CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5877|Reply: 26

“Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa” Ampun Tunku

[Copy link]
Post time 17-6-2015 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by crossfire at 17-6-2015 09:44 AM

                                                         
        


Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor

Ampun Tunku beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku.
Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia.


Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini.
Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara.

Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial.
Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.
Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya.
Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.


Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri.
Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.
Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian.


Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.
Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib.


Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja?
Apabila adab dan kesopanan ini sudah dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanpa restu Perdana Menteri.
Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.
Budaya apa yang hendak diterapkan?


Ampun Tunku beribu ampun,
Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.
Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.
Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku.


Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.
Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku.


Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat.


Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.
Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Rakyat Marhaen
Amin Bin Yatim

credit: http://azmykelanajaya.com/jika-tunku-tidak-mahu-dihina-janganlah-menghina-rakyat-biasa-ampun-tunku


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 10:09 AM | Show all posts
kesilapan TMJ ialah dia ingat dia raja. padahal dia tak tau yang di malaysia ni umno ialah raja segala raja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:20 AM | Show all posts
pengajaran utk semua...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:22 AM | Show all posts
umno sahaja yg berhak bersuara tuanku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 11:11 AM | Show all posts
hem...sapa boleh tegur pm???? ada sapa boleh jawap???? bekas pm tegur pun tak jalan..... ustaz tegur tak jalan... sapa boleh tegur??????? hemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 11:13 AM | Show all posts
aku sokong gak kate2 dalam surat terbuke ni..ntah la skrg makin ramai plak org yg x tau adab dgn kononnyer menyuarakan pandangan sendiri kerana ini negare demokrasi...tapi aku tngk dh macam sengaje nk memperbesarkan setiap perkare,sengaje nk bergadoh sesama sndr plak...memaki dan menghine dah macam perkare biase. dunia makin maju, kasih syg kian hilang agaknyer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2015 06:41 PM | Show all posts
cakap pasal adap susila pulak...ermmm  maksud asal tak kesampaian jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:08 AM | Show all posts
Samseng lanun vs samseng penyamun

Dah kena la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 01:07 PM | Show all posts
tagas replied at 18-6-2015 02:08 AM
Samseng lanun vs samseng penyamun

Dah kena la tu

LOL....biarkan..biarkan si luncai terjun dgn labu nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:03 PM | Show all posts
yg leh kritik pm ahkak pink jer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 04:16 PM | Show all posts
helmeita replied at 17-6-2015 11:11 AM
hem...sapa boleh tegur pm???? ada sapa boleh jawap???? bekas pm tegur pun tak jalan..... ustaz tegur ...

tinggal isteri tersayang dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoooi. Mana unekspekted hah? Aku nak sgt baca pandangn dia pasal umno n kesultanan johor nih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 09:55 AM | Show all posts
ni mesti nazri and the geng yg tulis surat ni...cover malu...kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 02:39 PM | Show all posts
gajah gajah berlawan...yang mati pelanduk kat tengah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 03:53 PM | Show all posts
kritik susah tak kritik susah...oh malaysia ku
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahahhaaa.... Umno cepat sentap. Tegur sikit je sentap. Sikit2 nak sentap.

Positive lah sikit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
helmeita replied at 17-6-2015 11:11 AM
hem...sapa boleh tegur pm???? ada sapa boleh jawap???? bekas pm tegur pun tak jalan..... ustaz tegur ...

Bukan tak boleh tegur. Sepatutnya kenapa PM tidak terima teguran. Bekas PM dah tegur, rakyat dah tegur, malah ustaz2 juga sudah tegur. Tapi PM yang tidak terima teguran. Bila PM tidak terima teguran maka jalan sebaik baiknya ialah dengan pilihanraya. Mungkin teguran pilihanraya dapat menyentak lamunan PM dan menteri2 umno yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:34 AM | Show all posts
sahamboi replied at 15-7-2015 10:17 PM
Bukan tak boleh tegur. Sepatutnya kenapa PM tidak terima teguran. Bekas PM dah tegur, rakyat dah t ...

PM PUN SEKARANG DAH GOYANG...... BNYK ISU DAH TERKELUAR...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 12:06 PM | Show all posts
scarflicious replied at 8-7-2015 07:51 PM
Bahahhaaa.... Umno cepat sentap. Tegur sikit je sentap. Sikit2 nak sentap.

Positive lah sikit!

setuju...lol.......pastu sentap.....dan dan reply .........discuss lah dulu sebelum reply..ni semua tunjuk bijak..sorang sorang reply hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
helmeita posted on 17-6-2015 11:11 AM
hem...sapa boleh tegur pm???? ada sapa boleh jawap???? bekas pm tegur pun tak jalan..... ustaz tegur ...

Answerable to MT umno
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.406133 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list