CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6924|Reply: 63

Edisi Takde Lurah Faraj: Amber Chia Selesa Bertudung & Azam Nak Posa Penuh

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2015 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Sejak mendapat banyak komen positif daripada ramai pihak mengenai penampilannya berhijab sewaktu Festival Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015 baru-baru ini, supermodel bertaraf antarabangsa, Amber Chia mengakui dia semakin suka memakai tudung.

Menurut wanita berusia 34 tahun ini, niatnya memakai tudung adalah kerana mahu merasai sendiri perasaan menjadi seorang muslimah dan mahu lebih memahami mengenai konsep muslimah dalam Islam.

Katanya, meskipun dia seorang 'free thinker' tetapi dia tetap menghormati dan sentiasa ingin belajar setiapa budaya di negara ini.

Bahkan, jika dia diajukan pertanyaan oleh teman-teman di luar negara mengenai Islam, setidak-tidaknya dia boleh berkongsi sekadar apa yang difahaminya.

"Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini.

"Walaupun, saya seorang free thinker tapi saya suka dan sentiasa ingin belajar mengenai semua agama dan budaya.

"Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.

"Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan.

"Sewaktu pertama kali saya berkongsi di Facebook gambar saya bertudung, saya menerima hampir 1,000 komen dan rata-ratanya komen positif.

"Walaupun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dan cuba mengaitkan dengan agama tetapi saya harap saya akan terus menerima banyak lagi komen positif," katanya sambil tersenyum.

Amber ditemui pada majlis pelancaran Koleksi terbaharu sempena Aidilfitri jenama busana Suci By Yatt Hamzah di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis tersebut Amber turut memperagakan salah satu jubah rekaan terkini oleh Yatt Hamzah.

Tambah peragawati yang mempunyai ketingian 173 sentimeter ini, setiap kali memakai tudung dia berasa sangat tenang dan memahami mengenai agama dan budaya dalam Islam.

Malah, lebih menggembirakan apabila ada pujian mengatakan dia tambah cantik ketika mengenakan tudung.

"Saya rasa sangat tenang bila memakai tudung tetapi bila buka tudung, saya rasa macam kosong.

"Bila saya bertudung, membuatkan saya lebih memahami agama dan budaya Islam. Ramai juga yang puji, kata mereka saya lebih cantik bertudung. Saya pun rasa betul dan kelihatan cantik bila bertudung.

"Lagipun apabila bertudung, kita tak perlu lagi nak susah-susah dandan rambut, kan," katanya.

Dalam pada itu, Amber menyatakan bukan saja pengalaman bertudung tetapi memandangkan Ramadan bakal tiba kira-kira dua hari saja lagi. Justeru, pada tahun ini dia juga berazam mahu berpuasa selama sebulan.

Katanya, dua tahun lalu dia pernah berpuasa selama 10 hari. Ketika itu terlibat dalam menjayakan satu kerja amal sekaligus membuatkan dia terpanggil mengalami pengalaman berpuasa.

"Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan.

"Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.

"Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.

"Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur," katanya.

http://www.malaysiandigest.com/h ... gn=malaysian+digest

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2015 06:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 06:29 PM | Show all posts
harap habang2 tak ponteng posa...belum azan zohor dah menggagau ketuk pintu belakang kedai mamak...malu lah dgn amber chia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 06:30 PM | Show all posts
ko lepaskan segala setan2 dlm badan ko ke dikkkkk....maklum lah esok nak posa...habih ko spam tred hakak yer
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 06:34 PM | Show all posts
Dia jandakan? Ke masih berlaki eh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terbuka pintu hatinya untuk memeluk islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2015 06:40 PM | Show all posts
free thinker eh?..
moga dia dan kita semua terima hidayah dari allah..

'mode setazah'
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mustahil hatinya akan tertarik memeluk agama Islam. Kuasa Allah mengatasi segalanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 06:42 PM | Show all posts
ape la farah ni..nampak segala lubang dan susur galur....tutup la aurat sket....


man,,,sok puasa ..camne?

cam biasa la...kedai pak mat tghhari ade jual nasi...




Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 06:42 PM | Show all posts
kalau free thinker susah la nak ada agama balik. semua agama pon dia akan cubaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 06:58 PM | Show all posts
"Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan.


hakak amber....wanita muslim sejati pun x mampu posa penuh sebulan kak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 07:03 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 17-6-2015 06:34 PM
Dia jandakan? Ke masih berlaki eh?

masih berlaki rasanya..tapi kalu satu hari ditakdir menjanda...bakal masuk senarai janda2 yg paling patut dibantu oleh pencinta poligami utk dijadikan isteri no 2, 3 atau 4...ada rupa ada harta anak pun sorang jah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la setuju amber chia nmpk lebih cantik bertudung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 07:11 PM | Show all posts
primemova replied at 17-6-2015 07:07 PM
Betul la setuju amber chia nmpk lebih cantik bertudung....

kak mah pun nampak lebih syumul kalau bertudung...macam ibu2 surirumah sangat..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya dia berhijab. Moga mndapat hidayah. Dia ni kalau free hair nmpak hauk dan bitch sgt kan. Tapi adakah sheols dh menopos utk puasa slama 30 hari. Harap2 beliau blaja niat puasa sekaligus blaja kalimah syahadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 07:25 PM | Show all posts
lampor replied at 17-6-2015 07:14 PM
Cantiknya dia berhijab. Moga mndapat hidayah. Dia ni kalau free hair nmpak hauk dan bitch sgt kan. T ...

bila berhijab - cantik
bila free hair - bitchy
bila bukak mulut bercakap - cina bukit






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 07:29 PM | Show all posts

cantiknye dia pakai tudung.tak pakai pon cantik.sng ckp dia mmg cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 17-6-2015 07:25 PM
bila berhijab - cantik
bila free hair - bitchy
bila bukak mulut bercakap - cina bukit

Noks... Tak semua org free hair nmpak bitchy, contoh terbaik kak mah.... Sweet je bila free hair
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 07:48 PM | Show all posts
saya terbayang2 wajah2 ummah kembang hidung bangga baca artikel innew...senyum sinis jah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Berharap dia ni ikhlas, bukan nak cari publisiti saja macam Felicia Yeap tu. Spidey memang benci ngan makhluk yang menggunakan agama dan bangsa demi meraih perhatian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060486 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list