|
I duduk kolej Z tiga tahun. masa tahun kedua, I ingat lg masa tu chinese new year, I baru balik dari satu program dari perak, lewat dh, around 1 pagi gitu. so bas turunkan kami semua dekat bus stop kolej Z tu, bus stop yg ada tangga tinggi tu. turun je bas, nampakla parking lot kosong, ada kereta dlm beberapa buah je.mmg sunyi. bilik2 semua kebanyakannya gelap x berlampu. cuti kan, ramai balik. so I dgn ada la beberapa yg lain penduduk kolej Z turun bas, tp I dengan kawan I je la blok sama, blok D2. Kami dua orang berjalan la sekali, kwn I ni duduk aras atas,so berpisahla kitorang masuk bilik memasing. I sampai je bukak pintu, masuk letak beg, tukar baju suma then pegi toilet cuci muka gosok gigi. roomate I mmg takdaklah. mmg sunyi, serasa I, I je kot kt aras tu.
Settle urusan kt toilet, I dengan gumbiranya masuk bilik on laptop, mmg laju la internet sbb warga kampus dh tak ramai. meja study kn dkt tingkap, I bukak tingkap luas2, ikat langsir. nmpk la bilik2 blok D1 ni gelap belaka,since bilik I dkt blok D2 ni berdepan dgn blok D1. selalunya mmg meriah la, tp this time mmg sunyi sepi. tgh2 I dok layan internet tu, I terdengar suara org gelak, dekat bunyinya. I terpaku kejap sebab I tau mana ada orang,tp still I cuba buat taktahu. pastu I dengar lagi suara gelak tu, kali ni bunyi dia sayup2 mcm jauh pulak. bunyi gelak tu pn entahla mcm pelik sikit, tak reti nk describe. I rasa pelik then cepat2 turunkan langsir dan tutup tingkap. rasa lain sungguh, meremang2, panas sejuk panas sejuk. masa tu dh pukul 3 pagi.
|
|