Ahli perniagaan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib hadir ke Mahkamah Syariah hari ini bagi memberi keterangan berhubung jumlah harta yang dimiliki.
Dalam keterangan yang diberikan beliau menyatakan hartanya hanya bernilai RM1.185 bilion.
Ia susulan soal balas terhadap seorang saksi yang juga anak Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud oleh peguam Dr Mohd Rafie Shafie supaya menyatakan nilai harta beliau kepada mahkamah. Beliau kemudiannya merujuk laporan penilaian yang disediakan oleh saksi plaintif daripada firma perakaunan Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd.
Mahmud mengemukakan keterangan itu dalam terhadap tuntutan saman yang oleh bekas isterinya Shahnaz Majid sebanyak RM100 juta. Andrew Heng, rakan kongsi dalam Ferrier Hodgson MH memberi keterangan dalam kes ini tahun lalu yang jumlah aset Mahmud bernilai antara RM976 juta dan RM1.395 bilion. Dr Rafie: Beritahu saya sekarang berapa nilai harta anda? Mahmud: Menurut dokumen ini, harta saya bernilai RM1.185 bilion. Dr Rafie: Adakah anda ada mengemukakan apa-apa dokumen lain kepada mahkamah untuk menyangkal dokumen ini? Mahmud: Tidak.
|