai sentap lelebih napew
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:46 AM | Show all posts
sheshuatu shangat kannnn hahahaha..x pyh sentap2 bro chill r

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:49 AM | Show all posts
lelaki apabila ditinggalkan msti akan dingin dgn ex... tp bila lelaki yang meninggalkan, msti akan budget2 baik dgn ex....

tahu pula marah bila kena reject..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:55 AM | Show all posts
Ajai sedang membengongkan diri dgn sentap makan diri!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:58 AM | Show all posts
xder yg salah nyerr dalam penulisan nurul tuh..
apa keheiii..ko ajai..sentap sentap plok...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajai sentap bab kena tinggal tuh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu x kerana nurul, x daknya wake up the baby tuh..nurul tu la yg jadikan karier ajai tu up klu x dudukla Di takuk lama.,sombong sgt aihh.. Benci lelaki yg lupa daratan mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajai perasan ex  wife cannot let go

grenti nurul ketawa terbahak2 baca artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:07 AM | Show all posts
ase nurul da bahgia sgt ngn depp Nye.. hehee.. meluat sket la kt nurul sbb ske show off sket psl kehidupan bru.. cam dlu x bahgia.. tapi lebih meluat pd ajai.. kekekekkeke. jgn marah naa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2015 09:14 AM | Show all posts
takut bini marah laa tuh

lagipun waktu kawen ngan nurul dulu, dia yang buat Nurul terluka

dengar cerita lama jugak dia berskandal ngan awek Liza tuh - sblm diangkat menjadi bini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.087762 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list